Sekarang Shaklee, makin sinonim dengan tambah susu ibu. Masa awal tahun 2010, Shaklee masih dikira 'alien'. Tak ramai ibu yang tahu dan cuba. Termasukkan Eray juga. Lahirkan Rayna pada tahun 2009, bulan Julai. Azam dan tekad memang nak susukan dia sampai 2 tahun.
Tapi bila Rayna masuk 6 bulan, tengok susu sedikit kurang. Dan paling tak best, bila Rayna tak settle down bila menyusu. Asyik nak melekat je 24 jam. Sampaikan Eray, letak kan saja dia atas dada. Hahaha ibu dah letih.
Sampailah satu hari, Eray terjumpa blog Mummy Lyna. Dia kongsi cerita pasal Shaklee Set Basic Tambah Susu Ibu. Adalah dia cerita kebaikan set nie beri tenaga pada ibu, dan bertindak sebagai 'milk booster;. Dalam set nie, ada 4 item je. Vitalea, B Complex, Vita C & Alfalfa. Masa tu ada set percubaan, RM80 je. Agak skeptikal pada mulanya, ye ke berkesan. Fikir dua tiga kali, akhirnya beli lah juga. Mana tahu, susu yang kurang boleh jadi banyak kan.
Rutin mengepam masih berjalan seperti biasa. 4 kali di pejabat, 2 kali di rumah. Bolehlah bawa pulang 12 oz, termasuk yang pam kat rumah, total dapatlah lebih kurang 21 oz. Rayna kuat minum susu. 21oz kira kais pagi makan pagi, kais petang makan petanglah.
budak kuat menyusu |
hasil susu ibu, nak masuk 2 tahun masa nie |
2 hari lepas order set Shaklee Tambah Susu Ibu sampai kat tangan. Warna warni Shaklee nie. Ada yang hijau, kuning, hijau lumut dan cream. Masih tak pasti berkesan atau tidak. Tawakal pada Allah, mohon berkesan kerana mahu penuhkan hasrat penyusuan lengkap hingga 2 tahun.
Jadi bermulalah episod Eray, Rayna dan Set Tambah Susu Shaklee. Hari pertama makan, takde ketara sangat hasilnya. Yang paling jelas, susu bertukar warna, nampak agak pekat sedikit. Since ade perubahan positif, teruskan makan hingga seminggu.
Apa yang Eray nampak dalam masa seminggu tu, Rayna dah kurang bergayut. Tak menyusu berkurun abad. Bila dia rasa kenyang, dia pun stop menyusu. Dan lagi bestnya, Eray rasa lebih bertenaga dari biasa. Kalau sebelum nie, pukul 9.00 malam mata dah berat nak tidur. Nie siap boleh stay up, buat power pumping lagi. Dah macam makan ubat kuat. Dan alhamdulillah, kadar kepekatan susu bertambah secara konsisten. Dan dari 21oz sehari, boleh dapat 28oz sehari. Bolehlah buat stok simpanan. Syukur sangat.
Nak tahu tak apa lagi yang interesting? Susu yang putih susu, bertukar jadi warna kuning. Buat eksperimen, biarkan susu di dalam chiller beberapa jam. Kemudian tengok hindmilk (susu akhir yang berlemak) lebih banyak dari foremilk (susu awal, banyak kandungan air). Jadi sebab itulah bayi-bayi yang ibunya ambil Shaklee Tambah Susu Ibu mudah kenyang. Bila bayi kenyang, ibu bolehlah buat kerja-kerja lain. Sapu rumah, layan cik abang, dan kalau ada anak yang lebih besar, tak lah terabai budak tu.
Dah tengok kesannya konsisten, Eray terus ambil hingga genap 30 hari. Lepas tu habislah set percubaan tue. Sebab nak berjimat, terus ambil full pack. Boleh kongsi dengan cik abang sekali. Vita Lea nie multivitamin, menjana tenaga dari makanan yang kita ambil. B Complex pula, ada elemen anti stress. Jadi bahagialah kami suami isteri makan Shaklee.
Bila pam susu di pejabat, kawan-kawan naik hairan. Mulalah diaorang bertanya 'Kenapa nampak lain susu ko nie?' 'Makan apa susu jadi pekat macam nie, aku punya cair je'. Bukan ke sharing tu caring? Eray pun share lah apa yang Eray ambil. Jadi makin ramai yang tahu, makin ramai yang minat nak cuba.
Alang-alang Eray enroll jadi Shaklee Distributor. Kongsikan pengalaman di FB dan blog. Alhamdulillah, Shaklee makin mendapat tempat di hati ibu-ibu. The product speaks itself. Proven. Dan sekarang, cakap je pasal susu ibu, mesti akan terdengar pasal Set Tambah Susu Shaklee.
Alhamdulillah, Shaklee sangat membantu Eray susukan Rayna hingga dia 2 tahun lebih. Dan Eray takde masalah susukan dia walaupun masa tu sudah pun mengandung yang ke dua. Indah bukan mengandung dan menyusukan anak dalam masa yang sama.
Harap-harap perkongsian pengalaman ini dapat berikan maklumat pada ibu-ibu yang baru nak cuba set ini. Ingat nie bukan set magic, makan je susu berlambak-lambak keluar. Paling penting patuhi konsep demand dan supply. Barulah set nie membantu tambah dan pekatkan susu ibu.
Dapatkan Set Tambah Susu Ibu Shaklee dari SID (Shaklee Independent Distributor) yang asli. Bukan SID yang korang beli, tapi tiada satupun konsultasi yang diberikan. Akhirnya ibu mungkin akan kecewa dengan wang yang dilaburkan dan terus buat kesimpulan Shaklee nie pembohong. Pastikan SID guide cara nak makan, dan lebih baik jika SID guide juga cara dan tips tambahkan susu. Jadi ibu-ibu buatlah pilihan yang bijak ya. Jangan main terkam dan terjah!