Mangsa cuka getah, tikam meninggal
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my
JOHOR BAHRU - Selepas hampir sebulan bertarung nyawa, seorang gadis yang cedera parah akibat ditikam sebanyak 19 kali dan disimbah cuka getah oleh seorang lelaki di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi di sini disahkan meninggal dunia semalam.
Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 8.32 pagi di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini semalam.
Nur Ain Ashikin sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak 16 Disember lalu.
Turut berada di sisi Nur Ain Ashikin sebelum dia meninggal dunia ialah tiga kakaknya iaitu Marlina, 30, Suraidah, 27, dan Siti Zubaidah, 21.
Marlina berkata, pihak hospital telah menghubunginya pada pukul 11 malam kelmarin untuk memaklumkan keadaan Nur Ain Ashikin yang semakin kritikal.
--------------------------------------------------
takziah kepada keluarga Nur Ain Ashikin, semoga rohnya dicucuri rahmat
kosmo online: Arkitek cipta simen lut cahaya
ROM - Sekumpulan arkitek firma Itali, Italcementi mencipta simen lut cahaya dikenali sebagai i.light, lapor sebuah akhbar semalam.
Simen itu memiliki puluhan lubang halus yang membolehkan cahaya menembusinya tanpa menjejaskan kekuatan strukturnya.
Bahan tersebut berupaya menjimatkan kos elektrik kerana ia dapat menerangi bangunan pada waktu siang.
Setakat ini, satu-satunya bangunan yang dibina dengan menggunakan simen i.light adalah Pavilion Itali di Ekspo Shanghai, China pada tahun lalu. - Agensi
agak terkilan bila manusia tua suka menggunakan kuasa yang tak seberapa nak menjahanamkan hidup orang lain, hanya kerana saya suka dan saya tak suka.
ape punya mentaliti pun tak tahu lar, ingat bile umur makin meningkat makin meningkatlah elemen iman dan ehsan dalam diri. tapi macam tak jek.
aku bermonolog dengan diri sendiri:
"ya Allah! peliharalah hamba mu ini agar dijauhkan dari kekejaman dan pengainayaan orang-orang. keadaan nie sementara saja, kita tak tahu esok lusa kot aku ke yang kene tukar department atau ko pulak ke yang dah tak muncul-muncul kat opis, so boleh dapat bos baru. aku kene positive, truskan bekerja dengan ikhlas. aku yakin rezeki ajal maut semua pada tangan Allah swt bukan pada tangan kerdil kau tu"
Karam Singh buat penjelasan
KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.
Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.
Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.
"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.
Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.
"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.
---------------------------------
sudah terang lagi bersuluh, maaf memaafkan perbuatan mulia. jadi tak usah perbesarkan isu sebegini, isu yang boleh memecah belahkkan malaysia. baru jek rase bangga dengan bola malaysia, so marilah kite buat orang luar rase bangga dengan attitude kite. eh eh...ade kaitan kah? layan jek lar
Mangsa sula menderita sakit
berita@kosmo.com.my
KULAIJAYA – Walaupun telah 11 tahun berlalu, mangsa sula, Mohd. Shah Abdul Razak, 23, dari Bandar Tenggara di sini masih menanggung azab kesakitan tanpa ada mana-mana pihak yang tampil untuk membantu membiayai kos perubatannya.
Lebih menyedihkan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sebanyak RM70 sebulan pada tahun 1999 itu pun telah dihentikan tanpa sebab pada 2002.
“Saya tidak diberitahu kenapa bantuan itu dihentikan tetapi sebagai ibu, saya sanggup ikat perut demi membiayai kos perubatannya.
“Sejak suami meninggal dunia empat tahun lalu, saya hilang punca kerana saya ada lima orang anak lagi yang masih bersekolah dan perlu ditanggung,” kata Jamilah Daud, 49, ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Setiap bulan, kata Jamilah, dia terpaksa mengeluarkan kira-kira RM500 bagi membiayai rawatan Mohd. Shah bagi memulihkan kecederaan pada dubur dan kos membeli beg takungan najis.
--------------------------------------------------------------------------------------------
simpati kepada mangsa, kesan sula bukan hanya pada fizikal, malahan mental. kesian si ibu yang terpaksa bertungkus lumus kerja dan yang lagi membebankan si ayah pula telah meninggal dunia. harap akan ada saluran yang memudahkan orang ramai untuk membantu, e.g bank akaun atau no.hp makcik jamilah.
gambar bibik@pembantu rumah yang dikaitkan dengan Rais Yatim
Thursday, January 06, 2011KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (atas) semalam menafikan tuduhan beliau terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada 2007.
Beliau berkata, dakwaan itu adalah fitnah dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara.
“Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar berhubung dakwaan salah laku atau jenayah memperkosa itu adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata: “Dakwaan perkosaan seperti dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks.”
klik sini untuk berita lanjut: Rais nafi rogol, anggap tuduhan sebagai fitnah
hasil carian di google engine, gambar bibik yang dikaitkan dengan kes rogol Rais Yatim.
adalah lebih baik kita serahkan pada pihak yang berwajib untuk menjalankan siasatan. harapan agar siasatan yang telus di jalankan. tapi ape-ape pun Allah yang Maha Mengetahui. jika terlepas balasan di dunia, akhirat akan menanti.
kita tunggguuuuuuuu hasilnyaaaaa!!!!