Bayi yang kerap tertidur sewaktu menyusu, menimbulkan pelbagai
spekulasi. Secara tidak langsung, hal ini boleh menjejaskan usaha
menjayakan penyusuan eksklusif.
Anggapan tidak benar tentang bayi yang tertidur sewaktu sesi penyusuan berlangsung boleh menimbulkan pelbagai masalah. Akhirnya, ia boleh mendatangkan kesan tidak baik buat bayi dan si ibu juga. Antara yang paling sering disalahtafsirkan ialah bayi sudah kenyang walaupun minum dalam tempoh yang singkat.
Malah, ada yang menganggap bayi akan menangis jika lapar. Jadi, apabila bayi yang tertidur itu tidak merengek ketika puting dikeluarkan daripada mulutnya, maka penyusuan tidak perlu diteruskan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan, bayi tidak suka minum susu ibu. Oleh kerana bayi menyusu sedikit atau sekejap dan dibimbangi dahaga, maka ada ibu memberi air kosong atau susu formula sebagai ganti.
Idealnya, bayi akan menyusu dengan kerap mengikut kehendak di setiap satu setengah hingga dua jam sekali. Ini kerana proses pencernaan susu ibu mengambil masa yang singkat (60 hingga 90 minit) berbanding susu formula (tiga hingga empat jam). Namun, perlu dimaklumi bahawa setiap bayi mempunyai corak penyusuan yang berbeza.
Secara amnya, penyusuan mengikut kehendak bayi hanya berlaku selepas bayi berumur tiga hingga empat minggu di mana ketika ini dia sudah berupaya mengawal tidur. Bayi akan terjaga dengan sendirinya dan menunjukkan tanda lapar setiap satu hingga dua jam serta berjaya menyusu sehingga kenyang sebelum tidur lena.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir bayi yang berumur lebih awal daripada usia itu menunjukkan keadaan yang sama.
Punca Kerap Tertidur
Satu jam pertama sejurus bayi dilahirkan adalah waktu paling aktif dan anda amat digalakkan untuk memulakan penyusuan. Dalam tempoh ini, menerusi sentuhan kulit ke kulit, bayi akan mengenali bau, payu dara dan puting. Di fasa ini, bayi akan menghisap dengan aktif sebelum mula mengalami keadaan di mana dia akan kerap tertidur.
Bayi baharu lahir perlu belajar banyak perkara baharu di mana ia sama sekali berbeza daripada keadaan ketika dia berada di dalam kandungan. Demikian juga halnya dalam aspek mengawal tidur dan jaga. Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur sembilan hingga 10 jam sehari.
Secara fitrah, manusia memerlukan ritma tidur-jaga yang sekata (circadian rhythm) iaitu tidur di waktu malam dan berjaga di waktu siang untuk kekal sihat. Walau bagaimanapun, bayi baharu lahir tidak mempunyai ritma yang sekata kerana kelenjar di otak belum cukup matang untuk menghasilkan hormon yang membuatkan rasa mengantuk (melatonin) dan hormon yang membuatkan rasa sedar atau berjaga (cortisol). Justeru, ramai bayi yang masih belum kenyang tetapi tertidur semasa menyusu. Bayi yang didakap erat semasa menyusu membuatkannya lebih tenang dan lebih mudah tertidur. Namun, anda perlu mengetahui tentang dua fasa tidur bayi iaitu active sleep mengambil tempoh yang lebih lama daripada quiet sleep. Maka, semasa menyusu bayi akan mula tidur dalam fasa active sleep di mana dia mudah terjaga jika sentiasa dirangsang. Jika bayi dibiarkan terus tertidur, dia akan masuk fasa quiet sleep, seterusnya berhenti menyusu.
Berdasarkan fakta-fakta ini, berikut adalah panduan bagi mengatasi bayi kerap tertidur semasa menyusu.
1. Pastikan anda mengejutkan bayi daripada tidur setiap dua jam jika bayi selalu tidur melebihi dua jam. Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi susu ibu yang secukupnya. Secara tidak langsung, dapat mengelakkan bengkak payu dara atau saluran kelenjar tersumbat terutamanya di minggu pertama kelahiran.

2. Jika bayi amat sukar dikejutkan, lakukan urutan lembut dan senaman
otot tangan dan kaki. Anda juga boleh bercakap dengan bayi dalam nada
yang boleh mengejutkannya (bukan bertempik). Gunakan kreativiti lain
seperti menyanyi riang atau berselawat apabila melakukan urutan dan
senaman. Setelah bayi betul-betul terjaga, usap tepi mulut bayi dengan
jari untuk merangsangnya supaya mencari puting (rooting reflex). Mulakan
penyusuan secepat mungkin sebelum bayi merajuk.
3. Semasa bayi menyusu, jangan beri peluang kepadanya untuk masuk fasa
tidur active sleep. Gunakan pelbagai kreativiti seperti merangsang dia
dengan kerap supaya sentiasa menyusu dengan aktif. Contohnya mengurut
atau menggerakkan tangan dan tapak kakinya, bercakap-cakap tentang kasih
sayang kepadanya dan menggeletek lembut belakang atau tapak kakinya.
4. Sesekali, anda boleh menekan payu dara antara ibu jari dan beberapa
jari lain seperti memerah apabila bayi berhenti menghisap. Teknik ini
akan mengalirkan susu keluar ke dalam mulut bayi dan boleh merangsangnya
untuk terus menghisap.
5. Pastikan penyusuan bayi yang kerap tertidur ini lebih lama daripada
bayi yang aktif menghisap. Apabila bayi kerap tertidur membuatkan susu
yang diambil tidak cukup. Jika bayi tidak kenyang, ini bukan kerana ibu
tidak cukup susu. Jumlah susu yang bayi terima amat bergantung kepada
keaktifan bayi menghisap. Jika kurang aktif menyusu, panjangkan tempoh
penyusuannya. Tiada jangka masa yang tertentu tetapi pastikan bayi
menghisap sehingga dia melepaskan puting dengan sendirinya. Jika anda
tidak pasti sama ada bayi berhenti menyusu kerana sudah kenyang atau
terlelap, cuba tarik keluar puting perlahan-lahan. Sekiranya mulut bayi
masih membuat gerakan menghisap, teruskan penyusuan. Jika sebaliknya,
anda boleh menghentikan penyusuan. Pemberian susu formula bukan
penyelesaiannya.
6. Menyusu bayi dalam posisi berbaring boleh membantu mengurangkan
keletihan akibat penyusuan yang lama. Anda boleh berehat sambil
menyusukan bayi. Terdapat punca lain yang menyebabkan bayi sering
tertidur dan tidak aktif seperti pramatang, kurang gula dalam darah,
sindrom Down dan hypothyroidism. Bayi ini biasanya tidak aktif walaupun
dalam keadaan jaga dan biasanya mempunyai simptom lain. Anda perlu
membawa bayi berjumpa pakar untuk kepastian.
*sumber: editorial pa & ma