kagum, eray sangat kagum. really impressed with her achievement. umur 3 tahun sudah boleh hafaz al-quran. perlukah pendidikan awal al-quran? pada pandangan eray yang kerdil ini, ya perlu. seawal mungkin kita perlu mengenalkan anak kita dengan al-quran. agar bila die besar kelak CINTA pada al-quran, akan menjadi cinta yang abadi.
eray sebenarnya termotivasi bile lihat kebolehan wisya membaca & menghafaz al-quran dalam usianya yang cukup muda. eray pasti parents wisya adalah faktor utama kejayaan wisya. syabas eray ucapkan kepada parents wisya. eray juga mahukan rayna belajar al-quran seawal mungkin, kenal huruf al-quran & seterusnya boleh baca al-quran.
alhamdulillah, finally i found Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan.
product review:
Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.
- Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
- Mengikut kaedah fonetik
- Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
- Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
- Kemahiran diperkenal secara bertahap
- Illustrasi dan kad imbasan menarik
Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada UM merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih daripada 50 tajuk buku pendidikan Islam untuk rujukan sekolah. Sekarang masih mengajar di sekolah YIK dan menjadi Imam merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Al-Amin, Kota Bharu.
insyaallah al-furqan akan menjadi medium terbaik dalam usaha eray untuk mengajar rayna mengenal al-quran. seriously set nie memang menarik, guna nasyid tuk memudahkan cara pembelajaran. sekarang nie pun terngiang2 nasyid tuh dalam kepala eray. mamamama adik panggil, mama. babababa adik bababa. dadada.....nyanyi jangan tak nyanyi, nyanyi sampai hafal. so boleh buat lagu dodoikan rayna tido. hehehhehe.....
as a fresh start today, jom sama-sama kita baca Ramadhan Antara Ibadah & Adat. renung-renungkan dan selamat beramal. :D
Umat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baruyang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil tempat.
Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.
Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja.
Di antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindarkan kerana telah menjatuhkan martabat puasa kepada tahap adat semasa ialah:
* Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat Al-Bukhari)
* Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.
* Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga melakukan pembaziran. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra':27)
* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)
* Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam dan sebagainya.
* Terdorong untuk bersolat tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat tarawih pada setiap malam. Untuk itu, pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis inidaripada berleluasa seperti tahun-tahun terdahulu.
* Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan-urusan lain.
* Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana nabi s.a.w dan para sahabat berperang Badar dengan nisbah 300 melawan 1,000 orang.
* Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaanpada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril a.s.
* Malas berdoa sedangkan doa orang yang puasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibn Majah).
* Mengabai serta meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.
* Tidak bersedih dengan berakhirnya bulan Ramadan. Juga tidak bimbang sekiranya tidak dapat bertemu Ramadan yang akan datang.
* Memiliki kepercayaan-kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun: 99-100)
* Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa berkat. (Rujuk- http://youtube.com/watch?v=RgT-_Uf62rk)
* Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antar seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah.
* Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat.
Ini adalah di antara beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat Islam semasa menjalankan ibadat puasa yang telah merendahkan martabat bulan Ramadan. Oleh itu, kita perlu menghindarkan perkara-perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda di bulan ini.
Ini berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (riwayat al-Bukhari)
credit to: mr-tazkirah
Ramai yang keliru antara fungsi Performamce Drink dengan Energizing Soy Protein. Ia adalah tidak sama. Soy protein mengandungi khasiat protein yang tinggi untuk penghasilan susu ibu (NOTE: dengan stimulation secukupnya!) manakala Performance Drink ni untuk mengelakkan dehydration,sekaligus mengawal kuantiti susu, dan menjaganya agar tak drop walaupun berpuasa.
Paling bagus, ambil dua2. Tapi kalau tak ada budget, ambil Performance Drink saja pun OK, lagipun ia lebih murah, cuma RM76 (termasuk pos), berbanding Soy Protein RM131 (termasuk pos).
Kedua-dua produk ni tiada trial pack. Kalau nak cuba2 mungkin boleh pakat dengan kawan2 sepejabat ke, atau adik beradik ke, atau saudara-mara, poll duit, beli satu canister dan pakat2 cuba. Kalau rasa happy, boleh lah beli sorang satu :)
bestkan kedua-dua produk nie, so if berminat just email me at eray2311@gmail or call me 0167731892. so jom sama2 maintain susu dalam bulan ramadhan nie.
"owwhh anak you baby girl memang ar cukup susu badan, if baby boy memang tak cukup kene top up ngan susu formula"
why owh why?
please don't make an excuse. Allah Maha Kaya, eray yakin if kita ada usaha & doa insyaallah kita akan dapat susukan anak kita hingga umurnya dua tahun. jangan mudah memberi alasan sekiranya kamu tak berusaha.
banyak contoh2 yang eray tgk, baby boy and not direct feeding lagi...tapi ibu2nya amat gigih mengepam susu bagi memenuhi keperluan baby boy derang. if tak caya leh klik sini & sini.
5 tips penting menjayakan penyusuan:
- positive thinking
- have balance diet
- keep your body healthy
- do not skip your pumping schedule
- DOA
kesian rayna, pantang dapat peluang confirm tangan dia laju jek nak menggaru. eray ingat lagi, mase 1st time rayna kene milk rashes, doc prescribed E****** cream for rayna. memang sangat berkesan, sapu harini confirm esok mesti dah elok kulit die. so since dah berkesan eray memang akan beli setiap kali cream E***** tu habes kat pharmacy without referring to the doctor.
TAPI........baru2 nie eray ada jumpe doc and mintak cream E***** for rayna. muka doc terus berubah, doc tanya "you guna untuk sapu kat mane ye?" eray "kat area leher & badan, kenapa doc?"
eray sudah saspen, doc kate cream E***** ade steroid, so tak seswai tuk baby and toddler. sebab pengunaan berlebihan boleh bawak mudarat. and even kite cume apply kat baby skin, steroid boleh meresap masuk dalam darah & boleh membantutkan pertumbuhan anak. pas2 doc kate lagi, memang mende camnie rare cases tapi lebih baik cegah before mende jadi.
huhuhu adalah dah dekat 4 tiub cream E***** eray guna, alhamdulillah now i know the truth. tapi actually rase tak best jugak sbb cream tuh sangat berkesan. so eray have to find another cream and i tried cream NO**** tapi tak nampak apa2 perubahan malah makin teruk.
so eray called ibu tanye her suggestion, ibu kate try guna tepung ubi or tepung sagu. trus mintak mr. hubby belikan tepung ibu tuh, tanpa berlengah lagi eray terus apply kat area rashes tuh, alhamdulillah rashes almost gone, tinggal kesan skit2 jek.
and malam tadi before rayna tido, eray tuka diaper & apply kat private area & alhamdulillah rashes dah tinggal skit jek kat area situ. so harini eray bekalkan 1 bekas tepung ubi kat bbsitter rayna. pesan kat die suh gune tepung ubi jek.
sangat murah, its only cost me RM1.50 jek :) so sape yang tak kenal tepung ubi (eray yang tak kenal sebenarnya) bley refer pic kat bawah nie.
yes eray belum sambut lagi rayna 1st birthday, i'm a bad mom huh? her 1st birthday was on 28 july 2010, weekdays and mmg plan nak celebrate on 31 july 2010 (saturday) but only small celebration rayna, me & hubby only. but when receiving sms kak jan, rasa sangat seronok sebab boleh celebrate birthday rayna with them also.
actually on saturday eray dah ade few activity lain, tapi macam Allah permudahkan eray & hubby buat celebration kecil2an nie. sempat pagi tuh pegi ikea jumpe ipar from kelantan. pas2 from ikea trus rushing pegi beli all the necessity for birthday party.
hehehe jadi chef kilat, sempat goreng bihun, nugget, fingers and drummet. mr hubby lak berhemps pulas tiup belon (siap pecah2 ocayyy..) & deco rumah nak naikkkan mood birthday party. birthday cake checked, birthday deco checked and foods & drinks checked. yippie! so semua dah ada nak sambut birthday anak ku yang sorang nie.
lebih kurang 4.00pm kak jan & family arrived, kumpul ramai2 kat meja & nyanyi2 birthday songs & potong cakes. even rayna tak paham, but i believe she was happy during dat time, same jugak ngn hannah.
seriously the unplanned birthday party was fantastic. it was really last minute but we managed to do sumthing for rayna. we have one great memory to share for the rest of our lives. ibu sentiasa doakan agar rayna akan jadi hamba yang bertakwa & menjadi anak solehah, insyaallah.
rase dah berkurun tak hapdet ape2
so my dear lovely blog
i owe you an entries
so many entries, such as:
- one year old Rayna
- one year breastfeeding journal
- i love SHAKLEE
- & many more
i will update my entries soon :)
anyway have a good weekend
i love you all