Tips Berpantang Sihat Ceria
Anda Mahu Bayi Cukup Susu? Elak 3 Amalan Berpantang Kuno
Saturday, October 14, 2017
Jika anda sudah memasang niat menyusukan anak, dan mahu bayi cukup susu. Anda mesti ambil tahu tiga perkara penting yang tak sepatutnya berlaku semasa berpantang.
Tiga amalan berpantang kuno ini bukan saja buat susu badan tak cukup. Anda sendiri akan keletihan melampau, dan paling teruk bila terpaksa berhadapan dengan azab sembelit.
Ini adalah tiga perkara yang anda perlu tahu:
1- Minum Air Sedikit
Ada sesetengah kepercayaan mak atau nenek kita, kalau minum air mestilah sedikit saja. Ini kerana air boleh menyebabkan 'benda' di bawah basah dan kembang.
Benda yang dimaksudkan disini faraj. Air tidak akan mengembangkan faraj.
Walhal air adalah amat penting untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Lagipula, kalau hanya minum 2-3 gelas sehari, mana cukup untuk penghasilan susu.
Seeloknya anda perlu minum 8-9 gelas sehari. Bukan minum sekali gus.
Minum sedikit-sedikit. Barulah bayi cukup susu. Anda pun gembira lihat bayi kekenyangan dan tidur lena.
2- Hanya Kopi
Ada pula mak yang hanya benarkan anaknya minum kopi o panas. Tidak boleh minum minuman lain. Kopi o mengandugi kafein yang banyak. Ini juga akan mempengaruhi kuantiti susu badan.
Berpantang tidak perlu menyeksakan. Anda bebas untuk minum air yang berkhasiat dan sedap. Contohnya Horlicks panas. Ramai juga ibu-ibu mengatakan Horlicks bagus untuk meningkatkan susu ibu.
Cuma usahlah ambil secara berlebihan. Cukup satu mug sehari, ambil semasa sarapan atau minum petang. Ada banyak gula dalam minuman ini tau.
3- Makan Ikan Kering
Ibu berpantang perlukan makanan yang cukup dan berkhasiat. Anda perlukan tenaga yang cukup untuk menjaga diri dan menyusukan anak. Selain itu, makanan yang diambil turut menjadikan bayi cukup susu.
Jika hanya berlaukkan ikan kering, anda fikir cukup ke nutrisi yang diperlukan?
Pelbagaikan makanan, ikan merah, ikan tenggiri, ayam dan banyak lagi pilihan lauk untuk anda. Cuma pilih yang dimasak secara sihat ya.
Ini Sumayya, puas menyusu sampai asyik muntah susu je |
Berpantang tidak menyeksa dan menyesakkan jika tahu amalan berpantang yang betul. Antara amalan yang penting:
- dapatkan khidmat mengurut dari bidan berdekatan
- gunakan bengkung untuk kecutkan rahim dan elak angin masuk ke dalam badan
- pakai stokin supaya tidak terkena bentat
- bertungkung
- amalkan set berpantang supaya badan kekal cergas, luka cepat baik dan kembali langsing cantik
- elak tambah nasi kalau tak mahu perut buncit, makan lebih sayuran
- minum air sedikit demi sedikit
Jika anak anda mengalami kuning atau jaundis, elakkan mengambil jamu. Sebagai alternatif, anda boleh mengamalkan Set Post Natal Shaklee.
Ia adalah set suplemen yang dengan dengan segala vitamin dan mineral yang diperlukan ibu berpantang seperti anda.
100% semulajadi dan ianya mesra buat si ibu yang menyusukan anak. Malah, bertindak sebagai 'milk booster' supaya bayi anda dapat susu yang cukup dan membesar dengan baik.
Set ini mengandungi;
- Vitalea with Iron Formula 120 biji
- B-Complex 120 biji
- Sustained Release Vita C 180 biji
- Alfalfa Complex 330 biji
- Energizing Soy Protein 850 grams
- Omega Guard 90 biji
Set ini sangat praktikal dan sangat sesuai untuk ibu yang masih perlu bekerja walaupun berpantang. Ibu yang hebat semestinya perlukan bantuan set berpantang yang hebat juga bukan?
Jika anda mahu berpantang dengan set ini, boleh klik pada Beli Set Post Natal dan ikuti arahan lanjut.
Anda mahu beli pada harga ahli dengan diskaun 20%? Terus hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut;