Sakit dada rasa, anak suka makan gula bila balik rumah mentua. Tahulah sayangkan cucu. Penuh hah peti sejuk dengan segala macam jajan. Gula-gula ada, ais krim, summi jelly, semua serba lengkap. Tambah pula dengan keropok yang penuh MSG tu.
Kalau kat rumah kita, bolehlah kawal. Tapi bila kat rumah mentua, macam mana nak buat? Takkan nak sound setepek depan muka mak ke ayah mentua. Karang terasa hati lah pulak. Dah puas besar-besarkan mata, suruh anak berhenti makan, Tapi hapah, dia buat derq je. Siap ' atuk, tolong bukak gula-gula yang ni pulak'.
Terbakar bukan rasa?
Perkara nak elak anak suka makan gula kat rumah mentua ni, umpama menarik rambut dalam tepung. Kena hati-hati.
Insyaallah tips yang Mak Dara (MD) bakal kongsikan ini dapatlah membantu sedikit sebanyak mak-mak yang ada masalah begini rupa.
5 Tips Elak Anak Suka Makan Gula Bila Balik Rumah Mentua!
1- Ajar Dari Rumah
Anak-anak ni kan ibarat kain putih. Jadi mak pak lah kena corak. Ajar anak makan makanan yang sihat. Kenalkan mereka dengan pelbagai makanan yang ada.
Juga kenalkan juga mereka dengan gula-gula. Bukan suruh makan. Tapi beritahulah gula-gula boleh datangkan kesan negatif. Contoh, tak bagus untuk otak, nanti belajar tak pandai, gigi rosak dan macam-macam lagi keburukan lain.
Biarpun muka anak selamba macam tak paham. Tapi Insyaallah masuk dalam ingatan dia.
Bila time nak balik kampung, pesan sesiap kat anak. Bila tuk nenek bagi bad food, tolak elok-elok. Suruh cakap terima kasih tuk, tapi Herman nak makan buah. Ini contoh jelah, boleh fikirkan ayat lain yang lebih mengancam.
2- Jangan Terlampau Strict
Dengan anak-anak ni macam main tarik tali. Ada keadaan kita kena bend down dengan anak. Contoh, bila balik kampung. Tok nenek bagi gula-gula sebalnag suruh makan.
Kita janganlah tak bagi terus. Lagipun bila mak pak mentua nampak karang kecik hati.
Ambillah dua tiga biji sambil cakap 'anak ibu, dua biji je tau. Yang lebih ni kita simpan esok-esok pula ya'.
Lepas dah ambil balang tu. Pandai-pandailah nak buat apa. Esok anak tanya, cakap je dah lupa letak dekat mana. Tak pun, masa keluar jalan-jalan buang saja gula-gula itu.
3- Terus Terang
Cara ini paling berkesan, tapi paling payah nak buat. Sebab takut mak pak mentua kecik hati. Tapi apalah yang lebih baik dari bercakap benar. Biarpun perit.
Mungkin mak pak kita tak tahu kesan gula-gula. Berilah tahu yang gula-gula boleh buat anak hyperaktif, susah nak dengar kata dan sebagainya.
Dan jangan lupa minta maaf kat mak pak. Tak niat apa pun selain dari nak jaga kesihatan anak. Kalau diaorang kata, alah dulu ayah derang pun makan gula, tapi jadi je orang, siap jadi doktor lagi.
Mungkin boleh counter cakap, gula-gula dulu tak banyak bahan pengawet. Tapi gula-gula sekarang ni dah macam racun.
4- Menyamar
Bila mak pak mentua lambak gula-gula depan mata anak. Cepat-cepat kata 'wow ini semua favorite ibu ni', sambil ambil laju-laju. Bagi sebiji dua je dekat anak.
Yang lain cepat-cepat masuk handbag tak pun apa-apa beg yang ada dekat situ. Lepas tu, it's up to you lah nak buat apa dengan gula-gula dan jajan tu.
5- Minta Suami Tolong
Suami isteri kena kerjasama nak elak anak suka makan gula ni. Minta tolong suami, cakapkan dengan mak dia pasal ini.
Yelah, kadang ada mak mentua yang pantang atau tak boleh dengar nasihat menantu. Jadi eloklah suami yang cakapkan. Anak dia kan, mesti dia lagi dengar.
Sebenarnya, ada sebab kenapa anak suka gula-gula ni. Salah satunya adalah tanda anak tak dapat nutrisi harian yang cukup. Maka craving gula-gula atau coklat ni memang boleh menjadi-jadi. Kalau kita tak bagi siap dia boleh mengamuk.
Memang betul, agak mencabar juga nak pastikan anak dapat sumber vitamin dan mineral yang cukup. Lagi-lagi bila kita kerja, anak pulak sekolah atau duduk dengan orang. Jadi kita tak tahu apa yang anak makan.
Selain pastikan anak makan 'real food', sebagai pelengkap kita boleh bagi multivitamin. Seperti Vita-Lea for Children yang lengkap dengan 18 vitamin dan mineral penting.
Jadi bila nutrisi harian dah lengkap, maka craving untuk 'bad food' ini akan berkurang. Dan juga kesihatan anak juga semakin baik. Payah nak kena sakit-sakit macam demam dan lain-lain.
Silalah cuba dulu salah satu tips elak anak suka makan gula ni. Insyaallah ada yang boleh digunakan. Jadi mak pak zaman sekarang memang penuh cabaran. So take this positively.
Paling penting kita jangan jemu ingatkan anak gula-gula dan jajan tu tak elok. Nanti bila dia makin besar dan paham. Dia sendiri akan tolak, dan pilih makanan lain.
Lepas tu dah tak payah risau, walaupun selambak gula-gula depan mata. Moga manfaatlah tips dari MD ini ya. Bye!
Nak order Vita Lea for Children ke nak sembang supplemen apa yang best nak bagi kat anak Whatsapp MD 016 773 1892.