Tips Hidup Bahagia
Selalu kita dengar kawan-kawan, sedara-mara, sepupu-sepapat mengeluh pasal senggugut ni kan? Senggugut dengan wanita ni dah macam sinonim; asal senggugut je perempuan dan asal perempuan je senggugut.
Takat guling2 sakit tu ok lagi. Ada yg sampai tak bangun-bangun tau.
Paling dasyat bila kena senggut teruk sampai pengsan. Bayangkan jelah sakitnya tu. Takde siapa pun boleh tolong. Kalau ada suami pun dia boleh tolong tengok je.
Senggugut kalau dibiarkan begitu sahaja, boleh buat:
Asyik marah-marah. Suami lupa cakap sayang pun dah monyok satu bulan
Asyik MC berkali2. Sampai bos salah paham ingat kita ni malas kerja
Kerja rumah pun makin menimbun dek tak boleh nak bangun-bangun
Nasib baik Puan Maria Awi bijak bertindak. Tengok apa dia buat bila tiba-tiba terkena jin senggugut ni....
Kalau dah tak tahan sangat dan rasa nak nyahkan senggugut ni, bolehlah Whatsapp MakDara di 016 773 1892 sekarang.
Supaya dah tak sakit lagi macam si Maria ni.
Kebanyakan dari kita, selalu perasan duit yang ada dalam wallet atau bank. Itu hak kita. Tapi sebenarnya bukan.
Duit atau harta kita yang sebenar, adalah bila kita berzakat, keluarkan infaq dan juga beri sedekah. Semua duit-duit ini akan masuk ke dalam akaun akhirat kita.
Tapi apa sebenarnya kepentingan zakat, infaq dan sedekah?
Boleh terus play video kat bawah ni:
Semperna Ramadan yang tinggal tak berapa hari ni lagi, ayuhlah kita sama-sama memperbanyakkan zakat, infaq dan sedekah.
Moga bahagia kita dunyawalakhirat!
Keputusan bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi jika tekad dan nekad telah bulat, maka teruskan.
Tetapi apakah panduan supaya dapat terus kekal produktif?
Tambah-tambah lagi bila bekerja di rumah sambil menjaga anak-anak. Dan uruskan rumah tangga.
Masih bolehkah kekal produktif?
Insyaallah, dengan 5 panduan bekerja dari rumah. Di mana pun kita bekerja, tetap dan terus produktif.
![]() |
serupa macam MD, cuma tukar lelaki ini kepada wanita |
1- Bangun Awal
Awal disini bukanlah bermakna 6 pagi. Kerana pukul 6 pagi adalah waktu kebanyakan orang bangun.
Bangun lebih awal, paling kurang sebelum Subuh.
Sebagai orang Islam, kita sangat dituntut untuk bangun di sepertiga malam. Gunakan kesempatan ini untuk bermunajat kepada-Nya. Dan mohonlah apa saja hajat seperti kejayaan di dunia dan akhirat.
2- 10 Minit Untuk Diri Sendiri
Lepas solat, peruntukan 10 minit khas untuk diri sendiri.
Gunakan masa ini untuk buat nota kesyukuran dan membayangkan kejayaan yang akan diperolehi pada hari tersebut.
Tips untuk berjaya, adalah dengan percaya sebelum ianya berlaku.
3- To Do List
Jika difikirkan pasti serabut kepala. Mana nak jaga anak lagi, nak buat kerja-kerja bisnes lagi. Tak masuk lagi nak kemas yang bersepah macam kapal karam.
Relax. Usah gelabah.
Ambil pen dan kertas. Senaraikan apa yang perlu dilakukan. Dari sekecil perkara hinggalah yang besar.
Dan lebih baik jika bahagikan mengikut kategori.
Ingat ya, masa tu sangat relatif. Dan singkat atau panjang masa bergantung pada sangkaan kita. Jadi jadikan masa sebagai kawan, bukan lawan.
4- Guna Teknik Time Block
Buat time block mengikut to do list yang telah dibuat.
Buat time block yang munasabah. Jangan terlampau over expected dan akhirnya semua perkara terbengkalai.
5- Dahulukan Keluarga
Cuba kaji semula mengapa kita sanggup berhenti kerja dan memilih bekerja dari rumah?
Ia adalah untuk keluarga bukan? Nak menjaga anak dengan tangan sendiri.
Jadi jangan jadikan anak sebagai halangan atau memandang mereka sebagai menyusahkan.
Dahulukan apa saja keperluannya. Dan ambillah tindakan yang bijak.
Bukan mudah ye nak mula bekerja sendiri di rumah. Tapi ianya bukanlah mustahil.
MakDara (MD) ucapkan selamat maju jaya buat semua!
cara turunkan tekanan darah
Video: Turunkan Tekanan Darah Tinggi Kronik Dengan Shaklee? Ye ke?
Saturday, July 11, 2015
Banyak blog yang dah kongsikan pasal turunkan tekanan darah tinggi dan Shaklee kan? Tapi tak ramai yang kongsikan video khas ini.
En Fahmy Suhaimi bekas pesakit darah tinggi. Beliau telah kongsikan macam mana tekanan darah tingginya yang kronik, boleh kembali stabil dengan Shaklee.
Disebabkan Shaklee ni adalah produk semulajadi, bukan takat tekanan darah sahaja yang turun. Tapi En Fahmy turut rasa kesan sampingan!
Apakah dia kesan sampingan yang dia telah dapat? Bahaya kah?
Nak tahu, boleh terus mainkan video di bawah:
Jika anda juga salah seorang yang punyai tekanan darah tinggi yang kronik. Ataupun tak mahu tekanan darah jadi kronik. Bolehlah cuba apa yang telah dilakukan oleh En Fahmy.
Boleh dapatkan segera Set Turunkan Darah Tinggi (klik link ini).
Atau Whatsapp saja di 016 773 1892.
Alhamdulillah, MakDara lihat semakin berkembang bisnes Shaklee. Dulu ianya terkenal dengan Shaklee ni bisnes mak-mak je.
Tapi sekarang ramai abang sado yang mula nak bergiat dengan bisnes ini. Dalam group MD sendiri dah terima keahlian mereka.
Mungkin ada kut yang baca blog MD ada niat nak join Shaklee tapi tak sure atau pun tak tahu nak pilih untuk daftar dengan siapa. Macam MD jugak dulu.
Tapi tulah telah ditakdirkan MD bersama-sama dengan group pioneer Shaklee Online. Iaitu group iReach Shaklee.
Teraju utama dalam iReach adalah Master Lyna dan Master Zainul. Perhubungan yang dibina dari atas dasar bisnes bertukar jadi menjadi sahabat.
Kami dalam iReach semua macam family. Takde istilah dengki mendengki.
Mungkin itu salah satu sebab mengapa iReach banyak lahirkan leader yang berjaya.
Nak tahu apa rahsianya yang sebenarnya? Boleh klik butang play kat bawah ni:
Mungkin lepas tengok video ni, lebih yakin korang nak buat keputusan. Insyaallah.
Boleh Whatsapp MD di 016 773 1892 untuk menyertai iReach Shaklee.
Apalah makna blogger tanpa blogwalking. Seolah-olah kita duduk di rumah tapi tak kenal satu pun jiran tetangga. Jadi MakDara (MD) nak kongsikan tips blogwalking yang pantas, tapi tetap tinggal komen yang mantap. Buat blogger lain suka nak datang balik blog kita.
Sebelum itu, buat yang tahu apa kebenda blogwalking ni meh MD nak share. Blogwalk ni seolah-olah kita pergi kunjungi rumah jiran dan sedara mara kita.
Cuma ia dilakukan di atas talian. Caranya, kita pergi ke blog orang lain. Baca entry dia, dan tinggalkan komen untuk dia.
Tapi kadang-kadang ia mengambil masa yang lama. Jadi bagaimana nak blogwalking dengan pantas. Tapi tetap komen cun melecun?
5 Tips Blogwalking Pantas dan Komen Mantap!
1- Buat Senarai
Payah dan buang masa kalau time kita nak blogwalk tulah baru kita terhegeh-hegeh nak cari blog mana kita nak pergi.Oleh itu, buat satu senarai. Masukkan blog-blog yang kita dah pernah kunjungi dalam senarai. Senarai ni boleh buat dalam excel sahaja.
Atau mana-manalah yang sesuai untuk korang.
2- Fast Reading
Ini yang MD amalkan bila blogwalk. Baca tajuk, baca atas sikit dan bawah.Dengan itu kita dah boleh tahu apa yang dicerita oleh blogger. Lepas itu kita komenlah semula apa yang dikongsi blogger tadi.
3- Jangan Meleret
Ya memang ada blog yang super best, bila baca satu entry. Buat kita nak scroll entry lain. Jangan!Tumpukan pada entry yang kita nak komen saja.
4- Tetapkan Masa
Peruntukan masa 30-60 minit untuk buat blogwalk. Cara ini membuatkan kita tak membuang masa.Sampai terganggu tugas-tugas lain.
5- Buat Target
Ya nak blogwalk pun kena letak target. Berapa blog yang kita nak blogwalk setiap hari.10 ke 20 ke? Terpulang, mengikut masa dan keperluan kita.
