Perkara yang biasa merisaukan ibu adalah 'cukup ke susu badan aku nie' dan 'apa yang mesti aku makan untuk banyakkan susu'. Tapi tahukah ibu, ada makanan yang boleh buat susu ibu kurang. Lagi pula, badan kita dicipta untuk menghasilkan susu ikut keperluan bayi sahaja. Jika ibu tak bersungguh-sungguh menyusukan anak, kesannya susu badan akan berkurang.
Oleh itu, bagi ibu yang menghadapi masalah susu ibu kurang, perlu berhati-hati dalam memilih makanan. Tahukah ibu ada makanan yang boleh mengurangkan susu ibu. Lebih makan makanan bahaya ini, susu ibu akan semakin berkurang. Tentulah ibu semakin stress, susu yang sedikit bertambah sedikit.
susu ibu makin kurang, ibu makin stress |
Tapi bagi ibu yang 'over-supply' atau mahu menghentikan penyusuan. Makanan ini pasti membantu ibu menyelesaikan masalah. Jom kita tengok.
Susu Ibu Kurang: 5 Makanan Bahaya
1. Parsley
Setangkai parsley tidak akan jejaskan penghasilan susu ibu. Tapi ingat elakkan makan, makanan yang bahan utamanya adalah parsley seperti 'tabouleh'. Jika penghasilan susu sudah stabil, sekali sekala 'tabouleh' tak kan mendatangkan masalah.
nielah daun parsley |
2. Pappermint & Spearmint
Dua 'mint' ini juga akan buat susu ibu kurang. Tapi sesekali 'mint tea' tidak apa. Jika ibu berniat nak mengurangkan susu badan, minumlah seteko 'mint tea'. Hasilnya pasti susu akan berkurang. Jika ibu gemar menikmati gula-gula atau coklat mint, pastinya ibu akan perasan perubahan kuantiti susu ibu.
3. Sage & Oregano
Herba yang biasa digunakan dalam masakan pasta. Herba-herba ini juga akan kurangkan susu ibu. Tapi adalah remedi terbaik buat ibu yang susu badanya terlampau banyak.
nie rupa herba sage |
4. Kobis
Petua biasa yang kita dengar, jika bengkak susu letak kobis pada payudara. Tapi kalau terlebih lakukan, susu ibu akan terus kurang. Jadi lakukan bila perlu sahaja. Cream yang dibuat berasaskan kobis juga mempunyai kesan yang sama.
5.Minuman Alkohol
Ini pastinya ramai ibu yang tak ambil. Tapi sebagai panduan, alkohol ada boleh membantutkan 'letdown reflex' ibu. Susu ibu akan sukar dan lambat keluar. Ini akan membuatkan bayi menjadi stress.
Tapi ibu jangan risau, walaupun ada makanan yang boleh buat susu ibu kurang. Ada banyak makanan-makanan lain yang boleh banyakkan susu. Antaranya kurma, oat, pegaga, lobak putih, air milo, alfalfa, halba dan macam-macam lagi.
Jika ibu ada kekangan masa nak sediakan atau masak makanan tambah susu nie. Ibu-ibu ada pilihan Set Penyusuan Shaklee. Promo bulan Mei nie, WeLoveSusuIbu tawarkan Set Super Bajet 'Milk Booster' (ESP & Alfalfa) dengan harga kurang dari RM200.
Nak tahu lagi lanjut, jom lah hubungi saya segera.
Suriya Ab Majid
Shaklee ID: 840943
eray2311@gmail.com /welovesusuibu@gmail.com
016 773 1892