Tips Anak Bijak
7 Tips Anak Ceria Waktu Outing Buat Ibu Ayah Senyum Sepanjang Hari
Sunday, March 01, 2015Mahu tak sesi 'outing' anda sekeluarga tenang dan berakhir dengan kegembiraan? Boleh cuba amalkan 7 Tips Anak Ceria Keluar Outing ini. Mood outing boleh terhumban ke laut bila anak mula buat hal. Bayangkan, baru saje sampai parking lot anak dah terjerit melalak-lalak.
Kembang kempis hidung ibu ayah menahan marah. Yang tak berapa nak tahan mesti dah cubit sedas dua. Tapi biasanya mencubit itu hanya akan memburukkan keadaan.
pernah anak berguling atas lantai shopping mall? |
Moga 7 Tips Anak Ceria ini dapat membantu anda sekeluarga outing dengan bahagia.
1-Perut Anak Kenyang
Lapar adalah penyebab anak bad mood. Tapi budak-budak manalah tahu nak kata dia lapar kan. Tahunya melalak saja.
Jadi berilah anak makan terlebih dahulu sebelum keluar. Buatkan makanan yang dia suka. Kalau kesuntukan masa, boleh pack makan dalam kereta.
Bagi real food, bukan sosej atau nuget beli di supermarket. Tapi jika anak anda jenis payah nak makan, cubalah pujuk sampai dia makan. Atau boleh cuba cara yang lebih mudah. Bagaimana? Saya ceritakan nanti.
2-Anak Cukup Tidur
Pastikan malam sebelum outing anak tidur awal dan dapat tidur yang cukup. Jangan ikut kata anak, sebab anak bukanlah bos anda. Tunjukkan kuasa saiya sebagai ibu dan ayah.
Buat jadual tidur dan cuba ikut dengan konsisten. Contoh 9.30 malam dah masuk bilik. Mula-mula memang payah. Tapi makin lama anak paham yang waktu itu adalah waktu tidurnya.
Anak kurang tidur boleh mengamuk seharian dan susah dipujuk.
3-Berikan Pesanan
Bagi anak yang sudah paham kata ibu ayah. Seawal umur 2 tahun. Anda boleh berikan pesanan sebelum keluar rumah.
Contoh 'Tasya, kita nak keluar jalan-jalan, mainan tasya dah ada banyak di rumah. Minta nak beli ais cream boleh, tapi mainan tak boleh'.
Berikan nasihat-nasihat, dan elakkan guna perkataan jangan. Guna ayat yang positif. Jika nak kata nanti jangan lari sana sini, tukar katakan pada anak nanti jalan elok-elok ya.
4-Guna Teknik Halimunan
Tiada jaminan jika tips anak ceria ini akan membuat anak tak meragam dan mengamuk ketika outing. Anak-anak di terkadang di luar jangka ibu ayah. Tadi nampak ok, sekarang sudah berguling-guling di lantai shopping mall.
Jika perkara ini berlaku, lakukan jurus atau teknik halimunan. Buat-buat anda tak nampak amukan yang sedang dilancarkan anak. Jika anda layan amukan, kemungkinan besar anda akan jadi sakit hati dan hilang sabar.
Biarkan dulu sekejap, dan buatlah seperti tiada apa yang berlaku. Anak pasti penat mengamuk, dan jika ada tanda-tanda anak dah cool down, pujuklah dia.
Belanjalah anak ais krim, confirm mood anak jadi ceria kembali.
5-Teknik Psycho
Teknik ini sangat berguna jika anda keluar ke shopping mall atau tempat-tempat yang banyak mainan. Katakan anak anda mahu beli juga mainan walau sudah dinasihatkan tak payah beli. Untuk pastikan anda kekal senyum, cubalah tips anak ceria ini.
Caranya adalah:
- tunjukkan yang anda juga excited dengan mainan yang dia pilih
- tunjukkan lagi mainan yang lebih menarik yang ada, lagi banyak lagi bagus
- dan akhirnya katakan begini 'Wah banyakkan pilihan mainan yang adik nak. Mesti adik pening nak pilihkan. Jomlah kita balik dulu, adik fikirkan betul-betul mana satu yang adik nak'
Dan biasanya bila dah sampai rumah anak pasti sudah lupa dengan mainan-mainan yang dia nak tadi. Ibu ayah senyum dan poket pun tak rabak'
6-Elakkan Makan Di Kedai
Ibu ayah lebih mengenal anak-anak. Jika anak memang selalu buat hal di kedai makan. Elakkanlah makan di kedai.
Jika anda berani juga nak makan, anda bakal keluar dari kedai dengan perasaan bengang dan perut mengah sebab terpaksa makan laju-laju.
Jadi apa yang anda boleh buat, balik outing sebelum perut lapar dan makan di rumah. Ataupun beli dan tapau makan kegemaran anda, dan makanlah di rumah. Tips anak eeria yang paling sempoi nak di buat.
7-Outing Ke Tempat Kesukaan Anak
Anak-anak bila outing apa yang mereka fikir adalah bermain. Jadi bawalah anak-anak ke tempat yang dia boleh bermain sepuas hati.
Janganlah bawa ke shopping mall. Cuba bawa ke tepi tasik, atau indoor playground yang anak pasti ceria. Nak lagi seronok, bawalah bekal dan berpikinik bersama mereka.
Biarkan anak bermain dan elakkan restriction yang macam-macam.
Tips anak ceria ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan yang sudah pun jadi ibu ayah. Mungkin ada tips yang anda boleh guna, dan tak boleh guna.
Yang mana baik, harapnya dapatlah memberi manfaat bersama-sama.
Jadi ibu dan ayah is always a learning process. We never be perfect parents, but we can be the best for our children. Pengalaman adalah guru yang paling baik. Di samping itu, banyakkanlah ilmu-ilmu parenting. Sebab dulu kursus kahwin takde modul macam mana nak jadi ibu ayah.
Mungkin boleh dipertimbangkan modul macam mana nak jadi ibu ayah yang betul masa kursus kahwin.
Bagi yang hadapi masalah anak payah makan sampai anda terpaksa berlari bersama semata-mata nak suap anak makan. Boleh klik ke Anak Kurus Kering Payah Makan. Moga lepas ini tak payah kejar, anak datang makan sendiri ke meja makan.