upah haji?

Tuesday, October 12, 2010

macam biasa, petang-petang minda perlu dibasahkan dengan sesuatu. petang nie eray pilih blog keretamayat. jom eray share entry terbaru encik keretamayat.

(Lagu latar entry ini: Panggilan Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Panggilan Baitullah,Tanah Suci Mekah, Ya Makkatulmukarromah..)

Lepas solat, ketika melewati pintu surau untuk pulang, aku terlihat papan kenyatan surau dipenuhi iklan “upah Haji”..

Anak aku si H yang ikut sama solat, bertanya:

“Ayah, 'Upah haji' tu apa?”

“marilah kita naik kereta dulu, dalam kereta ayah cerita”

Tapi dalam kereta, aku lupa nak bercerita, sebaliknya, aku menyanyi pula.., dan buat korang yang nak tahu apa itu upah haji, eloklah tanya budak tingkatan empat atau rujuk buku teks mereka bab 13, ada cerita bab haji dan bab upah haji.

Sekian..

Cerita Tambahan

Anak anak cepat belajar, ketika aku mengantuk dalam kereta, kadang kadang aku sengaja menyanyi dengan nada suara yang kuat akan lagu yang aku ingat-ingat lupa seperti lagu Khatimah Cinta - 6ixth Sense:

“Sudahlah sudah, Ku harus pergi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

“Biarku bawa seluruh cintamu, Ku dakap dalam tidur panjangku..”

Bila sampai rumah, dalam kesibukkan berselisih dengan anak ketika buat kerja kerja rumah sempena tolong bini setahun tiga kali, terdengar si N, anak perempuan umur 4 tahun menyanyi:

“Susahlah susah, Ku haus pegi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Wow! Budak budak cepat belajar, dan aku bersama bini gelak sebab si anak menyanyi dengan pelat..

“Susahlah susah”...

Yang lebih lawak, bila si abang, H umur 7 tahun dan juga abang A umur 6 tahun akan membetulkan kesilapan dalam lirik lagu si adik N..,

“Bukan ‘SuSahlah suSah’, orang ‘SuDahlah suDah’” kata abang A sembil mencebik bibir,

Tapi si N dengan selamba berkata, “biarlah..,” lalu menyanyi kembali,

“Susahlah susah, Ku haus pegi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Oleh sebab adiknya tak ikut cakap, maka si A juga akan menyanyi dengan lirik yang betul:

Adik A: “Sudahlah sudah, Ku harus pergi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Adik N: “Susahlah susah, Ku haus pegi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Bini aku: “Sudahlah sudah menyanyi tu, pergi mandi!”

Aku: Ha ah, baik korang mengaji dan betulkan tajwid!

Woha!

Keretamayat dan Lagu Merapu

Di malam hari, ketika aku sedang berguling dengan bini diruang tamu depan TV, terdengar anak aku Si N, si A, dan si H bermain-main sambil menyanyi..

Aku gelak sambil berguling dengan bini kerana lirik yang anak aku menyanyi adalah ikut lirik yang aku ubah dalam kereta:-

Antara lagu yang buat aku berguling dengan bini, adalah lagu ni:-

Tanya sama mayat
(ikut lagu tanya sama pokok)

Tanya Sama Mayat
Apa kamu tinggal
Nanti Jawab Mayat
Harta dan waris

Tanya Sama Anak
Mana Harta Ayah
Nanti Jawab Anak
Semua Dah Jual

Co2
Tanya Sama Isteri
Mana Pergi Suami
Nanti Jawab Isteri
Aku Dah Kahwin

Tanya Sama Mayat
Siapa Tuhan Kamu
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu.

Co3
Tanya sama Mayat
Siapa Nabi kamu
Apa Ugamamu
Mana Kiblatmu

Apa Petunjukmu
Siapa Saudaramu
Nanti jawab mayat
Semua tak tahu.

Aku tak tahu apa reaksi cikgu mereka jika anak-anak aku ni menyanyi lagu ni kat sekolah, dan bini aku bertambah berguling-guling mendengar mereka menyanyi lagu ini pulak..

KERETA MAYAT WARNA PUTIH.
(ikut lagu kereta kecil warna merah)

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur


Dan terkini, sempena musim haji, aku ada menyanyi lagu merapu yang baru dalam kereta, dan malam tadi, si anak update akan carta lagu baru merapu ayahnya yang aku ubah ikut suka hati, iaitu lagu panggilan haji, di tukar kepada upah haji. Kita dengar sama sama.

UPAH HAJI
(ikut lagu panggilan haji)

Upah Haji,
Telah Tiba lagi,

Menunaikan Ibadah,
Orang yang dah mati,

Kerjalah kuat-kuat,
Bila mati upah haji..

Woha!

Moral; Anak-anak cepat belajar, jika korang mahu anak jadi artis, menyanyilah dalam kereta, jika mahu mereka jadi ahli politk, mengumpatlah dalam kereta, jika mahu mereka jadi hafiz, mengajilah dalam kereta, dan jika mahu mereka jadi Da'e, maka berceritalah tentang kebesaran Allah dalam kereta.

Sekian.

Ps: aku mengucapkan selamat upah haji kepada waris yang ada mak bapak yang kaya setelah melancong ke seluruh dunia tapi tak sempat pergi haji, lalu mati, maka, selamat upah haji!

(Lagu latar: Upah Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Orang yang dah mati,Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji..)

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube