Ada pelbagai set bersalin di pasaran. Tetapi kenapa Eray setia dengan Set Bersalin Shaklee? Ya betul, sebab Eray sendiri Pengedar Shaklee.
Kita jual, mestilah kita sendiri amalkan apa yang kita jual kan? Macam Eray sendiri sudah 6 tahun amalkan Shaklee. Tiga kali berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.
Cuma kali ini, Eray tidak mengambil sebarang jamu. Ini pun atas nasihat jururawat, selepas anak Eray kena jaundis yang agak tinggi.
Tak bestlah jika Eray saja yang rasa kebaikan set ini. Eray nak lebih ramai ibu yang berpantang pun rasa dan mendapat faedah yang sama.
Ini ada 7 sebab kenapa anda MESTI menggunakan Set Bersalin Shaklee:
1- Kuning Anak Cepat Turun
Masuk hari ke 3 di hospital, Eray mula nampak anak sedikit kuning. Esoknya pada hari ke 4, jururawat di Klinik Kesihatan Bandar Penawar ambil darah Sumayya untuk ujian jaundis.
Keputusan ujian 15.5 mg/dL. Ini agak tinggi, tahap normal 8-9 mg/dL.
Tapi Eray tak panik, sebab ada pengalaman semasa anak pertama. Lagi pula Eray berdarah O, Sumayya pun O juga.
Eray teruskan pengambilan Set Post Natal Shaklee dan mula mengambil Alfalfa. Ianya bagus kerana membantu menurunkan paras kuning pada bayi yang baru lahir.
Lagipula, Alfalfa juga terkenal sebagai 'milk booster'. Eray susukan Sumayya sekerap yang mungkin. Masa dia tidur pun Eray kejutkan dan paksa dia menyusu.
Eray ambil 5 biji selepas sarapan. Kesannya dalam masa 5 hari, paras kuning menurun terus ke 9.8 mg/dL.
Alhamdulillah. Tidak perlu lagi berulang alik cucuk kaki Sumayya.
2- Rahim Kecut Cepat
Lepas bersalin hari ke 2, Eray ada baring meniarap. Terasa rahim bergerak-gerak, yelah baru lepas bersalin rahim belum mengecut.
Seram juga masa ia bergerak-gerak.
Hari ke 4 lepas bersalin adalah hari pertama Eray mula berurut dan bertungku. Di samping itu, Eray amalkan Vivix sesudu kecil sebelum tidur.
Eray baru tahu, rupanya Klinik Kesihatan akan buat pemantauan 10 hari untuk ibu dan bayinya.
Setiap hari, mereka akan ukur perut dan juga kaki.
Masuk hari ke 7, jururawat macam terperanjat sebab rahim Eray dah kecut sepenuhnya. Dan ianya sudah kembali pada kedudukan asal.
Inilah perkara yang paling penting bagi ibu kalau lepas bersalin. Rahim yang tak kecut, boleh mengundang bahaya.
Paling mengerikan tombong atau prolapsed womb. Apatah lagi jika ianya sampai terkeluar dari faraj.
Usah buat kerja berat semasa berpantang dan ambil set bersalin yang terbukti berkesan.
3- Bertenaga Walau Berjaga Malam Menyusukan Anak
Cabaran getir waktu berpantang adalah tidur yang tak cukup dan anak yang asyik nak menyusu. Kalau korang pernah berpantang mesti faham sangat kan?
Inilah yang bestnya Set Bersalin Shaklee, ia membekalkan vitamin dan mineral yang cukup buat si ibu. Kesannya, ibu tetap 'steady' walaupun malam cuma tidur-tidur ayam.
Eray ambil Vita-Lea dan B-Complex. Keduanya melengkapkan nutrisi harian. Badan pun tak mudah letih.
Muka pun nampak 'pink' tak pucat. Sampai ramai yang kata nampak macam tak berpantang pun.
Penting menyusukan anak di malam hari. Pada waktu malam, hormon prolaktin tinggi. Kesannya susu badan lebih badan terhasil.
Skipped bangun malam untuk menyusukan anak membantutkan pengeluaran susu. Jika anda mahukan penyusuan eksklusif bangunlah menyusukan anak di tengah malam.
4- Susu Badan Meriah
Ibu mana tak gembira bila susu badannya meriah kan? Eray boleh dapat 2-3oz susu perahan setiap hari dalam 14 hari berpantang ni.
Ada lebih kurang 21oz yang dah terkumpul.
Bukan niat nak kumpul stok susu pun. Bila menyusu di belah kanan, belah kiri mesti basah. Dari membazir Eray pam guna pam susu silikon Haaka.
Paling syok, terdengar bunyi Sumayya gulp, gulp menelan susu. Siap comot-comot kat mulut. Kenyang menyusu, tidur pun lena.
Ibu pun boleh tidur sekali.
5- Luka Bersalin Cepat Sembuh
Bersalin kali ni tiada luka episotomi, cuma 2nd degree tear. 3 hari pertama rasalah juga sakitnya. Lepas hari ke 7, dah tak sakit langsung.
Jururawat pun kata jahitan cantik dan luka dah nak sembuh. Tiada sebarang infeksi.
Seronok bila berpantang masa luka bersalin dah sembuh. Yelah dengan pakai bengkung lagi, nak menyusukan anak lagi. Boleh jadi stress kalau luka masih sakit.
Sustained Released Vita C (SR Vita C) dalam Set Bersalin Shaklee bagus untuk pulihkan luka segera. Apatah lagi tambah Vivix, lagi pantas luka sembuh. Makanan terbaik untuk sel-sel badan.
6- Berat Badan Cepat Turun
14 hari berpantang, berat berjaya dinyahkan sebanyak 8kg.
Berat akhir sebelum bersalin 73kg, semalam timbang 65kg. Ada lagi 6kg sebelum dapat berat 59kg.
Energizing Soy Protein (ESP) di dalam set bersalin ni bagus untuk berikan rasa kenyang yang agak lama. Kalorinya pun rendah.
Eray suka ambil masa snek pagi atau petang. Kalau tak sempat makan malam, Eray bancuh ESP dengan oat. Kenyang.
Susu badan pun pekat.
Omega Guard pula bagus untuk membakar lemak. Biasalah masa mengandung makan macam-macam. Masa berpantang adalah masa terbaik untuk mulakan proses menurunkan berat, setuju?
7- Tidak Sembelit
Trauma sangat kalau sembelit masa berpantang. Sudahlah ada luka bersalin, nak meneran pun tak sanggup.
Takut luka terbuka, sakitnya.
Ostematrix dalam set pantang ni bagus untuk pelawasan. Najis jadi lembut dan menjadikan usus menampung air yang mencukupi.
Tak payah teran, sampai masa lancar saja keluar.
Satu set ni boleh tahan lama, dalam 3-4 bulan. Beli sekali, boleh guna berkali-kali.
Set Bersalin Shaklee bukan set bersalin biasa-biasa. Lengkap sebagai 'milk booster', badan ramping dan kulit cantik.
Ianya praktikal, sesuai untuk ibu yang terpaksa berpantang sendiri. Ataupun ibu yang suka sesuatu yang mudah dan tuntas.
Kalau anda mahukan set ini untuk berpantang nanti, boleh terus hubungi;