b-complex
Hipertensi Pada Kehamilan Sampai Kena Emergency C-Sect Komplikasi Pada Bayi, Apa Nak Buat?
Monday, February 16, 2015Hipertensi pada kehamilan bukan perkara asing. Tambah lagi jika anda obes kerana sebanyak 10% dari wanita obes yang mengandung ada hipertensi. Lebih kurang 10 dari 100 orang. Jadi adakah anda salah seorang darinya?
Masalah ini lebih teruk jika anda sudah pun ada masalah hipertensi atau darah tinggi sebelum kehamilan. Ia bakal menyebabkan hipertensi kronik dan memerlukan pengawasan doktor sepanjang kehamilan.
Dan kemungkinan besar anda terpaksa hadapi saat cemas 'emergency c-sect' dan melahirkan bayi yang tak cukup bulan. Dan terpaksa menanti setiap saat yang memeritkan melihat anak anda bertarung demi sebuah nyawa. Apakah anda bersedia?
Apakah Tanda Hipertensi Pada Kehamilan?
1-Bacaan tekanan darah tinggi sehingga 140/90 secara berturut-turut
2-Sakit kepala yang kuat
3-Gangguan pada penglihatan, menjadi kabur dan semakin silau
4-Sakit di bahagian kanan tulang rusuk
5-Loya dan muntah-muntah
6-Kurang kencing
7-Kadar HB menurun dalam darah
8-Susah untuk bernafas
Jadi jika anda ada beberapa tanda di atas kemungkinan besar masalah hipertensi semasa hamil sedang terjadi. Jangan tunggu untuk dapatkan pemeriksaan lanjut, kerana ia mungkin bakal mengancam nyawa bayi dalam kandungan.
Bahaya Jika Membiarkan Hipertensi Semasa Mengandung
Bukan hanya ibu yang berisiko, bayi juga akan terkesan dari masalah ini. Ada beberapa kesan negatif jika masalah ini tak ditangani. Antaranya:
1-Uri pecah dan boleh menyebabkan bayi terpaksa dilahirkan tak cukup bulan atau tak selamat.
2-Pengaliran darah yang lemah menyebabkan darah tidak sampai pada uri dan menyebabkan bayi tidak membesar dengan baik dan mungkin menganggu perkembangan organ penting seperti otak, jantung atau buah pinggang.
3-Bayi selamat dilahirkan secara 'emergency c-sect' tapi hadapi komplikasi yang teruk. Tidak boleh minum susu, jangkitan kuman dan organ tidak matang. Dan mungkin bayi tak dapat 'survive' lama.
4-Ibu pula semasa kehamilan yang berisiko ini mungkin akan terkena strok. Kerana tekanan darah yang tinggi.
5-Risiko disseminated intravascular coagulation (DIC). Iaitu terjadi gumpalan darah (blood clot) di dalam saluran darah dan menyebabkan kerosakan organ penting dalam badan.
6-Impian anda untuk terus menyusukan anak sesudah melahirkan juga akan musnah. Ketahui cara menyusukan anak pra matang di sini.
7-Selain itu anda juga turut berisiko mengalami tekanan atau kemurungan.
6-Impian anda untuk terus menyusukan anak sesudah melahirkan juga akan musnah. Ketahui cara menyusukan anak pra matang di sini.
7-Selain itu anda juga turut berisiko mengalami tekanan atau kemurungan.
Kerana itulah sangat penting menguruskan diri jika anda ada masalah hipertensi pada kehamilan. Mungkin sudah sampai masanya anda ubath gaya hidup jika anda tak sanggup kehilangan bayi di dalam perut anda.
Apa Yang Perlu Dibuat Untuk Tangani Hipertensi Semasa Hamil?
Anda mungkin perlu lebih berjaga-jaga berbanding ibu yang mengandung tanpa sebarang masalah. Antara yang boleh dilakukan adalah:
1-Berjumpalah dengan doktor anda mengikut jadual untuk melihat perkembangan kandungan
2-Elakkan makan makanan yang berminyak dan lebih garam. Walaupun teringin.
3-Banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah dan sayuran. Serta protein yang sihat.
4-Cukup minum air.
5-Dapatkan rehat yang cukup dan elakkan diri dari stress.
Dan sebagai tambahan, anda juga boleh mengawal tekanan darah tinggi semasa kehamilan dengan melengkapkan pengambilan zat dan mineral harian. Pengambilan supplemen secara konsisten sangat membantu untuk melengkapkan nutrisi. Lebih-lebih lagi anda sedang hamil.
Anda mahu tak jika saya katakan ada supplemen yang semulajadi dan selamat yang bukan saja membantu merawat masalah hipertensi anda. Malah bayi yang di dalam kandungan akan membesar dengan baik. Anak yang bakal lahir cergas, sihat dan pintar. Mustahillah kalau anda tak kisahkan tentang bayi dalam perut sendiri kan?
Sikap kurang ambil kisah dan 'tak apa' mungkin akan menyebabkan anda kehilangan bayi yang dikandung. Tambah sedih jika anda terpaksa melihat kesakitan anak di dalam inkubator yang sedang bertarung demi satu nafas kerana komplikasi teruk akibat hipertensi pada kehamilan anda.
Pengambilan Set Kehamilan Khas Hipertensi di sepanjang kehamilan dapat bantu anda mengelak dari terpaksa jalani 'emergency c-sect'. Dan yang lebih penting ada bakal nikmati setiap detik kehamilan yang indah tanpa rasa cemas. Anda pasti mahu melihat dan mendakap yang gebu dan sihat kan?
Jika iya, anda perlu bertindak segera. Terus Whatsapp saya di 016 773 1892 untuk sesi konsultasi khas dan saya akan memberikan cadangan set yang paling baik untuk anda. Di samping itu cara makan yang berkesan juga akan diberikan.
Saya juga sanggup COD jika anda tinggal di sekitar Ampang. Buat yang jauh, saya akan poskan segera demi untuk membantu anda bebas dari hipertensi pada kehamilan sehingga terpaksa 'c-sect'. Saya akan bantu anda untuk hamil dengan rasa gembira dan selamat.