Restoran IKEA Tak Halal: JAKIM Sahkan!

Friday, December 20, 2013

Meatball IKEA, ramai sangat penggilanya. Tapi pagi nie, tengok keratan akhbar di FB. Restoran IKEA tak halal dan JAKIM sudah sahkan. Ingat satu ketika dulu, restoran IKEA kene samak. Tapi rupanya, sampai sekarang IKEA tak mohon sijil halal. dan yang lebih mengejutkan, tiada rekod samakan yang berlaku kat IKEA. Jadi apakah IKEA tak disamak sampai sekarang?

Sumber keratan akhbar Meatball IKEA Tak Halal -> klik sini

Petikan Akhbar: Restoran IKEA Tak Halal, Tak Mohon Sijil Halal JAKIM
"Proses samak bukan di bawah bidang kuasa JAKIM, samak di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri. JAKIM telah buat semakan dan dapati tiada rekod samakan di Medan Selera IKEA. IKEA juga bukan pemegang sijil halal. Dan tiada logo halal yang di pamerkan di medan selera tersebut."



Ustaz Izhar juga menasihati:
'Nasihat peribadi saya, ELAKKAN makan di restoran2 yang tidak mempunyai LOGO HALAL... Jika kamu semua tahu apa yg kami tahu, nescaya kamu semua akan menghargai usaha JAKIM dalam memperkasakan LOGO HALAL'

restoran ikea tak halal, meatball ikea tak halal, restoran ikea malaysia, restoran ikea halal, ikea tak halal


Kadang kita nie tak prihatin. Asal lapar je, nampak orang beratur ramai. Tambah lagi ramai orang Islam. Kita pun serbu masuk. Tanpa ambil tahu premis tersebut pegang sijil halal atau tidak. 

Dan tiba masa kita jadi lebih peka. Ambil berat apa yang masuk ke dalam tubuh badan. Bukankah sumber makanan yang baik akan menghasilkan jasad yang baik. Jadi makan makanan yang haram juga ada kesannya:


1. Mewarisi sifat kebinatangan seperti binatang-binatang yang Allah haramkan. Manusia yang makan babi, kelakuannya menjadi tamak dan mementingkan diri.

2. Allah SWT tak terima doa. Maka segala amalan kebajikan seperti sedekah, haji, solat Dhuha, solat sunat, taubat, tangisan yang benar-benar taubat tetapi segala-gala Allah gantungkan pahalanya dan menolak segala doanya yang benar-benar menyesal. Namun Allah tidak memandang wajah kepada orang yang makan makanan Haram. Hilang nilai di sisi Allah selagi apa yang menjadi hidangan dan pakaiannya bersumberkan perkara haram.
restoran ikea tak halal, meatball ikea tak halal, restoran ikea malaysia, restoran ikea halal, ikea tak halal
3. Kehidupan tidak tenang dan tenteram. Baginda Rasulullah telah bersabda: Ada seorang  lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa ” Wahai Tuhanku” padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan” ( HR Muslim & Tarmizi ).

4. Hati payah menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran walaupun di tahu bahawa dirinya berada pada pihak yang salah.

5. Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. Tidak bersemangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikkan dan kebajikan. Hilang rasa cemburu terhadap anak dan isteri walaupun sehingga tahap isteri dan anak-anaknya melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya. Tetapintidak timbul perasaan untuk melarang atau marah terhadap isteri dan anak-anaknya.

6. Bersemangat melakukan maksiat. Apabila terdengar program-program maksiat maka jiwanya akan segar bugar untuk menyertainya, walaupun terpaksa menghabiskan wang dan ringgit. tetapi apabial mendengar program-program akhirat. Maka seribu alasan akan dibentangkan untuk mengelak dirinya menyumbangkan tenaga pada program tersebut.

7. Kepintaran dan kelebihan digunakan untuk melakukan kejahatan. Pemberian Allah seperti emas dan perak atau minyak yang melimpah pada sesebuah negara Islam hanyalah digunakan untuk melakukan maksiat tetapi jika untuk kebaikkan Allah dan Rasulnya tidak mendapat peruntukan sewajarnya.

8. Mewariskan penyakit. Ternyata di saat ini telah lahir akibat manusia memakan khinzir walaupun secara santifik tetapi kesannya boleh dirasakan seperti SAR , JE dan H1N1 serta sebagainya. Manusia tidak makan makanan haram tersebuk secara lahiriah tetapi dimasukkan perisa khinzir pada makanan dan perubatan sejumlah kecil sahaja sehingga tidak dirasakan kewujudan khinzir pada makan dan minuman tersebut tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui tetap mendatangkan penyakit tersebut kepada pemakan atau pengguna yang telah menggunakannya.

 *sumber

Usah susah hati. Restoran IKEA tak halal tak bererti 'end of our life'. Ada option lain. Buat sendiri guna sumber dan resepi yang halal. Tak susah pun. Boleh try resepi nie --> Sos IKEA halal, buat sendiri.

Suami eray kata sedap, macam IKEA. Hahahaha. Kembang kempis hidung. Siapa lagi nak puji kalau bukan lagi sendiri khen. Dah, pergi IKEA beli barang takpe. Dah tu balik. Tak payah nak beratur panjang-panjang nak makan Restoran IKEA yang tak halal tu.

Nota: Kalau terasa banyak baju dan seluar yang dah sendat. Atau rasa badan tu penuh kolestrol sebab makan banyak meatball. Boleh ambil Omega Guard untuk bakar kolestrol badan. In fact lemak yang dalam saluran darah pun akan turut terbakar dan mencair. Bulan nie promosi. Jadi harga hebat. Nak cuba. Meh hubungi tuan blog. Promosi tinggal 10 hari saje lagi.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube