Macam-macam makanan nak cuba kalau sampai ke Kota Bharu. Terbaru Pak Mat Sup Ikan di Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Hui makan sekali. Tapi teringat-ingat. Terasa-rasa sup ikan special tu.
Tak merancang pun nak makan sup ikan di pagi hari. Niat awal nak sarapan di Kopitiam Kita, makan roti titab.
Tapi sebab takde langsung seat kosong. Terpaksalah cari port lain. Nasib baik ada tourist guide yang tahu port makan best.
Terus diajaknya ke Pak Mat Sup Ikan. Dalam hati 'ish sup ikan sarapan?'. Ikut jelah, dah lapar.
Sampai je, wah tempat cantik. Tepi sungai kut. Orang pun ramai.
Biasa kalau ramai ni sedap. Tapi ada benda yang pelik. Setiap meja mesti ada teh tarik.
Tapi ni bukan yang biasa. Buihnya melimpah-limpah. Makan sup ikan dengan teh tarik ke?
Rupanya tu lagi satu tarikan kat kedai
Sup Ikan Pak Mat. Iaitu teh tarik madu.
Haruslah try kan. Benda yang lain dari yang lain. Kat KL memang takde.
Jadi menu pagi tu Teh Tarik Madu dan Sup Ikan Special. Beserta nasi dan sambal belacan.
Untuk anak-anak ayam kampung goreng dan telur dadar. Hui nikmat mana lagi yang nak di dustakan?
Lepas order, pantas je Teh Tarik Madu sampai. Ya Allah buih. Bila sedut , aduh sedapnya...terasa madunya. Memang ngam betul dengan teh tarik.
Lepas tu sup pun sampai. Berasap. Cepat-cepat ceduk.
Sekali sampai kat mulut, rasanya sangat mewah. Betul-betul mengangkat darjat 'sup ikan'. Betul-betul special.
Ikan dalam sup berenang-renang dengan daging dan 'parts' lain lembu. Ikan besar.
Ada rasa pedas, masam, lemak, manis ikan. Bila bergabung, FANTASTIC!
Licin semua pinggan. Tanda sedap dan puas hati. Belum balik lagi dah cakap nak 'repeat'.
Selain dari sup sedap, ada perkhidmatan 'Kelate Cruise'. Cruise ni bawa jalan-jalan kat kawasan Sungai Kelantan.
Ada yang RM10 dan RM20. Bergantung pada jarak.
Oh ada 'playground' untuk kanak-kanak. Sambil mak ayah hirup sup, anak-anak boleh main-main.
Dan tarikan lain, tandasnya bersih. Juga pelayan-pelayan sungguh mesra. Kedai pun bersih sangat.
Pastinya sebelum balik KL, akan kami datang lagi ke Pak Mat Sup Ikan.
Bagi yang terliur bolehlah ke alamat Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.