breastfeeding
Rahsia Terbesar Banyakkan Susu: 10 motivasi paling top untuk jayakan penyusuan
Monday, March 05, 2012alhamdulillah, telah menikmati hidangan tengahari. sambil-sambil makan terjah blog kawan-kawan dan terjumpa satu entry yang sangat menarik dari ibu addin & nasa.
9 tips motivasi jayakan penyusuan ibu
1. Kata- kata semangat.
Tidak dinafikan kita memerlukan kata-kata semangat seperti 'saya boleh' , 'moga berjaya', ' selamat mencuba' namun adakala kita menerima kata-kata seperti ' Boleh ke berjaya?', ' Susu sikit pun nak pam ke?' atau ' Pam susu kerana tak mampu beli fm ke?' juga sebenarnya membantu kita meransang untuk terus berjaya jika kita lihat dari sudut positif dan menganggap ia satu CABARAN.
ya betul, tiada siapa nak beri kata semangat, berilah kata semangat kepada diri sendiri.
2. Pelaburan untuk penyusuan
Duit sebenarnya bernilai apabila digunakan. Tak salah kita keluarkan sedikit duit untuk beli pam yang selesa, gadget penyusuan yang memberi kita rasa selesa untuk terus menjayakan penyusuan. Tidak salah keluarkan duit beli vitamin untuk badan terus sihat. Vitamin itu turut disalurkan pada si manja kita melalui susuibu. So tak rugi pun sebenarnya untuk berbelanja jika memberi kebaikan pada diri dan bergerak ke arah impian.
ini memang paling penting, masuk kali nie dah 3 pump cuba, dalam misi mencari pump yang paling sesuai, tak salah asalkan kene pada budget nya. dan vitamin pulak, ini mmg saya amalkan, bagus untuk diri & bagus untuk anak yang kita susukan.
3. Idola.
Bila kita ada seseorang yang kita jadikan idola, kita akan terus usaha nak berjaya seperti idola kita walau idola itu hanyalah mak atau kakak atau kawan baik kita yang berjaya dalam perjuangan penyusuan susuibu.
ade sowang kakak kat office nie, memang gigih mengepam sampai anaknya 2 tahun, bila ada idola kita pun nak jadi macam tu & if possible lebih lagi.
4. Hasil yang diidamkan.
Banyak gambar hasil susuibu yang ada dalam internet atau magazine. Simpan gambar itu dalam handphone, letak di pintu fridge, di meja workstation supaya ia membantu kita terus bermotivasi untuk terus pam untuk stok si manja.
ade dalam hp, cube belum print out lagi. mungkin juga boleh jadikan wallpaper di hp atau desktop.
5. Gambar si manja.
Apabila melihat wajah si manja kita akan merasa tenang dan gembira. Perasaan ini yang membantu hormon oksitosin itu dirembeskan dengan baik. Apabila hormon oksitosin dan prolaktin seimbang, penghasilan susu juga lancar.
betul, betul, betul, bila tengok anak hati pun sejuk, stress kerja pun hilang. so susu lebih banyak keluar.
6. Berkawan dengan mereka yang juga menyusukan anak.
Pentingnya berkawan dengan ibu yang menyusukan anak mereka kerana kita akan saling memberi motivasi sesama kita. Bilamana kelompok kita adalah ibu yang menyusukan anak mereka dengan susuibu, kita mudah untuk berkongsi pendapat dan mencari jalan penyelesaian kepada cabaran yang kita lalui.
join KIM, cari ofismate yang mengepam, untuk kekalkan motivasi diri. kadang-kadang bila pilih salah kawan, boleh membuatkan kita down & secara tak langsung drop hasil pengepaman.
7. Sediakan jadual pam.
Bila kita ada jadual kita akan lebih konsisten untuk meneruskan penyusuan. Andai terskip mana2 jadual pam cuba counter back dengan power pumping pada malam hari.
ya btul, selalu sangat jadi macam nie, if tak power pumping saya akan lebihkan masa untuk satu sesi pengepaman, contoh dari 15 mins ke 30 mins.
8. Rekodkan pencapaian anda.
Pentingnya rekod hasil pam kerana kita dapat melihat hasil setiap hari. Bila ada penambahan, catatkan dalam diari kerana penulisan kita dikala itu penuh dengan aura positif. So bilamana kita ada sedikit tekanan atau cabaran susu berkurang baca balik diari catatan dikala susu sedang banyak kerana ini membantu kita dapat tenaga positif semula dengan mudah.
9. Simpan impian dalam minda bawah sedar.
Cuba jadikan kebiasaan sebelum tidur kita berkata pada diri, 'saya suka susu saya banyak 'dan ulang ayat ini sehingga kita lena. Apabila kita masuk tidur kita akan masuk dalam gelombang alfa dan ia mudah menjadi kenyataan.
ini tak cuba lagi, malam nie boleh mula. sebelum tidur pasang angan-angan yang indah-indah. saya nak susu banyak-banyak.
10. Sentiasa bersyukur
Jangan banding-bandingkan hasil kita dengan hasil susu orang lain. Namun jadikan ia satu cara untuk kita terus bersyukur dengan hasil yang kita perolehi. Walau dapat satu oz, tetap bersyukur kerana apabila kita bersyukur, jiwa kita mudah tenang dan akan terus berusaha untuk menyediakan susuibu buat si manja.
ini adalah key yg paling penting, bersyukur kerana nikmatnya yang lebih dari hasil susu yang kita bawa balik. perlu ingat Allah jualah pemilik segalanya (termasuk susu badan kita). jika kita syukur dengan 1oz yang kita dapat, insyaallah 10oz akan diberikan.
jom kongsikan tips motivasi ini, semoga ianya dapat membantu semua ibu-ibu agar dapat memberikan yang terbaik untuk yang terchenta. insyaallah.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.Pertanyaan??Hubungi kami di eray2311[a]gmail.com atau SMS 016-7731892 (Eray)untuk maklumat lanjut.