Morning sickness semasa mengandung adalah lumrah bagi ibu yang hamil. Lebih-lebih lagi pada awal kehamilan. Morning sickness semasa mengandung terjadi kerana peningkatan hormon estrogen, kandungan gula yang rendah dan juga alah terhadap bau-bauan, seperti bau tumisan, bau perfume atau bau suami sendiri. Selalunya orang akan kaitkan morning sickness dengan waktu pagi, tapi jangan pula tak tahu, morning sickness pun boleh terjadi di sepanjang hari.
Biasanya apa yang akan terjadi pada ibu yang morning sickness semasa hamil adalah mual-mual, loya, pening dan juga muntah-muntah. Tapi ibu jangan terlalu buntu, ada cara nak mengatasi morning sickness ini.
10 Tips Hebat Untuk Hilangkan Morning Sickness
1. Dapatkan rehat yang cukup
Tidur dengan lena di waktu malam dan juga tidurlah sebentar di waktu siang.
2. Bangun perlahan-lahan
Ketika bangun pagi, tak perlu kelam kabut, ambil masa. Ini akan mengelakkan rasa pening selepas bangun dari tidur.
3. Pilih makanan
Jangan pulun semua ketika tempoh ini, kerana akan memburukkan keadaan. Elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Owh, caffeine juga perlu dielakkan.
4. Makanlah dalam portion yang kecil
Ketika tempoh ini elakkan makan sekali banyak. Makan sedikit dan sekurang-kurangnya 5 kali sehari untuk pastikan perut tidak kosong.
5. Fizikal aktiviti
Lakukan fizikal aktiviti dilihat hampir mustahil bagi sesetengah ibu hamil, tapi ini adalah cara yang terbaik bagi mengurangkan morning sickness. Jom keluar window shopping.
6. Pengambilan cecair
Ini juga penting, pengambilan 8 gelas air sehari amat penting kepada ibu mengandung. Pastikan badan terhidrat dengan baik. Jika cecair dalam badan kurang, morning sickness akan semakin menjadi-jadi. Jika sukar minum air kosong, letakkan sedikit cuka kurma dan madu ke dalam air ya.
7. Halia
Cara paling bagus bagi menghilang angin yang menimbulkan rasa mual dan loya. Hiris halia muda dan letakkan ke dalam air panas atau teh panas, dan minum. Makanlah apa saja yang ada halia, biskut halia juga membantu.
8. Pastikan fikiran tidak kosong
Buatlah apa sahaja jangan hanya duduk dan termenung melayan morning sickness. Baca buku, bermain dengan anak yang lebih besar, menonton tv atau berbual-buallah dengan pasangan. Insyaallah kuranglah morning sickness.
9. Pilih pakaian longgar
Satu kajian dilakukan, ibu mengandung yang tertukar dari pakaian sempit ke pakaian selesa dan longgar, morning sickness akan berkurang dan hilang sama sekali. Ini memanglah dress code muslimah sejati.
10. Cium bau segar
Ibu mengandung akan menjadi sangat alah kepada bau-bauan yang 'busuk'. Jadi carilah sesuatu yang 'fresh' untuk dihidu seperti lemon dan daun rosemary. Cubalah.
Morning sickness biasanya bersifat sementara. Yakinlah Allah tidak akan menguji jika ibu tidak kuat. Ibu yang mengandung dianggap berjihad pada jalan Allah. Jadi 'be strong mothers'. Mohon doa juga agar Allah memberikan kekuatan untuk hadapi tempoh mengandung hingga selamat melahir. Semoga anak yang lahir bakal menjadi 'fisabilillah' mukmin dan mukminah yang soleh dan solehah.
Ibu mengandung perlu makan makanan sihat dan seimbang, juga makanan tambahan yang baik untuk perkembangan bayi dan kesihatan ibu. Set Mengandung Shaklee membantu ibu kekal sihat dan bertenaga walaupun berbadan dua.
Psst psst, harga istimewa bulan ini. Jom hubungi saya.
Suriya Ab Majid
ID: 840943
016 773 1892
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com