Tips Hamil Sihat Cantik
7 Tips Mudah Puasa Semasa Mengandung Supaya Tak Lembik Lunyai!
Monday, June 01, 2015Sekejapan sungguh MakDara (MD) rasa. Lagi dua minggu nak puasa dah kan? Teringinlah pula nak kongsi tips puasa semasa mengandung. Manalah tahu ada ibu-ibu yang baru mengandung kali pertama masa bulan puasa ni kan?
Alhamdulillah, Allah beri peluang dua kali MD rasa hamil semasa berpuasa. Sekali tu masa awal kehamilan. Dan yang kedua masa dah sarat. Dapatlah merasa puasa penuh. Boleh claim duit raya dekat suami MD. Kih kih.
MD pun nak korang merasa puasa penuh juga. Paling penting masa puasa tu tak lembik lunyai. Puasa tapi nampak steady je walaupun hamil.
7 Tips Mudah Puasa Semasa Mengandung Supaya Tak Lembik Lunyai
1- Berdoa Berikan Kekuatan
Ini perkara pertama yang ibu boleh buat. Banyakkan berdoa pada Allah SWT, mohon diberikan kesihatan dan kuat untuk berpuasa penuh bulan Ramadhan.
Setiap kali lepas solat, minta pada Allah. Mohon juga supaya bayi di dalam rahim juga membesar dengan sihat dan kuat walaupun bulan puasa. Dan serahkan dan yakin pada Allah SWT.
2- Tune Mind Setting
Asal puasa je lembik. Asal lembik je puasa. Nak-nak bila mengandung kan? Ini yang biasa kita fikirkan.
Sebenarnya semua terletak di dalam fikirran kita. Kalau kita rasa tak larat, maka tak larat lah kita. Cuba tanamkan dalam fikiran 'aku mesti sihat dan boleh puasa penuh'.
Melainkan kalau kita hamil dalam keadaan yang berisiko seperti diabetis semasa mengandung. Boleh dapatkan nasihat doktor adakah kehamilan kita itu berisiko atau tidak?
3- Makan Sahur
Ini paling penting, makan sahur. Walaupun rasa tak larat, cuba gagahkan diri untuk bagun bersahur.
Makan sebelum tidur tak sama tau dengan bersahur. Nak lagi elok, lambatkanlah waktu bersahur. Selain dapat pahala sebab lewat bersahur, perut pun lebih lama terisi.
Pilih makanan yang indek glisemik rendah. Apa indek glisemik rendah? Ini merujuk kepada makanan yang lambat tercerna dan menghasilkan tenaga yang berpanjangan. Seperti kekacangan dan bijirin.
MD setiap kali puasa memang tak tinggal minum soya waktu sahur. Tapi bukan soya biasa. Soya ni buat MD tak rasa letih walaupun berpuasa dan sibuk di pejabat.
Balik rumah pun masih kuat nak bersilat di dapur sediakan juadah berbuka. Sama macam Puan Haridah dalam video kat bawah ni. Pelik pulak dia kenapa boleh dia habiskan puasa sedangkan sebelum ni bila nak puasa sunat confirm tak larat.
4- Makan Kurma
Ikutlah sunnah, makan kurma semasa berbuka. Juga ambil masa bersahur. Amalan MD tujuh biji kurma mesti ambil setiap hari semasa bersahur. Kurma pun antara makanan yang indek glisemik rendah.
Kalau malas nak kunyak satu-satu. MD blend saja dengan segelas susu suam. Nyam sangat tau. Bila berbuka utamakan kurma, lepas tu barulah makan juadah-juadah lain.
Mungkin lepas makan kurma, makanlah kueh. Lepas tu solat Maghrib, ada masa nak tunggu masuk Isyak makanlah apa yang patut. Lepas solat terawih, kalau lapar boleh makan sedikit lagi.
Barulah tenang perut, nak kena sakit ulu hati masa mengandung pun payah.
