Pasti ramai ibu-ibu yang nak tahu, Tips Tambah Susu Ibu: 10 Rahsia Dibongkar! Betul ini tips rahsia yang telah diamalkan ibu-ibu yang menyusukan anak. Dan hasilnya mereka peroleh susu yang banyak. Juga berjaya susukan anak hingga dua tahun. Jika ibu yang sedang baca nie pun ada impian yang sama. Jom kita baca, hadam dan amalkan tips rahsia terhebat ini.
Tips Tambah Susu Ibu: 10 Rahsia Dibongkar!
1. Kosongkan Payudara
Ini tips rahsia yang sangat penting. Payudara haruslah kosong bagi menghasilkan susu yang baru. Macam mana nak kosongkan payudara? Pam 10-15 minit setelah anak selesai menyusu. Dan jika ibu bekerja, pamlah 3-4 kali semasa dipejabat. Juga jangan culas pam susu di rumah waktu anak tidur. Hormon pengeluaran susu paling tinggi waktu tengah malam hingga awal pagi. Jadi ibu, bangun! Tahajud sebentar, kemudian pamlah susu. Kalau lebih rajin buatlah power pumping.
2. Kerapkan Sesi Penyusuan
Susukanlah anak sebanyak mana ibu mencium anak. Tak perlu tunggu 2 atau 3 jam sekali. Jika anak mahukan, susukan sahaja. Untuk bayi yang ada masalah berat kurang. Susukanlah 1/2-2 jam sekali di siang hari. Dan 3 jam sekali diwaktu malam. Jika anak gemar tidur, kejutkanlah dia. Jika bayi tak mahu juga, cari alternatif, iaitu pamlah susu keluar. The more milk out, the more new milk will be produced.
3. Gunakan Waktu Cuti Sebaiknya
Tahukah ibu, yang mulut bayi adalah ransangan yang paling baik. Jadi gunakanlah waktu cuti untuk rehat sambil susukan anak. Cuba elakkan aktiviti yang mengganggu mood bayi dan mood ibu. Seperti berjalan-jalan di shopping mall. Rehatlah dirumah, atau pergilah di mana saja yang tenang.
4. Susukanlah Dengan Kedua-Dua Payudara
Tips tambah susu ibu yang ke 4 ini juga sangat penting. Jangan membazirkan payudara ibu. Susukanlah bayi pada satu payudara hingga dia puas. Kemudian, cuba tawarkan payudara yang satu lagi. Jika anak tak mahu, pujuk lah dia. Ataupun pilihan akhir, pam sahaja susu untuk dijadikan stok.
5. Kerap Beralih Payudara
Ini paling elok dibuat untuk bayi yang mudah tertidur semasa menyusu. Tukarlah sebanyak 2 kali bagi setiap payudara semasa sesi penyusuan. Lebih baik, ibu buat 'breast compression' untuk pastikan bayi menyusu lebih baik dan lebih lama.
teknik breast compression |
6. Gunakan Alternatif
Amaran, jangan kenalkan puting tiruan pada bayi batu lahir. They might get confuse. Cari alternative lain seperti sipping cup, sudu dan syringe.
7. Elakkan Susu Formula atau Makanan Pejal
Pemberian susu formula atau makanan pejal pada awal umur bayi memberi kesan yang tak baik. Kesan paling ketara penghasilan susu akan terganggu. Pemberian susu formula atau makanan akan buat bayi mudah terlena. Jadi siapa yang mahu disusukan jika bayi dah tidur. Sebagai perangsang semangat ibu, jangan sesekali beli susu formula dan letakkan di rumah. Ini akan membuat ibu mudah putus asa. Juga sebarang percubaan pemberian susu formula walaupun sedikit akan menggagalkan semua hasil tips tambah susu ibu.
8. Rehatlah Ibu
Tidur waktu bayi tidur. Minum air ketika haus. Minum air terlampau banyak tak membantu penghasilan susu. Jadi minumlah sedikit untuk elak rasa haus. Juga pilihlah makanan seimbang. Dan untuk membantu ibu lebih bertenaga, ambil supplement/makanan tambahan. Ibu yang sihat, pasti dapat menyusukan atau mengepam pada bila-bila masa. Susu yang baik dapat dari ibu yang sihat (mental & fizikal).
tenangkan ibu ini, pasti banyak susu dia |
9. Keraplah Mengepam
Tambahlah sesi mengepam selepas atau diantara waktu penyusuan anak. Mengepam susu sangat penting bagi menjamin penghasilan susu baru. Ya bayi adalah pam yang terbaik, tapi jika bayi tak menyusu secara baik atau kurang menyusu. Ini akan ganggu hasil susu yang dihasilkan. Pamlah susu hingga ke titisan terakhir, hingga payudara benar-benar kosong.
10. Ambil Bahan Penggalak Susu
Pilih yang semulajadi seperti oat, lobak putih, betik, bayam, halba atau herba penambah susu. Bagi ibu yang mahukan 'pantas' boleh mengambil Set Penyusuan Shaklee. Penyediaan yang super ringkas, hanya air kosong untuk menelan set shaklee ini. Tapi ingat, ini bukan jalan pintas. Jika 9 rahsia diatas tak dibuat, maka hasilnya juga tidak akan memberangsangkan.
Penyusuan susu ibu tiada jalan 'short cut'. Konsep supply dan demand wajib dipatuhi. Lebih ransangan, lebihlah susu yang akan keluar.
Disamping itu, perkara yang kedua penting adalah untuk ibu kekal sihat dan bertenaga. Jika ibu sentiasa penat dan tak bermaya, bagaimanalah mahu melaksanakan 9 tips rahsia ini. Ingat, susu yang baik, datang dari ibu yang sihat mental dan fizikal. Tak rugi laburkan RMXX untuk setiap bulan. Kebaikan bukan hanya untuk ibu, tapi bayi juga akan mendapat manfaat makanan baik yang ibu makan.
Hubungi saya untuk konsultansi Set Penyusuan Shaklee yang paling sesuai dengan ibu-ibu. Harga? Jangan risau, boleh dirunding. Dan tahukah ibu yang set shaklee ni, boleh digunakan lebih dari 4 bulan. Jimatkan? Cepat hubungi saya sekarang.
Suriya Ab Majid
840943 ID Shaklee
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com
016 773 1892