Tips Kawal Kencing Manis
7 Tanda Diabetis Yang Anda Tidak Perasan, Berjaga-jagalah!
Thursday, August 04, 2016Assalamualaikum,
Diabetis adalah penyakit yang berkembang secara perlahan. Sehingga ramai yang tak perasan tanda-tanda diabetis ini.
Tahu-tahu saja, bacaan gula dah meninggi. Malah, ada yang dah terkena komplikasi baru tahu ada diabetis.
Setiap seorang dari kita berisiko untuk terkena kencing manis. Lebih-lebih lagi anda obesiti dan 'enjoy' makan.
Oleh itu, bagi anda yang berisiko berikanlah perhatian terhadap tanda-tanda diabetis ini.
1- Kerap Ke Tandas
Anda mungkin fikir terlebih minum. Tapi sebenarnya ini tanda diabetis sudah bersarang.
Badan kurang mampu memecahkan makanan kepada gula. Kesannya kadar gula dah meningkat.
Oleh itu, gula tadi akan cuba mengeluarkannya melalui air kencing. Sebab asyik merasa mahu terkencing.
Jika di waktu siang mungkin tak mengapa lagi. Tetapi jika semasa tidur pun terjaga untuk buang air kecil, segeralah berjumpa dengan doktor.
2- Lebih Haus
Ini adalah kesan daripada anda yang sering ke tandas. Asyik haus.
Lebih memburukkan keadaan, apabila anda memilih air gas, jus dan air susu berperisa untuk melegakan kehausan.
Gula semakin bertimbun pada saluran darah. Dan akhirnya masalah asyik ke tandas dan haus akan berulang lagi.
Minum air kosong adalah pilihan TERBAIK!
3- Rasa Lapar
Tiba-tiba lapar dan rasa lemah, padahal anda baru saja makan tadi. Ini juga adalah tanda diabetis.
Ini terjadi kerana gula tak dapat ditukarkan kepada tenaga. Rintangan insulin menjadi bercelaru.
Badan mengeluarkan lebih banyak insulin dari jumlah yang diperlukan. Kesannya glukos akan menurun mendadak.
Anda pula akan merasa sungguh lapar!
4- Selalu Penat
Penat adalah perkara biasa. Tapi kalau konsisten penat, ia bukan lagi perkara yang biasa.
Ini adalah tanda anda mengalami diabetis.
Sama seperti di atas. Insulin yang tak dapat berfungi dengan baik, menyebabkan makanan tak bertukar menjadi tenaga sepenuhnya.
Disebabkan itu anda sering merasa penat dan lemah.
5- Pandangan Menjadi Kabur
Usah takut, ini bukanlah masalah yang kronik 'diabetic retinopathy'. Di mana saluran darah di belakang mata musnah.
Tetapi ini tanda diabetis yang awal.
Mata anda menjadi kurang fokus. Akibat dari glukos yang terkumpul di pada mata. Masalah ini selalunya sementara sahaja.
Dapatkan konsultasi dari doktor secepat mungkin. Dan kawal diabetis anda. Dalam masa 6-8 bulan mata anda akan kembali normal.
6- Luka Lambat Sembuh
Apabila gula tinggi dalam darah, sistem imuniti menjadi lemah. Luka pun lambat nak sembuh.
Biasanya kalau luka-luka kecil, 2-3 hari dah baik. Tetapi kalau ada diabetis, seminggu pun mungkin tak baik lagi.
7- Kaki Mengalami Kebas-kebas
Ada satu perkara yang BAHAYA tentang sakit ini. Komplikasi boleh terjadi, walhal anda tak tahu pun yang anda alami diabetis.
Sering kebas-kebas di bahagian kaki tanda saraf halus mulai rosak.
Jika terus diabaikan, ia mungkin akan membawa kepada yang lebih besar.
Diabetis bukan lagi penyakit orang tua. Budak umur 7 tahun pun dah ada yang kena masalah ini.
Orang kata diabetis adalah penyakit keturunan. Tetapi ia bukan 100% benar.
Jika anda berjaya keluar dari kebiasaan amalan pemakanan keluarga yang tidak sihat, anda dapat menyekat penyakit ini.
Tetapi jika tidak, besar kemungkinan anda juga seorang pesakit diabetis.
Oleh itu, sekali lagi! Anda dari mempunyai keturunan diabetis, mengalami masalah obesiti, tidak aktif dan anda suka makan. Tolonglah beri perhatian pada tanda-tanda diabetis.