Rahsia Kurus Dengan Cepat Sampai Jiran Sebelah Pun Terkejut
Wednesday, April 12, 2023Korang kalau dengar tips kurus dengan cepat laju je nak ikutkan? Bukan tak boleh nak ikut, tapi sekurang-kurangnya buat research dulu…betul ke tips yang orang tu kongsi.
Lagi-lagi kalau ada yang janji makan XYZ, turun 10kg seminggu. Ini lagilah korang kena lari jauh-jauh, bahaya!
Silap-silap kurus tak dapat, tapi buah pinggang pulak yang rosak.
Jangan Teruja Rahsia Kurus Dengan Cepat
Iya saya paham awak nak kurus, sebab saya pun pernah ada di tempat awak. Rahsianya tak ada pun tips atau cara nak kurus dengan cepat.
Semuanya memerlukan masa. Tak penting berapa cepat awak kurus, tapi dah berapa lama awak kurus itu yang paling penting sebenarnya.
Pakar pemakanan mengatakan, 2kg sebulan adalah jumlah penurunan berat badan yang baik. Berikan masa setahun untuk awak mengubah diri sendiri.
Ikut 3 Tips Ini Kalau Nak Kurus Dengan Cara Yang Sihat
1.Buat Defisit Kalori
80% kejayaan menguruskan badan itu datangnya dari jaga pemakanan. Jika sebelum ini awak amalkan gaya makan asal boleh, asal nampak je makan….maka tukarkan kepada kawalan kalori.
Buat diet defisit kalori, barulah berat awak boleh turun. Bila mana jumlah yang kalori yang digunakan badan melebihi kalori yang awak makan atau minum.
2. Lebihkan Protein
Buat ini jika awak serius nak kurus dengan lebih cepat, lebihkan protein dari karbohidrat.
Ini bermakna awak akan meminimakan pengambilan nasi ataupun roti. Mungkin awak hanya makan nasi 2 atau 3 hari dalam satu minggu.
Tapi ingat mesti kena sukat, cukup sebesar penumbuk tangan sendiri. Kalau rasa lapar lagi, makan lauk.
Atau tambahkan telur semasa sesi makan, telur ada ‘power’ kenyangkan perut.
Kenapa tak boleh ambil banyak karbo? Ini sebab ianya akan bertukar menjadi gula. Dan jika ianya tak digunakan dalam badan menjadi tenaga, maka ia akan bertukar pula menjadi sel lemak.
Awak pahamkan?
3. Bersenam
Inilah baki 20% yang awak kena buat, iaitu bersenam. Cukuplah kalau awak mulakan dengan berjalan selama 30 minit.
Tolong jangan buat ‘extreme workout’, ini boleh mendatangkan kecederaan. Awak boleh tambah ‘intensity’ senaman mengikut kemampuan diri sendiri. Jangan terlampau paksa diri.
Buat tiga tips ini sehingga ianya menjadi gaya hidup awak. Kita tak nak ‘hot-hot chicken shit’ je….kita buat sampai jadi. Boleh?
Niatkan kuruskan badan ini supaya badan kita lebih sihat untuk buat kebaikan dan amal yang Allah suruh. Ya saya tahu pasti ada niat lain, tapi letakkan ini sebagai yang utama.
Insyaallah segalanya dipermudahkan Allah. Ingat trust the process, jangan terperdaya cerita dongeng kurus dengan cepat.
Bantu Proses Turunkan Berat
Saya juga cadangkan supaya awak amalkan juga supplemen yang dapat membantu perjalanan menurunkan berat badan.
Awak boleh amalkan omega 3, ini dapat membantu meningkatkan leptin yang dapat mengurangkan rasa ‘cravings’ dan kelaparan. Awak boleh cuba omega 3 Shaklee, Omega Guard.
Dan satu lagi, Cinch Tea. Ini paling best sebab ia membantu merangsang tenaga, ambil sebelum bersenam mesti lencun satu badan. Daya untuk fokus pun lebih bertambah, hilang rasa mengantuk dan lesu.
Awak berminat untuk dapatkan dua supplemen turunkan berat ini? Boleh terus klik link di bawah:
0 comments