Tips Berpantang Sihat Ceria
Tips Berpantang Anak Kedua Agar Anak Sulong Tak Buat Kerenah Dapat Adik Baru
Tuesday, April 21, 2015Alhamdulillah Mak Dara (MD) dah lalui fasa berpantang anak kedua, 4 tahun yang lepas. Ternyata bukan mudah. Lagi-lagi yang sulong memang manja dan 100% perhatian pada dia.
MD belajar dari kesilapan. Mengaku yang masa tu, memang sangat tak sabar. Mudah sangat marah pada yang sulong, Rayna. Sampai sekarang kalau teringat, MD rasa sedih dan rasa bersalah.
Sebab tulah MD nak kongsikan sikit tips untuk mak-mak yang tengah berpantang anak kedua. Ketahuilah bahawasenya, cabarannya bukan terletak pada anak yang baru lahir. Tapi pada anak yang sulong.
5 Tips Berpantang Anak Kedua Agar Anak Pertama Tak Jadi Mangsa Amarah Ibu
1- Beri Perhatian
Bukanlah yang sulong tu cemburu dengan adik baru. Tapi dia belum boleh terima hakikat kenapa mak dia ada anak lain. Jadi mak-mak kena beri perhatian pada anak yang sulong.
Layan dia selagi boleh. Kalau sebelum ni ada sesi baca buku bersama, teruskan. Kalau sebelum ni suapkan dia makan, sambil kita makan kita suap dia.
Luangkan masa 15-30 minit hanya bersama dengan yang sulong. Mintalah bantuan suami ke ibu ke untuk jaga baby kecil. Biasanya anak kedua ni tak banyak ragam. Kenyang susu, maka tidurlah tenang dan aman. Kalau bangun pun, elok je baring sambil merenung ke syiling.
2- Biarkan Dia Mengamuk
Waktu kritikal ini, emosi anak begitu rapuh. Maka, senanglah dia nak meragam atau marah. Padahal sebelum ini dia tak ambil port pun. Contoh, basuh yak dengan ayah. Mati-matilah dia menangis nak suruh mak tang juga yang basuh.
Jangan marah dia. Sebab tak de gunanya. Kalau di marah makin hebat mengamuknya. Maka biarkan saje dia mengamuk. Biarkan dia melepaskan perasaan. He is allowed to do so.
Biasanya takkan sampai berejam dia nak mengamuk, mesti sampai tahap dia akan tone down. Waktu ni, pujuk elok-elok. Kalau apa yang dia minta tu, mak tang boleh dan mampu buat. Layankan. If not mintalah suami layan si sulong.
3- Tarik Perhatian
Disebabkan masa berpantang anak kedua, anak pertama akan sedaya upaya merebut perhatian maknya. Maka cubalah tarik perhatiannya.
Yang ini memang perlu orang lain yang lakukan, seperti suami atau tuk ke nenek. Ajaklah anak pergi main di taman permainan, atau keluar berjalan-jalan. Mungkin kalau terpaksa invest sedikit beli mainan baru, apalah salahnya kan?
4- Tunjukkan Dirinya Penting
Kalau si sulong nak dekat-dekat dengan baby, janganlah suruh dia pergi. Atau kata 'jangan kacau adik', padahal dia nak tengok dan kenal juga adiknya.
Tapi janganlah biarkan mereka berdua. Pantau. Selagi dia tak buat apa-apa yang bahaya, biarkanlah dia nak sentuh-sentuh adik.
Juga libatkan dia dalam aktiviti siapkan adik. Contoh, mintalah si sulong ambilkan pampers adik. Atau ambilkan krim Herbal Blend nak sapu dekat ruam lampin adik. Apa saja, biarkan dia rasa penting.
5- Terus Ingatkan Dia
Jangan pandang yang anak kita yang sulong tu tak tahu apa-apa. Terangkan dan ingatkan pada dia yang dia tetap disayang dan tetap jadi anak yang pertama.
Cakaplah mak sayang kak long, dan puji dia bila dia lakukan sesuatu.
Dia akan paham bahawa maknya akan tetap sayangkan dia walaupun dah ada adik.
Fasa berpantang anak kedua tak mudah. Tapi kalau kita cuba yang terbaik dan paling penting, mohon pada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran. Tempoh ini akan menjadi indah, bukan mimpi ngeri.
Janganlah ulang kesilapan MD, maklumlah kurang ilmu parenting waktu tu.
Ada sampai satu masa, punyalah Rayna mengamuk sampai dia hempaskan kepala kat lantai. Bukan sekali, tapi berulang kali. Pujuk pun tak jalan. Akhir sekali, MD peluk dia kuat-kuat sambil menangis. Sambil nangis tu MD minta dia dengar kata dan tak mengamuk lagi. Berjaya juga taktik masa tu.
Bersedialah ye mak-mak yang bakal jadi mak anaknya dua. Tapi jangan pula takut. Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi...lalala.
Selamat berpantang anak kedua dengan aman harmoni. Bye!
Oh ye, kalau ada mak-mak yang nak tanya pasal Set Pantang Moden Gaya Shaklee, boleh Whatsapp 016 773 1892. Pantang anak pertama takpelah memang kita fokus pada si kecik je. Tu pun dah lebam-lebam mata tak cukup tidur. Muka pun pucat je.
Jadi bila nak anak dua ni, lagilah kena sentiasa rasa bertenaga dan paling penting luka luaran dan dalaman cepat sembuh. Barulah tak risau kalau nak melasak sikit-sikit. Takkan nak terkepit-kepit je sampai 44 hari kan?