Assalamualaikum,
Dekat 2 hari tak duduk dekat SOHO. 30 Sept sibuk closing dekat Shakleey JB. Malamnya luangkan masa dengan ibu, ayah,adik dan anak-anak di Dataran Bandaraya, JB. Kalau korang ingat, dulu-dulu tempat ni glamer dengan 'hantu lilin'. Kalau orang JB pasti ingatlah..kan?
Lama sangat tak ke sana. Dah macam-macam ada. Ada budak-budak main roller blade, boleh sewa kereta bebudak, main giant ballon & macam-macamlah. Dulu kalau datang pun setakat makan cucuk-cucuk, lepak-lepak lepas tu balik.
Seronok sangat anak-anak malam tu. Main kereta sewa...setengah jam RM25. Kira puaslah derang main pusing-pusing depan dataran. Upahlah sebab dah penat-penat teman ibunya closing siang tadi.
Malam tu tidur kat rumah parents. Sebenarnya dah macam tetiap minggu bermalam kat Taman Universiti. Mentang-mentang dah dekat. Dulu masa duduk Ampang, 2-3 bulan sekali baru boleh balik. Ibu Eray kata "Sejak Ayang duduk dekat ni, rumah ibu sentiasa meriah je..ibu suka". Terasa nak menitik air mata. Rupanya selama duduk kat KL, ibu tak puas jumpa Eray anak beranak. Syukurlah sekarang duduk dekat.
Puaslah berborak dengan ibu. Esoknya lepas makan tengah hari Eray dengan anak-anak balik Desaru. Sempat lagi singgah Shaklee. Nak beli Omega Guard promo punya pasal. Siap dapat tumbler hensem lagi. Sampai rumah, duduk lebih kurang..terus pack barang nak pergi COD. Pertama kali dapat customer dari Taman Bayu Damai., Punggai. Dah alang-alang tu, lajak sikit ke Pengerang. Minum air kelapa dan coconut shake. Layan pula sambil makan keropok lekor dan popia goreng.
Sampai rumah pun dah nak Maghrib. Selesaikan apa yang patut. Hajatnya nak stay up, tapi sebab dah letih sangat batalkan jelah. Badan pun rehat jugak. Karang meletup siapa yang susah kan?
Ingat hari ni dah boleh relax kat rumah sambil plan bisnes Shaklee bulan ini. Tapi adik pula ajak temankan dia pergi pameran pengantin kat Angsana. Sanggup dia datang dari JB dan angkut Eray anak beranak. Tak lama lagi nak kahwin, Insyallah 28 Januari 2017 nanti. Kalau ikutkan tak lama dah kan?
Tapi hampeh, letih berjalan jelah. Tak ada satu pun yang dia berkenan. Eray kalau nak cari barang, tak suka pergi pameran-pameran ni. Sebab apa tau...sebab lagi pening nak pilih. Banyak sangat. Kalau Eray punya cara, survey dulu dekat Internet...lepas tu barulah terus tuju kedai yang berkenaan. Jimat masa dan tenaga. Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang sibuk macam Eray ni.
Geramlah juga, dah datang jauh-jauh. Tak ada pula yang dia nak. Nasib baik petang tu dia ada baik punya plan. Makan-makan dekat CATS Cafe JB - Cats At Their Sanctuary.
Nama saja orang JDT. Tapi dah banyak benda yang Eray ketinggalan. Rupanya dah banyak sangat kedai-kedai makan hipster dan restoran best-best kat JB rupanya. Kafe kucing ni dekat Jalan Abdul Samad. Hah banyak lagi lah restoran lain kat situ. Yes, dah ada destinasi berjalan-jalan hujung minggu.
Mula-mula ingatkan macam biasa je sambil makan, sambil tengok kucing. Alah, cam biasa kat kedai-kedai makan tu. Kucing datang miow-miow minta makanan. Tapi it was totally different! Restorannya cantik sangat.
Nak masuk kena cuci tangan dan pakai sanitizer. Sebelum order makanan, ada briefing pasal macam mana nak main-main dengan kekucing yang ada kat dalam tu.
Deko restoran pun cantik. Macam dalam sangkar kucing taraf lima. Tak pastilah pula apa jenis-jenisnya. Satu yang Eray pasti tak ada seekor pun kucing kampung dalam tu. Memang baka-baka yang rare. Ada yang kaki pendek, hidung pesek, telinga kemek, bulu serupa rambut. Anak-anak Eray bukan main seronok, biasa tengok si Ciko tu aja. Kucing mak ngah diaorang.
Siap ada yang pandai buka tombol pintu. WTH? Tak boleh suka-suka hati bagi makanan manusia. Kalau nak kena beli makanan kucing RM1. Sepeket kecik je. Cukuplah buat tahi celah-celah gigi kucing.
Beriya anak-anak Eray kejar nak bagi makan. Seketul dua je yang laku. Dah kenyanglah gamaknya tu. Banyak juga yang tidur. Ada yang main kejar-kejar sesama sendiri. Terhibur hati tau.
Lama juga kiteorang melepak dalam zoo kucing ni. Tambahan pula makanan-makanan manusia dia sedap-sedap belaka. Eray makan Chicken Balls Spaghetti Bologneise, sedap!. Seriously eating while spending quality time with my family. Syukur sangat.
Habis membelai kekucing dan perut, kiteorang pun berangkat pulang. Eh eh lupa pula, sempat lagi singgah Komtar JB. Suami Eray nak beli kasut futsal, yang lama dah terbarai.
Selesai membeli, sempat pula kena pow aiskrim Famos Amos, solat...barulah balik rumah. Lama juga nak sampai rumah. Sejam lebih. Setiap kali travel dari JB ke Desaru jaraknya almost 90km, setiap kali tulah kiteorang jadi musafir. Elok pula anak-anak tidur dalam kereta. Sampai rumah angkat buh atas katil sambung tidur.
Lega...dapatlah mandi dengan aman. Pergi dapur basuh baju sesiap, esok pagi tinggal sidai. Pergi depan nampak kain tak lipat lagi. Sambil lipat tengok The Crimson Peak, ish tapi kena potong line. Terpaksa tengok game Arsenal.
Kemas baju masuk dalam tempat masing-masing. Mata dah berat, tapi mengenangkan target Oktober pun belum tulis properly...maka Eray decide masuklah juga SOHO tengah malam ni. Bancuh Cinch Tea sesiap, bagi hilang mengantuk dan fokus.
Sedar-sedar dah nak siap entry blog ni ha. Mula-mula tadi taip dekat FB je tadi. Rupanya nak jadi satu karangan pula. Copy paste masuk blog je lah.
Seronok duduk kat SOHO ni. Sambil dengar lagu, sambil buat menaip. Sama macam zaman belajar kat universiti dulu. Layan wei. Habis semua lagu Eray nak download. iTunes buat promo, unlimited download. Pilih je mana-mana artis yang korang suka. Pilih album dan muat turun dengan gembira.
Oklah, Eray nak siapkan target Oktober ni. Maklumlah kerja sendiri, target pun buat sendiri lah kan. Korang doakanlah sekali supaya bisnes Eray makin sukses bulan ini.
Oh, bulan ni ada promosi Omega Guard. Minyak ikan tulen. Bagus untuk proses pembelajaran anak-anak. Ibu yang tengah mengandung pun elok ambik, yelah kan otak bayi dah mula berkembang seawal empat bulan usia kandungan. Kalau anak asyik selsema batuk, takpun asyik kena asma...pun elok sangat Omega Guard ni. Mak-mak yang macam Eray ni pun elok sangat ambil. Boleh kempis perut tau, sesambil tu improve daya ingatan. Kalau nak roger je Eray kat 0167731892.
Bye, salam.