kencing manis
10 Tips Kawal Komplikasi Kencing Manis Supaya Kaki Tak Kena Potong Kaki
Thursday, October 22, 2015Sering kali penyakit kencing manis diabaikan. Lebih-lebih lagi jika penyakit baru saja dikesan. Tapi tahukah anda bahawa komplikasi kencing manis ini merebak dalam diam dalam jangka masa panjang.
Walaupun bacaan gula berasa pada tahap yang selamat. Komplikasi ini tetap boleh terjadi.
Ia boleh merosakkan jantung, saluran darah, saraf, mata dan juga buah pinggang. Walaupun ia mengambil jangka masa panjang, tetapi kencing manis tetap boleh mengancam nyawa pesakitnya.
Seperti kaedah memotong kaki bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Itu adalah perkara terakhir yang terpaksa doktor lakukan untuk selamatkan nyawa pesakit.
Siapalah yang sanggup kena potong kaki? Teringat arwah Pak Ngah, terpaksa dipotong jari pada kaki. Tapi luka tetap makin merebak, sehinggalah doktor terpaksa memotong kakinya.
Tapi ketentuan takdir, mungkin dia terlampau sedih arwah Pak Ngah telah pergi dulu sebelum sempat kakinya dipotong.
Bagaimana Komplikasi Kencing Manis Terjadi Sehingga Kaki Terpaksa Dipotong?
Bila seseorang terkena penyakit 'membunuh' ini, urat saraf dan saluran darahlah yang paling mudah terkesan. Lebihan gula dalam darah menyebabkan dinding saluran darah (kapilari) menyempit. Akibatnya darah dan oksigen tidak sampai pada urat saraf, terutama di bahagian kaki.
Kesannya pesakit akan merasa kebas, sesemut, dan sakit mencucuk-cucuk. Ia akan bermula pada bahagian hujung kaki dan merebak ke atas.
Ini akan menjejaskan deria merasa pesakit. Dan jika dia terpijak atau terlanggar benda-benda yang tajam, pesakit takkan merasanya.
Selain itu, bila saraf mulai rosak pesakit akan mudah mendapat ulser.
Luka dan ulser yang tak dirawat dengan baik akan membuatkan ianya merebak dan pesakit akan terkena jangkitan kuman. Dan ini boleh membawa maut.
Oleh disebabkan inilah, bagi menghentikan jangkitan kuman dan untuk selamatkan nyawa pesakit. Doktor terpaksa memotong kaki pesakit.
Selain itu, terdapat juga luka atau ulser yang menyerang dibahagian dalam kaki. Tahu-tahu saja, hampir keseluruhan saraf telah rosak dan tulang kaki telah menjadi hitam.
Dan doktor akan minta persetujuan pesakit dan ahli keluarga untuk memotong kaki. Sudah tentu isteri atau suami dan anak-anak bersedih hati. Apatah lagi pesakit yang nak di potong kakinya.
Ya, nyawanya selamat. Tapi bagaimana dia mahu meneruskan kehidupan yang biasa?
Mungkin mereka akan mengalami tekanan perasan dan hilang semangat untuk menerukan hidup. Bayangkan jika mereka itu ayah atau ibu anda.
Oleh itu, jika ada ibu ayah yang kena kencing manis. Jangan pandang remeh penyakit ini. Walaupun gula nampak terkawal, tetapi komplikasi seperti ini tetap boleh terjadi.
10 Tips Untuk Kawal Komplikasi Kencing Manis Supaya Tak Potong Kaki!
Kaki adalah anggota badan yang paling sensitif apabila kena penyakit kencing manis. Tapi jangan risau, masih ada cara dan tips untuk mengawal supaya komplikasi teruk seperti potong kaki tidak berlaku.
Antara strategi yang terbaik bagi mengelakkan komplikasi ini adalah penjagaan kaki yang baik. Berikut adalah 10 tips yang boleh dilakukan:
1- Periksa Kaki
Periksalah kaki anda setiap hari. Lihat samaada ada atau tidak lepuhan, luka, merekah, bengkak, merah dan mengalami radang.
Jika anda mengalami masalah untuk mencapai kaki, cuba gunakan cermin tangan supaya anda boleh melihat kawasan tapak kaki. Atau boleh minta orang lain untuk bantu.
2- Basuh Kaki
Setiap hari basuhlah kaki dengan air suam. Kemudian, keringkan secara perlahan-lahan. Pastikan betul-betul kering terutama di antara jari kaki.
Gunakan 'pumice stone' untuk menggosok secara perlahan di bahagian kulit yang mudah terbentuk 'calluses' (kulit keras di bahagian kaki). Selepas itu taburkan bedak talkum ataupun tepung jagung di celah jari kaki bagi memastikan bahagian tersebut kering.
Sapukan juga losyen pada bahagian kaki. Ini untuk memastikan kelembutan kulit.
3- Jangan Buang Kulit Keras
Elakan dari menggunakan penyepit kuku atau gunting untuk membuang kulit keras di bahagian kaki (calluses). Atau apa saja ketumbuhan pada kaki seperti ketuat.
Jumpalah doktor jika anda ingin membuang atau merawatnya.
4-Cermat Ketika Memotong Kuku
Luka yang sangat kecil juga boleh membuat anda mengalami komplikasi kencing manis. Oleh itu berhati-hati ketika memotong kuku kaki.
Potong secara lurus. Bagi bahagian tepi yang tajam, gunakan 'emery board' untuk trim kuku tersebut.
5- Pastikan Stokin Kering
Juga pastikan ianya bersih, ini kerana kaki anda telah menjadi sensitif. Gunakan stokin yang dibuat dari fiber yang boleh menyerap peluh seperti cotton.
Elakkan stokin yang terlampau ketat yang mengganggu pengaliran darah. Juga jenis stokin yang tebal, kerana ia boleh merengsa kaki.
6- Jangan Kaki Ayam
Walaupun di dalam rumah. Pastikan anda memakai alas kaki atau selipar.
7- Beli Kasut Yang Sesuai
Kasut tumit tinggi mungkin bukan lagi pilihan bagi wanita yang telah terkena kencing manis. Dapatkan kasut yang selesa dan memberikan sokongan yang baik.
Jika kaki anda besar sebelah, beli kasut mengikut saiz kaki yang besar. Atau anda boleh guna 'orthopedic shoes' yang disarankan oleh doktor anda.
8- Tinggalkan Rokok
Tiada kata dua, tinggalkan tabiat merokok anda. Ini kerana asap rokok hanya akan menggandakan kerosakan urat saraf anda. Jika luka ia akan menjadi lebih lambat baik.
9- Buat Pemeriksaan Berjadual
Ini penting supaya jika ada luka atau masalah di bahagian kaki, doktor dapat mengesan lebih awal. Paling kurang sekali setahun. Atau lebih kerap mengikut keadaan anda.
10- Bertindak Pantas
Jika ada sebarang luka walaupun kecil, terus dapatkan rawatan dari doktor. Ini dapat mengurangkan risiko komplikasi dan jangkitan kuman.
Selain itu anda juga perlu menurunkan berat badan dan makanan makanan sihat seperti G-BOMBS.
G- Green (Sayuran Hijau)
B- Beans (Kekacang)
O- Onions (Bawang)
M- Mushroom (Cendawan Segar)
B- Berries (Seperti anggur)
S- Seeds (Bijirin seperti 'chia seeds')
Pastikan anda mengambil makanan-makanan ini dalam diet harian. Juga anda perlu bersenam, seperti berjalan laju atau apa saja aktiviti luar. Dan buat pemeriksaan gula setiap hari.
Kesemua perkara ini nampak mudah, tetapi ia memerlukan disiplin yang sangat tinggi. Sifat sambil lewa dalam menguruskan penyakit kencing manis boleh membuatkan anda terkena komplikasi ini.
Disamping anda menguruskan penyakit ini dengan baik, pengambilan supplemen juga amat penting bagi membantu anda mengawal gula dan elak kaki dari kena dipotong.
