Setiap ibu yang ada di dunia diberi kebolehan menyusukan anak. Jarang sekali yang tak boleh. Kecuali, ibu sakit, susu ibu memudaratkan bayi, atau badan ibu tak berupaya nak hasilkan susu.
Alasan seperti susu sikit. Atau anak saya tak nak menyusu. Atau saya jenis keturunan yang tak ada susu adalah mengarut.
Takkanlah Allah swt berikan anak, tapi tidak berikan 'makanan' pada anak?
Allah swt itu Maha Pemurah Maha Penyayang.
Ada 5 sebab mengapa ibu harus memilih untuk menyusukan anak?
1-Hak Anak
Susu ibu adalah hak anak. Kenapa mesti dinafikan haknya. Demi untuk menjaga kepentingan ibu, yang tak nak letih. Tak mahu berjaga malam. Dan kononnya menjaga kecantikan payudara.
Berikanlah hak anak.
Susukanlah dengan penuh kasih sayang. Bersyukurlah kerana anda terpilih menjadi ibu.
2-Suruhan Allah SWT
Telah disyariatkan di dalam Al-Quran. Ibu wajib menyempurnakan dua tahun tempoh penyusuan.
Tugas suami pula menyediakan makanan dan pakaian yang selayaknya untuk si ibu. Jika kedua pihak ingin menghentikan penyusuan, ia dibenarkan. Tidak menjadi kesalahan.
Dan jika mahu berikan anak menyusu dengan orang lain. Maka berilah upah kepadanya.
3-Susu Ibu Tiada Tandingan
Tidak akan ada susu lain yang sebaik susu ibu. Malah tak ada satu pun yang mirip.
Keunikan susu ibu, komposisi dan kandungan di dalam susu ibu boleh berubah mengikut keperluan dan umur bayi.
Jika cuaca panas, susu ibu akan menjadi lebih cair. Untuk menghilangkan dahaga bayi.
Dan menjadi lebih pekat, di kala sejuk. Untuk memberi rasa kenyang dan menghangatkan badan bayi.
Apa yang ibu makan, bayi akan 'makan' melalui susu ibu.
Jika baik yang dimakan, maka baiklah susu ibu.
Cuma gaya hidup sekarang membuatkan ibu makan tak seimbang. Makan nak cepat. Atau makan sebab rasa yang sedap. Tak kisah pasal kandungan nutrisi makanan.
Boleh cuba mengambil Set Penyusuan Shaklee bagi melengkap keperluan vitamin dan mineral semasa menyusukan anak.
4-Jimat
Menyusukan anak adalah PERCUMA. Allah swt telah anugerahkan air susu.
Tidak perlu bersusah payah keluar belanja untuk beli susu yang lain.
Bayangkan setin susu bayi harganya lebih kurang RM80. Sebulan mungkin 4 tin. Total sebulan RM320. Bayangkan selepas dua tahun. Total pembaziran beli susu adalah RM7680.
Adalah lebih baik dimasukkan ke dalam akaun simpanan anak.
Tak gitu?
5-Anak Lebih Sihat dan Pintar
Kandungan susu ibu ada banyak antibodi yang membantu mengelak bayi dari terkena penyakit. Ia juga membuatkan sel-sel otak anak bersambung dengan lebih baik.
Hasilnya anak pintar.
Selain itu, anak yang disusukan dengan susu ibu lebih manja dan rapat dengan ibu. Hubungan ini bukan saja kukuh semasa bayi. Tetapi membawa hingga dewasa.
Tanamkanlah niat mahu menyusukan anak. Bukan semasa nak melahirkan anak. Tapi sejak mula berkahwin.
Insyaallah jika niat sudah ada dan kuat. Penyususuan susu ibu selama dua tahun dapat dicapai dengan jayanya.
Jika anda mahu mencuba Set Penyusuan Shaklee. Boleh hubungi saya, Suriya di 016 773 1892.