sources: mysuperkids
Susu ibu kurang dan mungkin kering semasa berpuasa, menjadi masalah dan dilema bagi sesetengah ibu. Saya sendiri facing benda yang sama semasa saya menyusukan Hafiy, mengandungkan Fahry (trimester kedua) dan berpuasa pada tahun 2008. Setelah mendapatkan khidmat nasihat beberapa kaunselor laktasi akhirnya saya berpuasa selang sehari.
Ada ibu-ibu yang kuantiti susunya tidak terjejas, malah semakin bertambah semasa berpuasa. Namun, ada juga yang mengalami masalah susu merudum dengan teruk sebaik saja masuk Ramadhan.
Itulah yang dihadapi oleh seorang pengguna Shaklee pada awal Ramadhan lalu. Puan Lily menghubungi saya memberitahu susu badannya merudum teruk sebaik saja masuknya Ramadhan. Sedangkan sebelumnya beliau biasa berpuasa, namun tidak mengalami kekurangan susu.
Adalah perkara yang kita kena selalu ingat, dalam hidup kita ni bukan hanya benda fizikal dan logik sahaja. Bukan bercakap tentang benda paranormal, tetapi sesuatu yang memang sebati dengan diri kita, namun kita kurang menyedari kehadirannya, yakni roh. Dalam dunia ni kita banyak menumpukan kepada fizikal kerana yang fizikal itulah yang kita nampak, sebaliknya benda2 spiritual kita jarang nampak, kecuali lepas “Allah nak tunjuk…” barula rasa terketuk.
Dalam setiap usaha kita terdapat perkaitan antara fizikal dan spiritual ni sebenarnya.
Contohnya solat. Solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Tapi kenapa masih ada orang tak tinggal solat tapi perangai keji? Salah satunya kerana solatnya sekadar perbuatan fizikal saja. Spiritualnya tidak ada. Sekadar angkat takbir, baca brung brang brung brang, lepas tu ‘assalamualaikum warahmatullah..’. Sedangkan masa solat tu dah pegi sampai ke MidValley, sampai ke mana2. Kalau kata tak kusyuk tu memang satu hal, tapi ni langsung tak ada ruh dalam solat.
Dalam setiap usaha kita ada beberapa ‘dampingan’ kepada usaha fizikal kita untuk memastikan usaha kita berjaya. Semua orang tahu setiap perancangan kita, ALlah jua yang menentukan. Tapi tak ramai sedar bahawa ketentuan itu bertitik tolak dari diri kita. Rasulullah SAW keluar berdakwah, dibaling batu hingga berdarah-darah, tidak pula Baginda hanya duduk rileks di rumah saja sekiranya Allah dah menjanjikan kebangkitan Islam.
Jadi sebagai dampingan kepada usaha2 fizikal kita, adalah amalan2 spiritual yang menguatkan lagi keazaman dan membuahkan satu lagi ibadah, yakni tawakal. Tapi ramai juga salahfaham konsep tawakal. Belum apa2 dah tawakal. Hehe. Ataupun bila dah frust, dah malas nak fikir, tawakal ajelah.
Tawakal itu dalam maksudnya. Kita bergantung kepada Allah. Bergantung pada Allah bukan bergantung kepada nasib. Kita tidak bertawakal kepada nasib tapi bertawakal kepada Allah. Pening.. pening…
Berbalik kepada kes Puan Lily, selain dari ‘amalan rutin’ seorang itu menyusu, seperti:
- Pam susu sekurang-kurangnya 3 jam sekali.
- Minum 3 liter air sehari.
- Banyakkan berdoa.
saranan saya yang lain:-
- Membaca Ya Wahhab setiap pagi dan petang.
- Mengucap syukur setiap kali mendapat ‘hasil pam susu’ walaupun sedikit.
- Banyakkan berzikir dan selawat.
- Banyakkan bermuhasabah.
Alhamdulillah, 2 hari selepas itu Puan Lily menghantar SMS menyatakan susu perahannya dah meningkat.
Begitu jugak halnya dengan Cik Sidratul Muntaha kita.
Ramai lagi sebenarnya, ibu-ibu sama ada mengambil set breastfeeding Shaklee atau tidak, menghadapi benda yang sama.
Walaupun kita dah ambil supplement terbaik dan melakukan rutin terbaik, namun jangan lupa tentang Sang Pemberi Izin.. kerana semuanya datang dari-Nya. Kun fayakun.
Di bulan baik ini banyakkan berdoa, bersedekah, bersyukur, moga2 rezeki kita dan nikmat-Nya sentiasa bertambah buat kita.
usaha & tawakal, insyaallah akan cukup bekalan susu untuk anak kita. to order Shaklee Breastfeeding, just drop a comment or call me at 0167731892. selamat berpuasa.