Supplemen Khas Untuk Penyakit Kencing Manis?
Bagi pesakit kencing manis, terutama bagi yang telahpun mengalami komplikasi pada peringkat awal. Anda sangat disarankan mengambil supplemen.
Ini kerana vitamin dan mineral yang cukup adalah agak mustahil untuk diperolehi dari makanan harian. Kandungan khasiat di dalam makanan harian telah menurun kerana kandungan mineral dalam tanah itu sendiri.
Selain itu, faktor penyediaan dan penyimpanan makanan juga membuatkan khasiatnya terhakis. Ini tak termasuk lagi sikap pesakit yang agak payah untuk makan makanan sihat.
Oleh itu sebagai pelengkap anda boleh cuba mengambil Vivix. Ia adalah supplemen khusus buat pesakit kencing manis. Lebih-lebih lagi, jika anda telah pun mengalami tanda-tanda komplikasi seperti luka yang tak sembuh-sembuh.
Mengapa Vivix Penting Supaya Tak Kena Potong Kaki?
Vivix adalah supplemen yang dirumus dari campuran botani yang tinggi dan kaya dengan resveratrol anda polifenol. Berikut adalah sebab mengapa Vivix sangat penting supaya kaki dapat diselamatkan:
1- Rawat Luka Luar Dengan Cepat
Kandungan Vivix yang kaya dengan anti oksidan sangat membantu dalam menyembuhkan luka dengan cepat. Ini termasuk luka kecil ataupun luka besar seperti daging yang telah reput akibat gangren.
Pengambilan secara konsisten akan merawat luka dan daging baru juga akan turut tumbuh pada kawasan yang telah terkena komplikasi.
2- Memperbaiki Saraf dan Salur Darah Yang Rosak
Bagi pesakit yang mengalami komplikasi dalaman, di mana urat sarat rosak sehingga menyebabkan jangkitan kuman. Vivix juga dapat membantu.
Ia adalah satu-satunya supplemen yang dapat bertindak dari tahap sel. Ini bermaksud Vivix akan memperbaiki semula saraf yang telah rosak. Ia juga membina sistem saraf baru yang sihat.
Walaupun doktor kata anda mungkin akan kehilangan kaki, anda masih mempunyai harapan.
3-Bacaan Gula Menjadi Baik dan Terkawal
Vivix akan menyebabkan insulin normal dibawa masuk ke dalam otot. Penyerapan glukos yang selama ini terganggu akibat komplikasi juga akan
bertambah baik.
Ini menyebabkan kadar gula yang tinggi di dalam darah berjaya diturunkan. Dan bacaan gula menjadi terkawal.
Selain itu, halangan atau 'resistant' insulin juga berkurangan. Kuantiti insulin dapat dihasilkan secukupnya kerana pankreas yang sihat.
Secara langsung ia dapat mengelakkan komplikasi seperti ini dari terjadi semula.
Alhamdulillah, ramai yang semakin sihat dan tiada lagi kencing manis. Ada juga mereka yang berjaya menyelamatkan kaki dari dipotong.
Mari kita lihat perkongsian mereka:
Sebotol Vivix (150ml) berharga RM475.00. Namun begitu terdapat tawaran eksklusif dengan pembelian terus 2 botol Vivix, anda layak:
1- Keahlian PERCUMA bernilai RM65
2- DISKAUN 5% pada harga ahli
3- Kos penghantaran PERCUMA bernilai RM10.60
4- PERCUMA sebotol Vitalea bernilai RM88 (terhad sehingga 31 Oktober sahaja)
5- BONUS TUNAI bernilai RM36.10
Jika anda tidak mahu kehilangan kaki, bertindaklah segera. Sekiranya anda tangguh, mungkin ia sudah terlewat untuk diselamatkan. Hubungi MakDara Supplemen di 016 773 1892 SEKARANG! Bimbingan dan cara makan yang tepat diberikan supaya anda tak perlu kehilangan kaki kerana kencing manis.
Rujukan: webmd.com