Ramai orang tercari-cari skincare terbaik untuk merawat jerawat teruk. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa gaya pemakanan yang semberono adalah antara faktor utama muka berjerawat teruk.
Pernah dengar “You are what you eat”? Kita adalah hasil dari apa yang kita makan hari-hari.
Makanan Penyebab Jerawat Teruk
Ia akan meningkatkan kandungan gula dalam darah dengan cepat. Ini akan menyebabkan badan terpaksa menghasilkan banyak hormon insulin.
Lebihan insulin pula membuatkan kelenjar minyak hasilkan minyak yang lebih. Ini akan meningkatkan risiko muka naik jerawat.
Ini senarai makanan yang perlu dielak jika mahu merawat jerawat teruk;
- gula
- pasta
- roti putih
- nasi putih
Selain itu kajian dari “Western Diet” menyatakan. Selain makanan tinggi gula, terdapat beberapa lagi jenis makanan perlu dielakkan sama. Ianya adalah;
- makanan berasaskan susu seperti keju
- lemak tepu seperti margerin
- lemak trans seperti makanan segera
10 Senarai Makanan Yang Dipercayai Bagus Merawat Jerawat Teruk
- Buah-buahan dan sayuran yang berwarna kuning dan oren seperti lobak, aprikot dan keledek
- Bayam dan sayuran berdaun hijau gelap
- Tomato
- Blueberries
- Roti bijian penuh (whole wheat)
- Beras perang
- Dada ayam
- Biji labu
- Ikan seperti salmon
- Kekacang seperti gajus dan badam
Setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza-beza. Perhatikan kesannya terhadap jerawat. Jika bertambah teruk, hentikan dan gantikan dengan pilihan makanan-makanan yang lain.
Cubalah.
Ini juga ada video tips memilih makanan yang baik bagi merawat jerawat.
Satu lagi, anda perlu bersabar bagi mendapatkan hasil yang baik. Ia mungkin mengambil masa 3-6 bulan. Ya memang banyak produk kecantikan di luar sana yang menjanjikan bulan dan bintang, jangan mudah terpedaya.
Pilih cara merawat jerawat yang teruk ini dengan cara yang lebih selamat.
Ada cara bagi membantu proses merawat ini supaya lebih efektif. Anda nak tahu? Boleh SMS/WA saya personally ke 0167738192. Nanti saya kongsikan.
Terima kasih sudi luangkan masa di sini.