Tips Detox
Tanpa Senaman, Saya Berjaya Turunkan Berat Badan 5kg Selama Sebulan!
Tuesday, April 19, 2016Assalamulaikum,
Terasa badan makin ringan dan sihat. Dalam sebulan berjaya turunkan berat badan sebanyak 5kg. Dan ya! Kali ini tanpa senaman yang khusus dan konsisten.
Mungkin juga ramai antara kita yang nak kuruskan badan. Tapi bertanggung-tangguh sebab tak suka bersenam. Saya cadangkan, apa kata anda ikut cara saya.
Sebelum cuba cara kurus yang berkesan ni. Saya dah hampir give up nak kurus. Tahun lepas masa bulan puasa, dah berjaya turun. Paling terasa baju dan seluar longgar. Tak timbang pasal tak suka, tapi sekarang timbang hari-hari pun takpe.
Konon-konon bila dah kurus bolehlah tibai makan macam-macam. Sudahlah masa tu hari raya. Lepas raya dan hari-hari seterusnya saya langsung tak kawal makan. Makan ikut sedap tekak. Tahu-tahu je awal tahun ni timbang dah 70kg!
Rasa sia-sia apa yang saya buat hari tu. Rasa dah malas nak turunkan berat badan lagi.
Sampailah satu hari, masa tengah scroll FB. Ternampak status kawan "Alhamdulillah, berat dah turun 3kg lepas 21 hari buat eat clean". Tak tahulah kenapa, tapi saya teruja nampak perkataan eat clean tu. Terus saya PM tanya dia.
Lepas itu, saya lakukan sedikit research pasal eat clean ini. Antara yang mengujakan saya, 7 prinsip eat clean dari Pakar Eat Clean, Diane Welland.
Kawan saya tadi rupanya dia mengikuti Kelas Eat Clean Cikgu Fatin Ayuni. Kebetulan Cikgu Yun tengan buka pendaftaran untuk batch baru. Terus saya signed up.
Inilah yang saya lakukan sepanjang lebih kurang sebulan. Mana tahu mungkin ada yang terinspirasi dan mahu memulakan misi untuk turunkan berat badan kan?
Kenal Makanan
Selama ni suka makan ikut sedap tekak. Tak kisah langsung pasal sihat ke tak sihat makanan tu. Sebelum makan apa-apa kena berkenalan dulu dengan makanan tu.
Baca label makanan kalau ada. Elakkan makanan yang ada gula, garam dan lemak yang banyak.
Tahu kiraan kalori makanan. Kalori yang berlebihan, jika tiada aktiviti fizikal yang dilakukan menyebabkan lemak bertambah. Senang kata, makin gemuk.
Cari makanan yang tinggi nutrisi, macam buah dan sayuran.
Tak Ambil Gula dan Garam
Mula-mula saya agak skeptikal juga. Yelah masak tapi tak letak garam dan gula. Air pun takde gula. Mesti tak sedap!
Tapi rupa-rupanya kalau ikut resepi yang Cikgu Yun kongsi. Wah sedap! Dan lepas tu, saya pun dah pandai gunakan rempah-rempah untuk bangkit rasa makanan tanpa garam dan gula.
Jaga Portion Makanan
Ini juga paling penting kalau mahu turunkan berat badan. Jangan guna pinggan besar masa proses nak kurus ni. Guna pinggan yang sederhana.
Ok, sekarang bayangkan pinggan. Bahagikan kepada 4 bahagian. 1/4 dari pinggan letakkan sumber karbohitrat seperti nasi. 1/4 lagi letakkan sumber protein yang sihat. Contoh seperti dada ayam dan ikan. 2 lagi bahagian 1/4 yang tinggal, penuhkan dengan sayur-sayuran.
Minum Air Secukupnya
Bagi yang serious nak turunkan berat badan, minum air paling penting. Setiap 25kg berat, memerlukan 1 liter air. Jadi kalau berat 70kg, pastikan paling kurang 3 liter air sehari. Agak-agak korang kena minum berapa liter ye?
Trik yang saya buat, isikan botol air mineral 1 liter penuh. Saya pastikan 2 kali mesti diulang isi dan habis di minum sebelum jam 8 malam.
Keluarkan Peluh
Ya saya tak bersenam untuk turunkan berat badan. Tapi saya mesti pastikan badan mesti berpeluh setiap hari. Apa yang saya buat, kemas rumah betul-betul. Sapu dan mop 2 kali sehari.
Dan saya selang selikan dengan basuh bilik air dan menyapu keliling dan laman rumah. Kadang-kadang main kejar-kejar dan baling-baling bola dengan anak pun dah buat saya berpeluh.
Jadi, kalau anda pun jenis tak suka rutin senaman. Apa kata buat je macam saya buat ni.
Buatlah apa saja yang anda suka. Tanam pokok bunga ke, berenang ke? Tapi pastikan peluh mesti keluar.
Detox
Saya mulanya berkira-kira yang buat detox seluruh badan. Bila tengok pelan dietnya. Ya Allah, bolehkah?
Tapi saya cabar diri. Lagipun selepas 21 hari eat clean hari tu, berat saya cuma turun dalam 2.6kg. Saya target 5kg hilang dalam sebulan. Nak kena juga hilangkan 2.4kg lagi.
Masa proses detox ni, hari-hari saya amalkan Vivix untuk detox seluruh badan.
Tak sangka sangat, masa hari ke 4 detox. Berat saya dah pun menjadi 65kg! No more 70kg. Target saya 55kg mesti dicapai paling lewat 31 Disember 2016. Atau paling cepat 1 Syawal tahun ini. Doakan saya berjaya ye.
Nak turunkan berat badan janganlah nak cepat-cepat je. Tambah lagi kalau sanggup bahayakan diri sendiri. Bila tengok iklan 10kg hilang seminggu, terus nak beli nak makan. Padahal tak tengok pun tah apa isi kandungan ubat kurus tu.
Jangan tau. Nanti semata-mata nak kurus, nyawa pun melayang.
Nak kurus ni, biarlah slow dan steady. Sebab masa nak gemuk pun bukan tiba-tiba kan? Ke malam ni kurus, esok bangun-bangun dah gemuk?
Lagi satu niat nak kurus tu kena betul. Cuba tanya kat diri sendiri kenapa nak kurus? Kalau nak sihat supaya lebih mudah buat ibadat, alhamdulillah. Betul dah niat tu. Tapi kalau bukan, betulkan niat.
Insyaallah bila niat dah betul. Maka Allah akan permudahkan urusan nak turunkan berat badan.
Ilmu yang baik, akan jadi lebih manfaat jika dikongsi bersama. Saya tawarkan guide Misi Kurus secara PERCUMA untuk 3 orang sahaja. Insyaallah saya akan kongsikan apa yang boleh dimakan, pelan diet, dan cara masak sepanjang 21 hari.
Jadi kalau anda betul-betul nak mulakan misi kurus, bolehlah hubungi saya Suriya Majid melalui WA di 016 773 1892. Jom kita kurus dan sihat sama-sama.