Dan paling penting sekali, ini peringatan yang paling penting!
Jangan tinggalkan komen seperti:
jom singgah blog saya
buat promosi produk
atau pun komen yang takde kaitan dengan entry
Ingat tujuan asal buat blogwalk adalah untuk bina network di kalangan blogger. Kalau orang dah menyampah macam mana nak bina network kan?
Selamatlah mencuba 5 tips blogwalking ni. Moga memberi manfaat untuk semua.
Tips Kurus Sihat Selamat
5 Tips Kekal Kurus Selepas Beraya Supaya Tak Sia-sia Puasa
Thursday, July 09, 2015Raya kan tak lama lagi, jadi MakDara (MD) suka nak kongsikan benda yang berguna di kala raya kelak. Malam ini MD kongsikan tips kekal kurus selepas beraya.
Bersungguh berpuasa 30 hari. Lepas tu buka pun makan makanan-makanan sihat je. Berat pun dah turun cantik. Habis tu takkan nak gadai semua sebab makanan hari raya kan?
Memang makanan raya begitu menggoda. Lagilah kalau ada 3-4 biji rumah open house yang gah. Rambang kut mata nak pilih. Sampai terlupa baju yang masa puasa hari tu dah loose, ni dah mula rasa ketat.
Jadi apa nak buat? Meh follow 5 Tips Kekal Kurus Selepas Beraya ni:
1- Makanlah, Bukan Tak Boleh Makan
Hah itu dia tips yang pertama. Siapa kata tak boleh makan, tapi mesti berpada. Kenal makanan apa yang nak masuk ke dalam perut.
Kalau ceduk makanan tu jangan sekali banyak. Sebab bila makanan banyak kat pinggan kita akan ada tendency nak habiskannya. Lagilah kalau food sedap.
Ikut rules makan dalam kuantiti sedikit, bukan sekali banyak.
2- Pilih Pinggan Kecik
Ya, jangan ambil pinggan yang besar. Sebab akan ada banyak ruang kosong yang akan buat kita nak letak makanan yang tak diperlukan, tapi mulut kita nak.
Ambil pinggan kecik, jadi makanan pun cukup-cukup je untuk perut kita yang dah mengecil tu.
3- Cari Makanan Yang Sihat
Ada pelbagai juadah di hari raya. Boleh pilih makanan yang paling kurang kalori.
Ataupun kalau nak juga makan rendang, ikut balik tips kekal kurus nombor 1. Iaitu makan dalam kuantiti sedikit.
4- Bawa Air Kosong
Bila beraya air kosong atau air tanpa kalori selalu jadi pilihan terakhir. Banyak air macam-macam kaler yang ada.
Tapi air macam-macam kaler tu biasa ada banyak kandungan gula yang tersembunyi. Jadi bawalah air kosong ke mana-mana.
5- Puasa Sunat Enam
Selain dari dapat faedah badan kekal langsing. Puasa sunat enam ni jika dibuat secara ikhlas banyak ganjarannya.
Lepas puas beraya, cubalah untuk kembali berpuasa. Tak lama, enam hari je.
Tak semestinya kena buat straight, boleh selang-selang ikut kemampuan. Tapi syaratnya mesti dilakukan di bulan Syawal. Bulan lain kalau nak puasa, boleh buat puasa sunat Isnin Khamis. Bagi yang perempuan, eloklah ganti puasa cepat-cepat.
MD memang suka bawa air kosong ke mana-mana. Yelah kadang segan nak minta air kosong pada tuan rumah. Bukan tak suka air warna warni tu, cuma lepas minum air manis mesti nak bilas dengan air kosong.
Baru rasa lega tekak.
Lagi satu MD akan bawa Lecithin sekali. Lepas makan terus je telan, bagi bakar lelemak yang dah masuk. Lagi satu Phytocol ST, bila makan ni tak sempat kolestrol nak landing dalam badan. Masuk terus kena tendang keluar.
Kuranglah risau di hati pasal berat naik lepas hari raya.
Nak kurus senang, tapi nak kekal kurus tu agak tricky kan? Takpe selagi ada usaha, pasti berjaya.
Paling penting hari raya bukan setakat makanan sedap. Tapi berjumpa dengan sanak saudara. Dan bermaaf-maafan.
MD tahun ni beraya kat JB dulu, raya ke empat baru balik KB. Sabtu ni kami sekeluarga dah bertolak balik. Bestnya sempat buka puasa dengan family.
Ingat ye hati-hati di jalan raya. Moga selamat bertemu keluarga terchenta.