b-complex
Sakit Tengkuk Asyik MC Sampai Bos Tarik Muka Masam Depan Kita, Apa Nak Buat?
Tuesday, February 10, 2015Buka mata, sudah terasa kejang dan sakit tengkuk. Terpaksa bangun dalam kepayahan dengan leher yang sudah sedikit teleng. Dalam hati "Adus, tak kan nak MC lagi. Minggu lepas baru je MC. Habislah aku!".
Dengan tengkuk yang teleng terpaksa juga gagahkan diri ke pejabat. Tapi tak sempat sampai sudah kecundang di tengah jalan. Macam mana nak 'drive', punyalah payah nak toleh. Patah balik, pergi klinik dan dapat MC berehat di rumah.
Tapi dalam hati tak tenang. Terbayang-bayang bos tarik muka masam sambil menjeling. Kerja yang dijanjikan nak 'submit' pagi ni terpaksa tangguh lagi. Rasa bersalah dan akhirnya "Ni semua bantallah punya pasal, salah bantal lah ni tidur semalam".
Kalau sanggup boleh pakai ni elak tengkuk tergeliat |
Betul Ke Bantal Yang Salah?
Orang Melayu biasa kata salah bantal kalau tengkuk teleng bila bangun pagi. Sebenarnya ada banyak penyebab sakit tengkuk ni, antaranya adalah:
- postur badan yang tak betul
- terlalu lama mengadap computer
- bengkak
- otot luka akibat bersukan
- kekejangan otot
- tulang dan sendi yang tidak normal
- atau yang bahaya lagi, ia juga petanda orang itu ada tumor
Sakit tengkuk ni perkara biasa, mengikut kajian 7 dari 10 orang pernah mengalami sakit tengkuk ni. Jadi ia bukanlah perkara yang pelik.
Cuma bila kena tu, rasa sungguh tak selesa. Leher yang biasanya boleh toleh kiri kanan, tiba-tiba mengeras. Terganggu juga kerja-kerja harian. Selera makan pun boleh hilang.
Sakit Tengkuk Petanda Tak Cukup Nutrisi?
Selain dari sebab-sebab di atas, sakit tengkuk juga adalah salah satu tanda nutrisi tak cukup dalam badan. Kehidupan yang 'super busy', lagi-lagi anda yang asyik keluar masuk meeting. Makan mana sempat je.
Dapat makan nasi pun dah cukup baik. Sebab selalu keluar 'lunch' lewat. Lauk yang sedap berkhasiat semua dah habis. Sayur pula, tuan kedai malas nak masak banyak. Pendek kata, makan memang tak pernah seimbang.
Makan malam pula, isteri pun tak sempat nak masak sangat. Jadi makanlah apa yang ada. Takde pun tapau je dari kedai.
Badan pula terpaksa guna 'to the max' hari-hari. Tu yang sampai satu masa tiba-tiba badan mogok sebab nutrisi tak cukup. Macam kereta, kalau minyak hitam takde boleh berfungsi ke kereta?
Tak boleh kan?
Sakit tengkuk atau sakit leher ni adalah tanda badan tak cukup pottasium, magnesium and calcium. Ini semua mineral penting bagi memelihara kesihatan otot dan sendi. Bila kurang tu yang boleh jadi sakit badan atau tengkuk jadi tegang.
Dan jangan lupa, paling penting minum air dengan cukup. Paling kurang pun dua liter sehari. Tips nak minum air dengan cukup, guna botol yang boleh disukat. Isi dan letak depan mata (contoh) atas meja pejabat. Haus je minum.
Cara Legakan Sakit Tengkuk
Ada pelbagai cara. Kalau pergi klinik, doktor akan bagi ubat tahan sakit. Ubat habis, sakit pun tak hilang lagi. Atau boleh cuba cara lain, seperti:
- gunakan bantal yang berkontur semasa tidur
- letak ais bagi melegakan sakit
- buat senaman pada leher
- tukar posisi dan pilihlah postur badan yang baik
- berhenti dari perkara aktif dan berehatlah
- urut perlahan
- ataupun boleh mandi dengan air suam
Sakit datang macam kilat, pergi macam semut. Jadi janganlah berharap sakit tengkuk boleh pergi dengan sekelip mata. Paling kurang pun sehari kepala akan teleng dan tegang. Dan mungkin membuatkan anda stress sepanjang hari.
Cara Semulajadi Elak Asyik Sakit Tengkuk
Antara cara elak sakit tengkuk asyik berulang adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Cuma, apa yang saya bimbangkan zat yang ada dalam makanan sekarang tak sama seperti dulu. Pencemaran, radikal bebas dan kualiti tanah yang merosot mempengaruhi zat dalam makanan.
Jika zaman nenek kita semangkuk bayam dah mencukupi untuk dapatkan zat dan mineral. Tapi zaman sekarang mungkin 20 mangkuk diperlukan untuk dapatkan zat yang serupa. Agak mustahil bukan nak makan bayam sampai 20 mangkuk.
Macam mana kalau saya kata ada cara yang lebih mudah, selamat dan semulajadi untuk lengkapkan keperluan zat dan mineral? Tidak kah anda mahu hidup lebih sihat dan masalah tengkuk sakit lenyap dari kamus hidup?
Malahan bukan saja anda dah tak sakit tengkuk. Kesihatan anda bertambah baik dan dah tak payah lagi nak ambil-ambil MC. Kurang MC, bos pun suka. Sebab kerja anda tak tertangguh.
Silap hari bulan, anda dapat 'promotion' dari bos.
Caranya adalah dengan memasukkan supplemen ke dalam menu harian anda. Ini bertujuan untuk mencukupkan zat dan mineral harian. Antara supplemen yang boleh diamalkan untuk elak sakit tengkuk adalah:
- B Complex: mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat diperlukan badan untuk berfungsi dengan baik. Vitamin B juga sangat baik untuk kesihatan urat saraf. Dan ia juga adalah pelega stress yang semulajadi. Urat saraf yang tak berfungsi dengan baik juga adalah sebab utama sakit tengkuk.
- Calcium: kekurangan calcium-magnesium penyebab utama leher tegang atau sakit tengkuk. Orang yang kurang calcium dalam badan sangat mudah untuk terkena kejang otot seperti kejang leher. 1000mg calcium adalah pengambilan calcium harian yang optimum. Baik untuk mengelak kekejangan otot dari berlaku.
- Magnesium: tanpa magnesium, calcium tidak dapat diserap dengan baik dalam badan. Selain itu ia juga berfungsi untuk melegakan ketegangan pada tengkuk.
Anda tak perlu susah payah mencari tiga vitamin dan mineral di atas di kedai atau farmasi. Anda boleh terus beli B-Complex dan Ostematrix (Calcium-Magnesium) dengan hanya Whatsapp saya di 016 773 1892. Jika anda berada di Ampang, saya akan hantarkan terus untuk anda.
Insyaallah saya akan berikan rekomendasi yang terbaik untuk anda. Dan juga sudah pasti, saya akan 'guide' cara makan yang berkesan, supaya anda tidaklah bazirkan wang yang dibayar untuk supplemen sakit tengkuk ini.
Atau jika anda sudah pun berpuas hati dengan apa yang saya kongsikan di 'entry' ini. Dan dan teruja nak membeli. Boleh terus klik pada butang 'Buy Now' di bawah.
Tak usah tangguh, jangan kerana anda sayangkan duit yang sedikit anda sanggup abaikan kesihatan diri sehingga periuk nasi anda tertutup. Kesian isteri dan anak terkena tempias.
Terima kasih daun keladi ye sudi baca perkongsian saya ni. Kalau suka marilah singgah lagi.
Oh saya ada satu video khas. 'Play' video ini jika anda seorang lelaki gagah dan suka bersukan, tapi tak mahu lumpuh akibat aktif bersukan.
Terima kasih daun keladi ye sudi baca perkongsian saya ni. Kalau suka marilah singgah lagi.
Oh saya ada satu video khas. 'Play' video ini jika anda seorang lelaki gagah dan suka bersukan, tapi tak mahu lumpuh akibat aktif bersukan.