5 Tanda Dah Nak Bersalin, WAJIB Tahu Supaya Sempat Ke Hospital

Tuesday, July 25, 2017

Kalau ikutkan 1-2 minggu sebelum bersalin sudah ada tanda dah nak bersalin. Cuma tanda-tanda tu sering ibu tak perasan.

Ini 5 tanda yang ibu WAJIB tahu. Supaya sempat lahirkan bayi di hospital.

1- Ngilu pada ari-ari

Semakin nak bersalin, rasa sakit dan ngilu lebih terasa. Apatah lagi jika mengandung anak yang kedua atau seterusnya.

Paling terasa jika nak bangun selepas duduk lama. Di samping itu, ibu semakin kerap buang air kecil dan besar.

Sila bersiap sedia ye ibu-ibu.

2- Sakit tulang belakang

Sakit ini kerana tekanan yang berlaku akibat bayi sudah semakin turun. Bersabarlah ye ibu-ibu.

Boleh guna minyak angin atau panas untuk legakan kesakitan.

Boleh juga minta suami untuk urut perlahan-lahan.




3- Keluar lendir berdarah

Tak semua ibu akan mengalami tanda ini. Ini bermakna pintu rahim sudah mula membuka jalan.

Ibu boleh terus pergi ke hospital untuk lakukan pemeriksaan. Berdasarkan pengalaman sendiri, jika lendir darah tanpa kontraksi kuat lambat lagi masa untuk bersalin.

Nanti terpaksa tunggu lama di hospital. Kalau ke hospital kerajaan, ibu akan disuruh pulang dulu dan datang semula apabila kontraksi semakin kuat dan kerap.

Walaupun sudah keluar lendir begini, ibu-ibu masih wajib untuk laksanakan solat fardhu ye. Cuma pastikan darah tak mengalir keluar. Boleh guna 'cotton ball' atau pad.

4- Pecah air ketuban

Hanya 15% dari ibu hamil akan mengalami pecah air ketuban sendiri. Eray pernah merasakannya semasa menunggu anak kedua lahir.

Tengah berehat-rehat, tiba-tiba dengar bunyi 'pop'. Terasa basah seluar yang dipakai.

Lepas itu, barulah rasa kontraksi yang makin kuat dan kerap.

Air ketuban ini jernih dan tak berbau. Jika air semakin banyak keluar, usah tunggu lagi. Segeralah ke hospital.

Inilah tanda dah nak bersalin yang sangat-sangat. Biasanya, ibu tak tunggu lama untuk bayi keluar.

5- Kontraksi rahim

Ini juga tanda yang 'final'. Kontraksi sebenar. Ia akan berlaku sejam sekali hingga lima minit sekali. Kontraksi ini berlaku secara konsisten.

Berbeza dengan kontraksi palsu. Ianya tidak konsisten. Sebagai contoh pukul 10.00 pagi ibu rasa sakit, kemudian sakit hilang dan datang semula di malam hari.

Jika ini berlaku, usah panik. Ibu belum lagi nak melahirkan.

Masuk minggu ke 36, ibu sudah boleh 'observe' tanda dah nak bersalin ini. Bila dah tahu serba sedikit, ibu akan jadi lebih tenang.

Jangan lupa siapkan kelengkapan ibu dan bayi lebih awal. Letakkan siap-siap dalam kereta.

Selain itu, Eray mesti pastikan suplemen penting selepas melahirkan di bawa sekali. Paling penting Ostematrix.

Proses melahirkan sangat memenatkan. Habis semua urat saraf jadi tegang.

Empat biji Ostematrix membantu melegakan ketegangan urat. Boleh baca pengalaman penuh Eray yang lembik lepas kena induced sampai kebas satu badan. Esoknya boleh jalan sendiri ke NICU nak susukan Ruwayfi.

Syukur sangat ada bawa Ostematrix masa tu.

Mana tahu ada ibu-ibu yang nak 'standby' suplemen best ini masa nak melahirkan, boleh hubungi;

Eray Majid

Pengedar Shaklee

SMS/WA;

0167731892

Emel;

eray2311@gmail.com 

Eray akan berikan bimbingan cara pengambilan supplemen Set Berpantang Shaklee. Insyaallah korang akan merasakan pengalaman yang luar biasa ketika 44 hari berpantang.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube