carotomax
Berkawad Sampai Kulit Sunburn Nak Selfie Pun Tak Lalu Tengok Muka Hitam, Apa Nak Buat?
Wednesday, December 31, 2014Berjemur sekejap pun rasa perit, lagilah kalau berkawad 'confirm' kulit sunburn. Muka hitam tapi lengan putih. Nak berselfie pun tak lalu.
Kalau dah selfie pun sibuk edit dulu, nak bagi nampak putih. Tapi terasa macam menipu diri sendiri pulak.
Apa nak buat ni? Tunang dah berapa hari minta tengok wajah terbaru. Tapi kita asyik delay je...malu muka hitam. Nak jumpa pun segan.
Kulit sunburn ni memang nampak macam tak bahaya. Tak sebenarnya banyak kesannya. Dan ada cara dan makanan yang boleh elak masalah kulit hitam terbakar ni.
Oleh itu, dalam entry kali ni saya nak kongsikan:
1-Makanan Baik dan Tak Baik Untuk Kulit Sunburn
2-Kesan Kulit Sunburn
3-Cara Merawat dan Mengurangkan Kesan Kulit Terbakar
uih melampau sunburn nya ni |
Makanan Baik dan Tak Baik Untuk Kulit Sunburn
Pakai 'sunscreen' losyen bukanlah satu-satunya jalan nak selamat kulit dari sunburn. Sebenarnya kulit sunburn atau tidak ni juga bergantung dengan diet harian kita.
Sebab itulah ada orang yang 'burn' teruk dan tak 'burn' langsung. Padahal sama-sama je berjemur tengah panas.
Antara makanan yang bagus elak kulit sunburn:
1-Sayuran hijau
2-Minum teh, terutamanya teh hijau
3-Ikan sebab kaya dengan Omega 3
4-Makan tomato sebab ada Lycopene dan Astaxanthin untuk kurangkan kesan kulit terbakar
5-Ambil 'saturated fat' macam minyak kelapa, butter dan lain-lain
Dan ada juga makanan yang kena elak kalau tak nak kulit terbakar, antaranya:
1-Makanan segera
2-'Processed food' macam nugget atau sausage yang beli kat kedai
3-Gula
Jadi jagalah apa yang masuk dalam perut kita. Seronok juga kalau tak payah pakai losyen yang melekit-lekit tu. Jaga je makan, selamat kulit.
Lepas ni, tak kisahlah berkawad berapa lama. Kulit muka maintain cerah dan cantik.
Kesan Kulit Sunburn
Siapa kata 'alah, nanti kulit menggelupas eloklah kulit kau tu' sebenarnya kurang betul. Memanglah kulit kembali cerah tapi ada kesan tak baik kulit terbakar ni. Antaranya:
1-Kulit tampak tua
2-Kedut mudah timbul
3-Kanser kulit
4-Juga kena katarak
Setakat kulit hitam je takpelah kan. Sebab boleh menggelupas jadi putih balik. Tapi kalau dah makin berkedut, umur baru 20an dah kena panggil makcik.
Sentap tau kita.
Cara Merawat dan Mengurangkan Kesan Kulit Terbakar
Mengelak kulit sunburn sebenarnya lagi baik dari merawat. Yelah dengan pedihnya muka, kering, dan tukar warna, bukanlah sehari dua dah sembuh. Mahu ambil masa seminggu dua.
Tapi kalau sudah terjadi, dah burn kulit tu, bolehlah cuba cara dibawah:
1-Mandi air sejuk
2-Satu losyen pelembap pada muka
3-Minum air secukupnya
4-Guna timun
5-Letak susu pada kulit sunburn, jangan pulak susu panas, guna susu sejuk
Tidaklah ia sembuh serta merta. Tapi dapatlah mengurangkan pedih muka sebab sunburn.
Nak selfie pun kena tunggu kulit muka elok balik. Suruh encik tunang bersabar.
Selain dari jaga makan elak kulit sunburn. Sebenarnya ada lagi satu cara yang lebih mudah. Yelah, hari-hari pun sibuk, makan ikut mana sempatlah.
Kadang dekat kedai pun sayur hijau dan jadi warna coklat, makan banyak mana pun terbakar jugak muka.
Jadi kalau anda sibuk berkawad tapi nak kulit muka kekal cerah dan berseri. Sampai lepas kawad pun boleh terus selfie dan hantar gambar dengan caption 'sayang baru lepas kawad'.
Boleh cuba salah satu produk Shaklee iaitu Carotomax. Ia bertindak melindung kulit sunburn dari dalam. Dan bukan itu saja, kulit muka jadi lebih muda dari usia sebenar.
Cepat Whatsapp saya di 016 773 1892. Saya ada cara makan vitamin ini yang bukan saja buat kulit tak sunburn, tapi buat kulit lawa sampai buat kawan lelaki jatuh longkang ralit tengok wajah anda.
Oh ya, kalau kulit awak juga berjerawat dan ada bekas jerawat hitam. Dan sudah letih tepek bedak tebal nak cover bekas jerawat, tontonlah video di bawah sampai habis:
Setiap wanita inginkan wajah yg cantik berseri-seri. Hakikatnya, tak semuanya licin macam artis. Hanya sebab tak putus asa, kulit beliau kini...