minggu ke 33
Monday, October 03, 2011tiada entry minggu 1 tetiba entry minggu ke 33
more or less 40 more days to go
perasaan? gembira, excited juga takut...
dah lupa cara-cara PUSH
cume ingat RE (tarik nafas pendek) LAX (hembus nafas panjang-panjang)
kene ulang kaji balik nie
insyaallah rayna bakal dapat adik girl
ibu doa rayna akan jadi kakak yang penyayang dan menjadi ketua & contoh yang baik untuk adik
cadang nama akan bermula dengan huruf S
masih lagi dalam pencarian atau mungkin saja tunggu hingga hari ke-7 selepas adik rayna dilahirkan
masih banyak lagi persiapan yang belum dilakukan:
baju masih belum basuh
beg baby & beg ibu masih belum sedia
confinement set juga masih belum dibeli
losyen & baby washer juga masih belum dibeli
baby car seat masih belum dibersihkan (dah basuh, letak dalam plastik..cuma nak make sure tak de habuk)
playpen juga masih duduk elok dalam bungkusan (harus buka & proses bersihkan)
pump susu (alhamdulillah sudah ade, cume nak hantar servis sebelum diguna semula)
milk storage juga perlu beberapa botol yang baru (sebab yang lame kaler dah tidak menawan)
owh diaper juga belum dibeli
lagi satu....nursing bra..ibu mahukan yang baru
erm rasenya itu saja yang masih belum diuruskan (physically)..emotionally?
mohon doa banyak-banyak pada Allah agar dipermudahkan pelahiran kali ini
setelah penuh dugaan masa rayna dahulu
masih boleh dibayangkan setiap saat-saat melahirkan rayna dahulu
semoga ibu & adik rayna terus diberikan kesihatan dan kekuatan
ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini
sihatkanlah & sempurnakan zuriat di dalam rahim ku
permudahkan proses pelahiran zuriat ku ini
jauhkanlah dari sebarang komplikasi ibu & juga zuriat ku
hanya pada-Mu Allah aku berharap
doakan eray ye kawan-kawan
debaran makin hari makin kuat
mohon dipermudahkan segala urusan
2 comments
insya allah, semuanya akan dpermudahkan..doa byk2 k :)
ReplyDeletegambare eray. bestnya rayna dh nk dpt adik. bila la Nazhan nk dpt adik jugak ni ye
ReplyDelete