breastfeeding
50 Fakta Hebat Mengenai Susu Ibu Yang Tak Dijumpa Melalui Kajian
Wednesday, January 02, 2013
Pelbagai kajian dilakukan untuk mengetahui kehebatan susu yang Allah buat ini. Bermacam-macam fakta telah dikongsikan kepada ibu-ibu seluruh dunia. Tapi masih ada 50 fakta hebat tentang kebaikan susu ibu yang tak dijumpai melalui mana-mana kajian. Dan rasanya ibu-ibu seluruh dunia patut tahu.
- merenung mata anak yang dikasihi
- memegang si kecil dengan penuh kasih sayang
- alasan yang super hebat untuk ibu berehat
- ibu menjadi tenang
- untuk jangka masa panjang, penyusuan menjadi sungguh mudah
- walaupun sibuk bekerja sepanjang hari, ibu pasti yakin yang ibu telah memeluk anak beberapa kali untuk menyusukannya
- waktu tidur jadi extra, ye lah bila si kecil minta disusukan awal pagi, kan ibu boleh sambung tidur
- perasaan yang sukar diungkapkan, bila kita tahu kita adalah satu-satunya orang yang menyusukan anak supaya membesar
- walaupun masih perlu memasak, ibu yakin dia adalah orang yang produktif kerana telah menyusukan anak, sekurang-kurang salah seorang akan berpuas hati :)
- paling hebat, menyusukan anak akan membuat mereka duduk diam
- pastilah anak yang menyusu akan senyap semasa menyusu
- menghilangkan kesedihan anak
- dimana sahaja
- jika berjalan-jalan, menyusukan anak adalah paling mudah, restoran susu 24 jam
- tak perlu pergi ke kedai
- tak perlu sabun dan air untuk membasuh
- dapat ramain kawan-kawan yang super cool
- bila terpaksa ke majlis yang riuh, ibu punya alasan untuk lari, tinggal en suami untuk menjaga anak-anak yang lain
- ataupun, ibu boleh saje menyusukan anak di tengah-tengah majlis, yang penting yakin dan aurat terjaga
- it just makes sense
- bila tengah malam, hanya selak sahaja
- susu ibu umpama farmasi yang percuma kepada anak-anak, tiada masalah jangkitan telinga, selsema atau mata berair
- bahan buangan anak tak lah busuk sangat
- bila anak demam tak mahu makan, susu ibu adalah makanan yang terbaik
- berkongsi susu, bila ada ibu memiliki lebihan susu, boleh diberikan pada bayi yang memerlukannya
- kurang satu perkara yang perlu dibeli
- macam magic, tiba-tiba menjadi tenang
- bukan saje dapat meluangkan masa dengan si kecil, ibu juga boleh berhubung dengan anak-anak yang lain
- masa menyusukan juga boleh menjadi masa membacakan buku untuk si kecil, paling sesuai untuk ibu yang super sibuk
- tak perlu penyediaan
- tiada lauk tambahan
- tak perlu berbelanja
- tiada pembaziran
- bayi gembira di dalam kapal terbang, hanya susukan mereka, pasti tiada jeritan
- jimat duit
- tak perlu plastik, mesra alam sekitar
- bunyi anak menyusu yang sangat comel
- dapat lihat apakah yang dilakukan bayi semasa menyusu
- oxytocin
- bonding time dengan si kecil
- tidur sambil menyusukan
- ayah boleh lakukan macam-macam untuk bayi, tapi bukan menyusukan anak, hebatkan bila hanya ibu yang boleh buat begini
- cepat kurus
- luka dalaman ketika melahirkan baik dengan cepat
- bayi susu ibu adalah orang yang paling sihat di dalam rumah
- boleh menonton tv atau membaca semasa menyusukan
- membina keyakinan diri
- kenangan manis untuk masa hadapan
- bau manis bayi yang menyusu badan
- CINTA!
Jadi macam mana, setujukan dengan 50 Fakta Hebat Mengenai Susu Ibu Yang Tak Dijumpa Melalui Kajian. Hanya ibu dan bayi yang akan merasakannya, antara nikmat Allah yang paling agung. Momen merenung mata dan bertaut jari semasa menyusukan adalah antara yang terindah.
Sumber: Mama Birth Facebook page