terlewatkah aku..???

Wednesday, May 12, 2010

selamat hari ibu for those yang telah bergelar ibu, especially to my beloved ibu Puan Siti Normah Miran jasa & pengorbanan mu tidak dapat ku balas sehingga akhir hembusan nafas ku ini. Buat my MIL Hajah Siti Minah Abdullah, tq mak sebab telah melahirkan & mendidik anak mu Mohd. Rasdan menjadi seorang lelaki yang sungguh wonderful :P.


sebenarnya pada aku hari ibu tidak perlu sambutan khas, kerna ibu perlu diraikan setiap hari. bukan maksud aku meraikan tuh mcm kene throw a party atau open table, tapi cukup dengan menggembirakan hati seorang ibu.

macam aku yang jauh di perantauan ni (ahaks aku kat kl, ibu aku kat jb), cara aku adalah dgn menalifon ibu setiap hari. pas2 dengar sume cerita2 & rintihan2 ibu tanpa jemu. bile time2 die bersedih hati, aku ske create simple joke just to hear her laugh...itu sudah cukup untuk aku make sure yang ibu aku ok.

huh terlampau bnyk pengorbanan & jasa2 ibu, harta sedunia pun x dapat nk aku samekan dengan kasih ibu aku.

ibu & ayah adalah permulaan ku

mungkin dulu masa aku xde anak, aku tidak dapat rase perasaan sebenar seorang ibu. skg nie baru aku tau betapa halusnya perasaan itu.

ibu telah mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari. bawak perut besar, sakit pinggan, tido x nyenyak, kaki bengkak, perut senak, tambah berat badan, tambah selera makan hanya kerna mengandungkan 1 nyawa yang dianugerahkan oleh Allah. ibu tak pernah mengeluh.

cukup tempoh mengandung, tiba saat melahirkan. keluar darah, keluar air ketuban, sakit contraction yang amat, nafas yang tercungap2, sakit kene gunting hanya kerna nak mengeluarkan 1 nyawa dari perut yang boyot. ibu tidak pernah kesal.

aku telah lahir, lapar mahukan susu. sakit bersalin masih berbaki lagi. ibu ambil aku & terus susukan aku. tapi ibu bahagia sbb tgk muka suci yang baru dilahirkan. ibu tak cakap pun sakit masa tuh.

ketih berpantang 40 hari tapi masih maintain menjaga aku yang masih bayi. asyik2 lapar susu. sakit pinggang sebab lama duduk menyusukan aku. tak cukup tido sbb berjaga malam menjaga aku. tapi ibu tak pernah give up.

teruskan penyusuan smpi putus susu, bermacam2 makanan yang dimakan untuk pastikan supply susu cukup untuk anak. bila dh pndai makan, ibu masak pulak makanan berkhasiat untuk anak. tapi ibu makan nasi & ikan kering sudah cukup baginya.

masuk zaman kanak2, ibu asuh aku dengan nilai murni islam. hantar pegi sekolah, ibu masak bekalkan makanan untuk aku makan di sekolah. tamat zaman sekolah, ibu bertungkus lumus hendak pastikan aku masuk universiti. ibu senyum puas bila aku berjaya habiskan diploma & degree kat UiTM. bangga ibu aku.

macam2 cerita bahagia yang ibu lalui dan macam2 jugak cerita sedih yang ibu aku hadapi. bukan senang nk mendidik anak jadi orang. aku kate mcm nie sbb ibu aku selalu nanges mengenangkan perangai aku yang 'baik' nie. tapi ibu tak pernah putus doa & nasihat agar aku menjadi anak yang berguna.

alhamdulillah, berkat doa ibu aku akhirnya berjaya menjadi seorang ORANG. sungguh berkat doa ibu. smpi skg if nk ape2 aku mintak ibu doakan untuk aku. ibu x pernah komplen pun. ibu sayang kat aku masa baik, jahat, sihat, sakit, gemuk, kurus, cantik, hodoh...sayang ibu itu tanpa sebarang syarat. sayang ibu itu memang tiada batasan. tidak pernah kurang malah bertambah.

ohoho menulis tentang ibu, buat aku rasa mahu terbang balik JB peluk & cium ibu aku.

cuba korang kira, berapa kali kita peluk & cium ibu kita? ada tak kita peluk & cium ibu macam ibu peluk & cium kita? peluk lah & cium lah sekarang, buatlah sepuas2nya. kerna kita tak boleh menduga apa yang akan jadi pada kita esok (huhuhu ayang sayang ibu).

ibu..ibu...engkaulah ratu hati ku
bila ku berduka engkau hiburkan selalu
ibu..ibu...engkaulah ratu hati ku....
(x sabar nak suruh rayna nyanyikan lagi ini kat aku).

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube