syukuri nikmat Allah~sekecil-kecil hingga sebesar-besar
Wednesday, October 12, 2011tak sure siapa nama ustaz yang beri takzirah pagi di radio ikim
tapi seriously membuka mata
tentang nikmat yang Allah berikan pada kita
dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya
sebagai contoh ustaz kata
tengok jari kita pelbagai saiz Allah buat kecil, besar, gemuk, kurus, pendek & panjang
cuba ambil ibu jari tangan...cuba korek hidung guna ibu jari....korek telinga gatal guna ibu jari
huh sungguh tak nikmat langsung
cuba pula bayangkan jari telunjuk hilang
nak menulis, nak sign borang, nak makan...semua jadi susah
if jari tengah hilang pun masalah juga
nak suap nasi pun tak sempat semua sampai ke mulut
semua dah bolos jatuh ke bawah
semua Allah punya
Allah bagi pinjam, free takde kene bayar
tak payah mintak....hanya sebagai manusia & hamba-Nya kita perlu bersyukur
setiap nikmat yang kita rase
syukuri juga dengan nikmat manusia yang Allah beri
nikmat diberikan pasangan hidup, cahaya mata, rakan sekerja, kawan baik, mahupun bos
(walaupun memang sedia maklum ramai orang yang bermasalah dengan bos)
tapi cuba cari sisi baik
dan bersyukur ada bos seperti die
jangan lupa bersyukur
jika tidak bersyukur bermakna kita lupa dengan Pencipta
sebutlah alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya
2 comments
betul tu eray...bersyukur dengan nikmat Allah...
ReplyDeleteamirah...:) betul..eray selalu lupa...buang air tuh pun satu nikmat yang tak terhingga :) kan kan
ReplyDelete