Sama juga semasa bukan di bulan Ramadan, amalkan minum paling kurang dua liter air sehari. Gunakan masa yang ada di malam hari sehingga sebelum Subuh untuk minum secukupnya.
Oh ya, jika ibu penggemar kopi atau minuman yang mengandugi kafein tinggi. Sebaiknya kurangkanlah, gantikan dengan minuman yang lebih sihat seperti jus buah-buahan atau air tanpa kalori (air kosong lah tu).
Tapi ingat, elakkan minum sekali banyak. Kesannya badan lebih mudah terhidrasi dan merasa lemah.
Ye, mungkin tanpa vitamin pun ibu boleh berpuasa penuh. Tapi kalau sepanjang berpuasa tu rasa letih dan tak larat saja, macam tak best lah pulak. Kan bulan puasa pesta ibadah? Rugi MD rasa kalau nak biarkan Ramadan berlalu dengan keletihan dan tak larat sebab mengandung.
Jika ibu kuat, bayi yang dikandungkan pun akan jadi kuat dan hebat. Begitulah sebaliknya. Pilihan di tangan masing-masing.
MD harap sedikit sebanyak tips khas untuk ibu hamil semasa berpuasa ini dapatlah memberi manfaat bersama. Boleh klik rukhsah puasa untuk tahu kelonggaran khas untuk ibu hamil.
MD doakan agar semua ibu mengandung dapat menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya. Eh, tak sabar pula rasanya.
Jika nak tahu vitamin kehamilan yang membuatkan MD kekal energetic dan boleh puasa penuh. Silakan Whatsapp di 016 773 1892. Atau nakkan tips tambahan pun dijemput whatsapp lah sekali ye.
MD ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga ibadah kita semua diterima oleh Allah SWT.
Kalau malas nak kunyak satu-satu. MD blend saja dengan segelas susu suam. Nyam sangat tau. Bila berbuka utamakan kurma, lepas tu barulah makan juadah-juadah lain.
5- Makan Sedikit-sedikit Bukan Sekali Telan
Ya, puasa semasa mengandung memang mencabar nafsu makan. Lagilah bila singgah bazar Ramadhan. Jangan makan sekali harung masa berbuka. Makan sedikit-sedikit.Mungkin lepas makan kurma, makanlah kueh. Lepas tu solat Maghrib, ada masa nak tunggu masuk Isyak makanlah apa yang patut. Lepas solat terawih, kalau lapar boleh makan sedikit lagi.
Barulah tenang perut, nak kena sakit ulu hati masa mengandung pun payah.
6- Minum Air Secukupnya
Air sangat penting untuk tubuh badan, terutama ibu yang hamil. Bahaya kalau tak cukup air, boleh terkena risiko dehidrasi.Sama juga semasa bukan di bulan Ramadan, amalkan minum paling kurang dua liter air sehari. Gunakan masa yang ada di malam hari sehingga sebelum Subuh untuk minum secukupnya.
Oh ya, jika ibu penggemar kopi atau minuman yang mengandugi kafein tinggi. Sebaiknya kurangkanlah, gantikan dengan minuman yang lebih sihat seperti jus buah-buahan atau air tanpa kalori (air kosong lah tu).
Tapi ingat, elakkan minum sekali banyak. Kesannya badan lebih mudah terhidrasi dan merasa lemah.
7- Ambil Vitamin Kehamilan
Vitamin ini bukanlah pengganti makanan. Tetapi fungsinya adalah untuk melestarikan fungsi tubuh badan walaupun semasa berpuasa. Selain itu, ia juga membantu supaya anak di dalam kandungan dapat membesar dengan baik.Ye, mungkin tanpa vitamin pun ibu boleh berpuasa penuh. Tapi kalau sepanjang berpuasa tu rasa letih dan tak larat saja, macam tak best lah pulak. Kan bulan puasa pesta ibadah? Rugi MD rasa kalau nak biarkan Ramadan berlalu dengan keletihan dan tak larat sebab mengandung.