Seseorang ibu yang prihatin terhadap anak yang baru dilahirkan perlulah mengetahui tanda-tanda bayi lapar susu. Ia sangat membantu anda bagi mengenal pasti bahawa bayi kenyang.
Bayi yang lapar boleh menyebabkan kehidupan anda sebagai ibu dalam pantang menjadi hura hara. Malah bayi anda juga akan menghadapi risiko pembesaran terbantut dan masalah kesihatan yang lain.
Saya yakin anda tentu tidak mahu masalah ini berlaku bukan?
Tanda-tanda Bayi Lapar Susu Akibat Tak Cukup Menyusu
sumber: https://www.babycenter.com.my/a1031124/tanda-tanda-yang-menunjukkan-bayi-anda-mendapat-susu-yang-mencukupi |
1- Berat Bayi Menyusut
Bayi yang baru dilahirkan akan mengecut, di mana beratnya akan berkurangan sedikit dari berat ketika lahir.
Namun berat ini akan kembali selepas dua minggu, dan ada juga keadaan di mana beratnya melebihi dari berat ketika lahir,
Oleh itu, jika berat bayi anda masih tidak naik-naik lagi. Mungkin selama ini anak anda tidak dapat susu yang cukup.
2-Payudara Tetap Keras
Secara normal payudara anda akan menjadi lebih lembut apabila bayi puas menyusu. Tetapi jika anda rasa yang sebaliknya kemungkinan besar bayi tidak mendapat susu yang sepatutnya.
3- Bayi Asyik Meragam
Usahkan bayi, kita yang dewasa juga akan menjadi tak keruan dan mudah nak marah jika lapar. Jadi samalah seperti bayi.
Bayi akan meragam dan menangis. Walaupun sudah dipujuk-pujuk tetap saja tidak menjadi tenang.
Kasihan si anak. Bayi akan meragam sampai akhirnya tertidur dengan perut yang lapar. Sebagai ibu sudah tentulah kita tidak mahu ini terjadi, oleh itu sudah nampak bukan kepentingan untuk kenali tanda-tanda bayi lapar susu?
4-Berdecit Semasa Menyusu
Ini satu tanda yang anda boleh kenali semasa bayi menyusu. Jika bayi mendapat susu yang cukup, anda akan mendengar bunyi bayi menelan susu (gulp, gulp).
Tetapi berbeza tandanya bayi yang lapar susu. Ia akan mengeluarkan bunyi berdecit.
Jika anda dengar bunyi ini periksa lekapan mulut bayi pada payudara. Lekapan yang kurang baik akan mempengaruhi kuantiti susu yang bayi minum. Anda boleh dapatkan nasihat dari pakar perunding penyusuan atau anda boleh pelajari teknik yang betul di video Youtube.
5- Najis Gelap
Bayi yang baru lahir akan mengeluarkan najis yang berwarna gelap. Ini akan berubah menjadi warna hijau dan akhirnya berwarna kuning mustard.
Jika warna najis bayi anda masih gelap selepas lima hari, itu juga tanda susu tidak cukup.
Selain itu terdapat juga beberapa tanda-tanda lain seperti;
- lampin basah kurang dari enam helai
- bayi tidak membuang najis sekali dalam sehari
- bayi masih berwarna kuning selepas minggu pertama
- muka bayi tidak berisi dalam masa tiga minggu
- selepas satu minggu, kulit bayi tetap berkedut
Minggu-minggu awal selepas bayi lahir adalah sangat genting. Oleh itu ibu dan pasangan perlu lebih prihatin terhadap sebarang perubahan pada bayi.
Jika bayi anda mempunyai hampir kesemua tanda-tanda di atas, kemungkinan besar dia tidak mendapat susu yang cukup. Sebelum mengambil langkah untuk mengatasinya, anda perlu kenal pasti puncanya terlebih dahulu, seperti:
- bayi mengalami masalah tongue tie (lidah pendek)
- bayi tidak melekap dengan betul
- posisi menyusukan yang salah
- ibu mengalami stress
- bayi mengalami masalah-masalah lain
Anda boleh terus dapatkan nasihat dari pihak hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan. Selain itu anda boleh kongsikan masalah ini kepada ahli keluarga lain contohnya kakak anda yang menyusukan anaknya dengan susu ibu.
Atau boleh saja hubungi pakar laktasi bagi mendapatkan bantuan.
Jika anda masih tidak dapat bantuan-bantuan di atas, anda boleh juga menghubungi saya. Saya bukan seorang pakar laktasi, tetapi saya seorang ibu yang berjaya menyusukan keempat-empat orang anak saya.
Saya akan kongsikan sedikit pandangan dan pengetahuan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Anda boleh hubungi saya (Eray) melalui WA di 0167731892.
Terima kasih kerana sudah sudi membaca perkongsian saya kali ini. Lain kali datang ke sini lagi ya.