Lipat kain baju perkara paling malas Mak Dara (MD) nak buat. Basuh dan sidai baju takpe lagi. MD rasa ramai mak-mak kat luar sana pun malas macam MD juga. Tapi tulah, makin tak lipat makin menimbun. Jadi nak tak nak kena lipat juga.
Dulu masa belum tahu tips ni, berejam jugaklah nak habis gunungan baju tu. Yelah, sambil-sambil tengok TV. Sambil borak. Sambil layan anak.
Bila dah siap lipat kain baju tu, siap rasa krem kaki. Pasal duduk lama sangat. Yelah melipat untuk MD punya baju, suami dan tiga orang anak. Bayang jelah anak-anak, sehari tah berapa kali tukar baju.
Tapi lepas dah tahu tips best melipat kain baju dari Puan Harlinda Halim. Dah taklah bencinta sangat nak melihat.
kain tak lipat tukar jadi naga ;) |
3 Tips Melipat Kain Baju Khas Buat Mak Anak Ramai!
1- Sorting atau Asingkan
Lepas angkat atau masa angkat kain, silalah sort kain baju ikut siapa yang empunya. Kalau ada 6 orang, maka akan ada 6 gunung kain baju.
Dan asingkan gunung-gunung. Letak elok-elok, supaya tak sia-sia kerja sorting tadi bila kain baju dan bercampur balik.
2- Letak Target
Ye nak lipat baju je pun. Tapi mesti letak target. Samalah juga dalam hidup, kerjaya atau bisnes. Mesti ada target. Katakanlah, nak siap lipat dalam masa sejam sahaja.
Nak sehari pun boleh. Tapi nanti lama sangat. Jadi tak produktif pulak.
Sebagai contoh, target siap lipat 1 jam. Maka bahagilah 60 minit dengan 6 gunung kain. Maka untuk satu gunung, hanya 10 minit diperlukan.
3- Tumpukan Perhatian
Ye fokus ye mak-mak semua. Bila lipat kain baju, elakkan sambil-sambil tengok TV. Atau lagi parah, elakkan scroll FB, IG atau Pinterest. Letak telefon masing-masing jauh dari capaian.
Anak-anak? Boleh distract perhatian mereka sekejap. Bagi tengok fav TV show atau bagilah mereka aktiviti yang disukai. Atau kalau ada ayah diaorang kat rumah, mintalah bantuan untuk uruskan anak-anak.
Senang je nak follow 3 tips ni kan? Paling penting gunungan kain berjaya ditarah rata.
Kalau mak-mak ada anak yang dah besar dan boleh melipat. Ajaklah mereka lipat baju masing-masing. Jadi kuranglah bebeban nak melipat semua kain tu.
Lebihan masa lipat kain baju tu, bolehlah buat aktiviti yang manfaat. Macam buat kueh ke, berkebun ke, takpun layan anak-anak.
Ada satu lagi tips tambahan. Ni untuk mengelakkan rasa mengantuk di kala melipat baju. Dari duduk senyap je, baiklah bibir tu alunkan zikir-zikir. Tak payah nak zikir yang payah-payah. Sebut je Ya Allah berulang-ulang kali. Mesti rasa macam dapat satu kekuatan entah dari mana.
Laju je tangan menari melipat kain. Tiba-tiba cukup sejam, dan siap dah semua baju berlipat kemas dan cantik.
Bagi mak-mak yang SAHM (stay-at-home-mom) atau WAHM (work-at-home-mom) macam MD, waktu terbaik melipat baju adalah waktu petang lepas Asar. Sambil-sambil tunggu suami balik untuk hi tea bersama, eloklah lipat kain dari terbongkang tengok TV.
Juga paling penting elakkan bertangguh. Kalau basuh hari ini, lipatlah juga hari ini. Atau kalau ada jadual mingguan kerja rumah, boleh ikut jadual yang dah dibuat.
Bukan apa, kalau tak nanti dari Gunung Kinabalu bertukar pulak jadi Gunung Everest pulak baju-baju tu. Jadi enjoy ye mak-mak semua, lipat kain dengan gumbira.
Tapi kadang lipat kain ni tetap juga tak gumbira bagi sesetangah mak-mak. Macam Puan Lydzar ni, sakit sendi kat jari tangan dan kaki sampai dia payah nak buat kerja rumah. Termasuklah lipat kain baju. Bersungguh dia ikhtiar nak sembuh, sampailah akhirnya dia pulih. Nak tahu apa yang dia buat, boleh tengok video di bawah:
Nak tanya pasal sendi sakit, apa nak buat? Boleh Whatsapp/SMS 016 773 1892.