alfalfa
Cara Tambah Susu Badan Supaya TAK PANIK Anak Menangis Kelaparan Di Sini
Saturday, March 07, 2015Panik bila stok susu tak cukup, sampai anak nangis lapar. Apa agaknya cara tambah susu badan, supaya dapat kumpul stok susu yang banyak. Dan takde langsung hadapi masalah susu kurang.
Dulu saya pun panik bila stok susu selalu tak cukup. Tapi lepas tengok video ini, barulah saya faham kenapa dulu saya asyik tak cukup stok susu:
Apabila kita menyusukan anak dan dalam masa yang sama kena juga kumpul stok susu sebagai bekalan anak bila di taska. Dan sebenarnya kita terpaksa hasilkan susu yang lebih banyak berbanding dengan ibu yang direct feeding.
Dan jika kita stress, cepat letih dan masa kerja tak menentu, mestilah agak mustahil untuk kita kumpulkan stok susu untuk anak. Walaupun dah macam-macam makanan tambah susu badan diambil, tapi susu masih tak bertambah.
Bila sudah berazam nak susukan anak hingga 2 tahun, bila tiba stok susu asyik tak cukup terasa seperti kita gagal dan rasa bersalah sebab tak hasilkan susu yang cukup untuk anak....
Tips Tambah Susu Badan Khas Untuk Ibu Yang Kerja Tak Menentu
Saya mahu kongsikan 7 tips supaya lepas ini ibu tak lagi panik dan susu badan selalu cukup.
1- Pam Secara Konsisten
Ini adalah tips yang paling penting. Cuba sediakan jadual pam dan ikut secara konsisten. Sebaiknya pamlah 2-3 jam sekali.
Dan berusahalah untuk tak melanggar jadual pam yang dibuat. Ini kerana ia mungkin akan menggangu penghasilan susu.
2- Makan Yang Berkhasiat
Seperti semasa hamil, kita juga mesti makan makanan yang berkhasiat untuk pastikan susu yang terhasil cukup nutrisinya untuk anak. Dan juga membantu kita untuk bertenaga menjalankan kerja dan juga mengepam susu.
3- Elakkan Stress
Ini selalu terjadi pada ibu yang menyusukan anak. Walaupun sudah pam mengikut jadual, tapi susu masih tak keluar banyak. Sekali pam mungkin dalam 2-3oz sahaja.
Jadi agak payah untuk kumpul stok susu dengan banyak. Oleh itu, elakkan dari stress. Pengambilan B-Complex sangat membantu mengurangkan stress.
4- Badan Sihat dan Fit
Ini juga tips tambah susu badan yang penting. Sebab kalau ibu tak sihat sudah pasti ia menggangu proses mengepam susu. Yang akhirnya menyebabkan susu yang sedikit makin sedikit.
Dan akhirnya mungkin ibu yang berazam nak susukan anak hingga 2 tahun, azamnya jadi goyah. Oleh itu, ibu jagalah kesihatan supaya takde masalah dengan rutin kerja dan rutin mengepam susu. Jaga nutrisi makanan dan makan supplemen ibu menyusu.
5- Air Yang Cukup
Sebagai ibu yang menyusukan anak dan mengepam susu minum air dengan cukup adalah amat penting. Paling kurang 2 liter sehari.
Kurang air boleh menyebabkan ibu mengalami dehidrasi dan menjadi mudah letih.
6- Berfikiran Positif
Sentiasa merasakan bahawa susu banyak. Dan susu badan ibu cukup untuk buat stok anak. Berkawanlah dengan ibu-ibu lain yang juga mengepam susu, supaya boleh terus kekal positif dan terinspirasi.
7-Direct Feeding
Elakkan untuk berikan susu ibu di dalam botol jika ibu berada di rumah. Banyakkan sesi direct feeding atau terus menyusukan bayi jika bercuti.
Tiada ransangan lain, sebaik hisapan bayi anda. Ia akan meransang badan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Dan juga, semasa bercuti cubalah juga untuk mengepam susu. Paling kurang sekali di awal pagi dan sebelum tidur. Supaya kuantiti susu yang terhasil kekal banyak.
Nak berjaya capai tempoh 2 tahun penyusuan bukan mudah dan takde jalan singkat untuk tambah susu badan. Selagi 7 tips tambah susu badan ini dilakukan, Insyaallah, tiada lagi momen panik sebab anak menangis tak cukup susu.
Malahan anda mungkin terpaksa beli deep freezer pula sebab peti sejuk di rumah dah tak dapat menampung stok susu yang banyak.
Nak order supplemen ibu menyusu Whatsapp/SMS di 016 773 1892. Nak bertanya pasal tips tambah susu badan juga OK je.
Kalau ibu mahu beli terus menggunakan kad kredit atau debit, bolehlah tekan je butang 'Buy Now' di bawah: