Keputusan untuk berikan susu ibu adalah yang terbaik. Tapi boleh ke merealisasikannya?
Ibu pasti boleh, tapi kena belajar tips asas penyusuan susu ibu. Agar tak terperanjat bila menghadapi situasi-situasi yang mendebarkan. Paling penting, percayalah naluri keibuan mu. Usah dengar kata-kata kritikan 'susu tak cukup' 'bayi asyik menangis' dan lain-lain. Nikmatilah setiap waktu-waktu menyusukan anak mu.
Ketahui 50 Tips Penyusuan Susu Ibu Yang Ringkas dan Mudah Buat:
- Sebelum bayi keluar jenguk dunia, pergilah ke kelas penyusuan. Ajaklah suami sekali. Bertambah romantis.
- Berkenalanlah dengan Kaunselor Penyusuan, jadi tak rasa segan silu nak bertanya tentang susu ibu.
- Bina kumpulan sokongan. Selalu hang out dengan kawan-kawan atau saudara mara yang menyusukan anak. Watch and learn.
- Elakkan mendengar kisah 'seram' menyusukan anak dari orang lain.
- Sebaiknya, pilihlah proses pelahiran yang semulajadi. Ini kerna, proses menyusukan anak akan menjadi lebih mudah.
- Sedekahkan sample susu formula pada yang lebih memerlukan. Sebagai contoh, rumah anak yatim. Kajian menunjukkan ibu yang menyimpan sample susu formula di rumah kurang berjaya menyusukan anak.
- Usah beriya-iya membersihkan puting susu sehingga menyebabkan puting luka sebelum bayi dilahirkan.
- Rancang tiada puting susu tiruan semasa bayi di nursery.
- Bincang dengan doktor anak kamu, dan lihat responnya mengenai susu ibu. Ada doktor kanak-kanak yang sangat menyokong pemberian susu ibu dan mempunyai ilmu susu ibu yang banyak. Ini membantu ibu dalam melihat perkembangan anak.
- Dapatkan buku mengenai susu ibu. Ambil masa baca ketika mengandung.
- Saiz payudara berubah dari mula mengandung hingga melahirkan dan menyusukan anak. Nak jimat, beri bra yang agak 'stretchable'.
- Susukan bayi sejurus selepas kelahiran. Lebih baik dalam satu jam pertama.
- Tips susu ibu seterusnya, jika bayi tidak terus menyusu. Biarkan saje bayi cuba untuk menjilat puting payudara. Seterusnya cuba ajar bayi 'latch' tapi usah terburu-buru.
- Pastikan ibu dan bayi 'tummy to tummy' ketika menyusukan bayi. Ini salah satu tanda betul cara hisapan bayi.
- Susukan bayi sebelum dia menangis. Kerna sesi menyusukan bayi akan menjadi lebih sukar. Cuba tenangkan bayi sebelum cuba untuk menyusukan semula.
- Perhatikan bayi, jika bayi asyik nak hisap tangan atau menganga luas ketika pipi disentuh. Itu bermakna bayi lapar.
- Mulut bayi harus terbuka luas untuk menyusu. Jika tak buka. Cuba tunjuk caranya pada bayi. Ya, bayi boleh meniru gaya muka kamu.
- Guna bantal untuk tinggi bayi pada aras payudara. Jangan membongkok.
cara hisapan yang betul & guna bantal ketika menyusukan anak |
- Kenali personaliti menyusu bayi. Ada yang kuat menyusu, kuat me'ngempeng'. Usah dengar orang lain kata, trust your mother instinct.
- Susukan saje bayi bila dia minta. Ini akan menghasilkan susu yang lebih banyak.
- Bagi bayi yang baru lahir, 8-10 kali menyusu dalam 24 jam adalah normal.
- Cukup ke susu ibu nie? Jika diaper basah bermakna susu yang ibu berikan cukup.
- Diaper pakai buang tak kelihatan basah. Cuba tuangkan air untuk uji berat diaper yang telah dibasahkan.
- Tak perlu jadual penyusuan. Susukanlah bila mana bayi mahukan. Menyusukan 4 jam sekali akan mempengaruhi kuantiti susu yang terhasil.
- Tips penyusuan susu ibu yang paling penting. Mesti selalu ingat yang susu ibu mudah dihadam berbanding susu formula. Kerna itu bayi akan jadi kerap menyusu.
Baca di sini untuk 10 Rahsia Susu Banyak --> Susu Ibu Banyak
Nantikan Bahagian 2: 50 Tips Penyusuan Susu Ibu