5 Cara Mudah Didik Supaya Anak Makan Sayur

Tuesday, November 03, 2015

Mendidik anak makan sayur bukanlah bermula apabila anak sedia mengenal makanan. Tetapi ianya bermula awal lagi.


Paksaan atau ugutan supaya anak suka sayur hanya akan membuatkan keadaan lebih teruk. Ibu dan ayah perlu kreatif untuk tangani masalah ini.

Kerjasama anda ibu dan ayah sangatlah penting untuk menjayakan misi ini.

anak makan sayur, anak tak suka sayur, anak suka sayur, cara membuat anak makan sayur, anak tidak makan sayur, anak tak nak makan sayur


Berikut adalah 5 cara mudah supaya anda tak lagi stress bila masa memberi anak makan:

1- Mulakan Sewaktu Hamil

Sewaktu dalam kandungan, bayi telah mula menelan air ketuban. Air ketuban ini berubah rasanya mengikut apa yang ibu makan.

Oleh itu, ibu mestilah makan makanan yang seimbang. Termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan semasa hamil. 

2- Berikan Susu Ibu

Anak yang minum susu ibu sehingga 2 tahun kurang menjadi ‘picky eater’. Semasa bayi menyusu, dia akan dapat merasa rasa makanan sebenar yang diambil oleh ibu.

Dalam tempoh penyusuan juga, adalah sangat penting bagi ibu menjaga pemakanannya. Sayur dan buah adalah antara menu yang wajib setiap hari.

3- Menjadi Idol

Jika mahu anak yang suka makan sayur, maka ibu dan ayah juga mesti menunjukkan sifat suka makan sayur.

Amalkan untuk memilih makanan yang sihat. Jangan lupa untuk masukkan sayuran ke dalam menu masakan kalian.

4- Cerita Kebaikan Sayur

Banyakkan cerita mengenai sayur-sayuran kepada anak. Sebagai contoh makan lobak, baik untuk mata.

Kaitkan dengan figura kartun yang anak suka. Sebagai contoh ‘adik tahu tak Rapunzel suka makan sayur bayam, sebab itulah dia cantik’. Timbulkan keterujaan anak untuk makan sayur.

5- Libatkan Anak-anak

Jika anda pergi ke pasar untuk membeli barangan dapur. Ajaklah anak-anak sekali.

Libatkan dia dalam aktiviti membeli sayuran dan buah. Anda boleh menyuruh anak memilih sayur yang dia suka. Ataupun minta bantuan anak untuk mengambil sayur dan letak ke dalam troli.

Rajin-rajin juga untuk berbual dengan anak dan memperkenalkan sayuran yang ada di pasar.

6- Berikan Buah-buahan

Jika anak anda memang jenis yang sangat cerewet dan suka makan ‘fast food’. Jangan paksa anak untuk makan sayur.

Tetapi mulalah untuk memperkenalkan anak dengan buah-buahan segar. Ini kerana buah mempunyai rasa manis yang disukai anak.

Selepas itu perlahan-lahan kenalkan anak kepada sayuran pula.

7- Ubah Gaya Masakan

Rasa sayur akan dipengaruhi oleh cara masakan. Seperti sayur lobak dan brokoli, ianya akan menjadi lebih manis jika direbus atau dikukus.

Anda juga boleh masukkan sayuran ini ke dalam sup yang di masak. Selain itu, anda boleh mencuba masakan sup yang dikisar halus seperti sup brokoli atau sup labu.

Anda juga boleh masukkan sayuran ketika membuat nugget atau sosej sendiri. Pelbagaikan resepi dan jangan takut untuk mencuba.


Makanan segera yang dijual dikedai mengandungi kalori yang tak berkhasiat. Dan ia juga akan menghalang selera anak untuk makan makanan sebenar termasuklah sayur. Oleh itu, sebaik-baiknya elakkan ‘fast food’ dan gantikan dengan makanan sihat.

Jika anak minum susu formula, anda boleh kurangkan pemberian susu dan perkenalkan anak dengan makanan sebenar. Pemberian susu formula yang berlebihan juga akan membantutkan minat anak untuk makan, apatah lagi sayur.

Jangan sedih atau putus asa apabila anak tidak memberikan respon yang baik pada kali pertama. Kentalkan hati dan teruskan usaha supaya anak makan sayur.

Kegagalan hanyalah satu proses sebelum menemui kejayaan. Gunakan teknik ‘try and error’ apabila memperkenalkan anak dengan sayur-sayuran. Insyaallah, selepas ini anda pasti tersenyum gembira sebab anak sendiri yang meminta untuk makan sayur.

You Might Also Like

1 comments

  1. salam..indah kalau dapat didik anak dari awal ibu bapa tak pelru risau kemudian hari.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube