perasaan seorang ibu
Wednesday, January 27, 2010aku mengaku sejak2 dikurniakan Allah my cutie pie nie, hati aku mudah sgt tersentuh...beza btul time aku blum ada anak, maybe sbb aku x selami hati seorang yang bergelar ibu. patutlah ibu aku mudah sgt tersentuh hatinya. kini baru aku paham erti menjadi seorg ibu.
ibu yang sentiasa mengharapkan agar anaknya sentiasa diredhai Allah, jauh dari segala perkara yang tidak diingini. ibu yang selalu mengharapkan hanya yang terbaik untuk anaknya, ibu yang sgt merindui anaknya tika ketiadaan anak disisi. ibu yang gigih bila mana Allah anugerahkan anak yang istimewa kepada meraka, sesungguhnya aku sgt kagum dengan mereka. tiada mengira masa, tenaga dan sumber yang dikeluarkan untuk anak mereka. bukan semua orang kuat dan tabah seperti mereka, aku juga berdoa agar diberi kekuatan seperti mereka dalam mendidik anak.
aku adalah ibu baru, terlalu baru dan terlalu jauh lagi perjalanan hidup aku sebagai seorang ibu. anak aku masih bayi, dan alhamdulillah rayna adalah kurniaan yang terindah yang diberi Allah kepada aku. aku berfikir apabila rayna menginjak menjadi kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, apa pula cabaran yang perlu aku tempuh. Ya Allah berikanlah ketabahan dan kekuatan pada aku dalam aku mendidik zuriat-zuriat ku, jadikanlah aku seorang ibu yang berjaya mendidik zuriat-zuriat aku tentang dunia dan akhirat, semoga Ya Allah, jadikanlah zuriat-zuriat anak yang soleh dan solehah.
masih banyak lagi yang aku perlu pelajari dan pahami, menjadi ibu membuatkan aku merasa seperti aku hampir menjadi wanita sempurna. aku tidak boleh sempurna kerana aku manusia lemah dan selalu terlupa, perlu bimbingan suami dan sokongan rakan-rakan. tanpa mereka aku tetap tidak sempurna.
hanya ibu yang mengerti perasaan ibu, jika kalian masih mempunyai ibu, jagalah hatinya sebaik mungkin, jangan kau guris hatinya dengan kata-kata pedas mu, jika kalian mempunyai anak, berkatalah kalian dengan ayat-ayat yang baik dan manis supaya anakmu membesar menjadi khalifah yang baik. amin.
1 comments
btul tu eray, bila dh jd ibu..kadar sensitif tu meningkat berganda2 hehe
ReplyDelete