Assalamualaikum,
Ini kisah benar. Pengalaman diri sendiri apabila terpaksa berhadapan dengan bahaya HB rendah. Sepanjang mengandung, tak ketara sangat kesan HB rendah.
Tapi bila sampai detik nak melahirkan, barulah tahu yang HB rendah bukanlah perkara yang boleh di buat main.
Hampir sehari suntuk Eray bergelut nak lahirkan Rayna. Ya Allah physically and emotionally drains.
Tiga kali kena induce dengan dos yang berbeza. Sampai akhir sekali doktor kata "kalau tak buka juga jalan juga saya terpaksa berikan awak dos induce yang paling tinggi".
Dah dekat berbelas jam berlawan dengan sakit kontraksi, tapi tetap juga jalan tak buka. Terpaksalah doktor bagi final dose of induce yang paling tinggi tu.
Tapi sebab sakitnya terlampau sakit, doktor suntik juga epidural. Oh ini bukan hospital swasta tau. Kalau kat swasta anytime boleh minta epidural kan?
Ini kat hospital kerajaan. Eray plan nak bersalin di hospital swasta. Tapi kena tolak, sebab hospital tak nak ambil risiko. Berat bayi dalam perut masa tu lebih kurang 2.0kg je. Kecik sangat.
Setiap kejadian ada hikmah. Hampir sehari suntuk bergelut nak melahirkan. Sebab jalan tak buka, bayi dalam perut tersangkut tak boleh nak keluar.
Jururawat asyik kata "saya dah boleh rasa rambut dia ni...". Tapi tetap juga tak boleh keluar.
Akhirnya bila dah kena epidural dan dose induce paling tinggi. Barulah bayi boleh keluar.
Suami Eray kata, masa bayi keluar mata dia dah terbuka luas. Disebabkan tersangkut lama, bayi kena masuk NICU.
Bahaya HB rendah bukan setakat susah nak lahirkan. Tapi boleh berikan kesan buruk kat bayi.
Kalau tersangkut lebih lama, bayi tak dapat oksigen yang cukup. Otak bayi boleh alami kecacatan.
Ibu mana yang mahu anak yang dikandung sihat tiba-tiba keluar ada masalah kan?
Syukurlah, Allah masih pelihara Eray dan anak. Rayna lahir sempurna. Cuma saiznya kecil, beratnya dapat 2.51 kg sahaja.
Tiada kecacatan pada otak. Cuma terkena sedikit jangkitan kuman.
Itu pun lima hari Rayna di NICU.
Eray tak boleh dukung atau susukan dia. Sedih sangat perasaan masa tu. Bila Eray balik ke wad, semua orang pandang pelik. Sebab tiada bayi di sebelah Eray.
Sedangkan ibu-ibu lain kat wad ada bayi di sebelah mereka. Esoknya Eray discharged tanpa Rayna.
Sehari adalah dekat dua kali Eray akan minta suami bawa Eray ke NICU. Hanya pada hari ketiga barulah suami Eray bawa.
Itupun terpaksa lawan cakap ayah Eray. Yelah dia tak bagi Eray ke hospital sebab takut apa-apa jadi. Kan Eray dalam pantang.
Tapi ibu mana sangup tahan perasaan. Masa tu, apa yang penting Eray dapat sentuh dan tengok Rayna.
Tak dapat susukan pun tak apalah. Masuk hari ke empat, barulah doktor kata Rayna dah boleh keluar.
Sebelum tu, doktror nak pastikan dulu Rayna boleh menyusu atau tidak. Kalau dia boleh 'latching' dengan baik, barulah lepas.
Bersungguh-sungguh Eray cuba untuk susukan Rayna. Payah, sebab lima hari dah terpisah kan?
Mujurlah jururawat di Hopsital Ampang sangat membantu. Bersungguh mereka ajar, sampailah Eray boleh rasa hisapan kuat Rayna.
Doktor pun dah berpuasa hati dengan keadaan Rayna. Akhirnya, Eray dapat bawa Rayna pulang ke rumah.
Serik sungguh rasanya berhadapan dengan bahaya HB rendah ni.
Menyesal sebab Eray ambil ringan. Tapi bukanlah Eray tak usaha. Siap kena makan pil extra zat besi, tapi tetap saja HB rendah sampailah waktu nak melahirkan.
Kurma pun berbiji-biji dah makan. Tapi tetap saja rendah.
Tak mahu perkara begini berulang, bila Eray tahu saja yang Eray mengandung anak kedua. Terus ambil Vita Lea with Iron Formula.
Vitamin ini memang berkesan untuk naikkan HB ke paras normal. Sejak pemeriksaan awal hamil hingga ke akhir, Eray langsung tak hadapi sebarang masalah HB rendah.
Bukan tu saja, masa nak lahirkan anak yang kedua pun jauh lebih mudah.
Pukul 10.00 malam pecah air ketuban, pukul 4.00 pagi Eray berjaya lahirkan Sofhea. Tanpa sebarang 'drugs' apatah lagi induce.
Tak sangka dapat merasa proses kelahiran yang mudah.
Jika korang tak mahu hadapi bahaya HB rendah ni, Eray syorkan untuk ambil Vita Lea dan set hamil Shaklee. Insyaallah, korang pasti merasai pengalaman hamil yang berbeza.
Usahlah merisikokan diri kepada bahaya HB rendah ini. Bukan saja ibu yang terseksa, bayi yang dikandung sihat pun boleh terkena bahayanya.
Boleh SMS/WA Eray di 0167731892 untuk dapatkan Vita Lea dan set mengandung lengkap.
Atau, boleh klik BELI SET KEHAMILAN untuk membuat pembelian secara online.
Selepas membuat pembelian, Eray akan berikan bimbingan cara makan yang betul. Barulah set ini dapat berikan kesan optimum.
Eray sudah berjaya nikmati pengalaman hamil dan melahirkan yang mudah, pasti korang juga mahu merasai nikmat yang sama bukan?
Kalau mahu, hubungi Eray sekarang.