Menyusukan ketika berpuasa bukan perkara mudah. Persediaan mental amat penting. Apatah lagi fizikal. Jom ketahui 5 sebab susu ibu berkurangan ketika berpuasa.
Sebab #1
Mind Setting
Elakkan berfikir "Confirm, susu aku kurang puasa nanti" atau "Boleh ke kuantiti perahan dapat macam time tak puasa". Percaya dengan kuasa minda. Letakkan di kepala "Aku pasti boleh menyusukan seperti biasa walaupun puasa" atau "Aku yakin, kuantiti susu perahan tak tak berubah walaupun puasa".
Berpuasa bukanlah penghalang kepada kejayaan penyusuan ibu. Jelaskan matlamat. Elakkan kerisauan. Percaya rezeki dari Allah. Bukankah Allah yang menjaga segalanya?
Jadi tak perlu risau. Yakin dan just do it.
Sebab #2
Lari Rutin Mengepam
Disebabkan rutin baru bulan ramadan. Ibu-ibu dah mula skip atau terlepas sesi mengepam. Tahukah ibu bahawa skip rutin mengepam akan membuatkan susu ibu kurang. Jadi kekalkan rutin mengepam. Jika tak boleh pada waktu tertentu, jadual pada waktu yang lain. Sebaik-baiknya 3 jam sekali.
Atau jika ibu merasa tak larat di siang hari, tambahkan sesi mengepam di waktu malam atau waktu sebelum bersahur. Insyaallah susu tak kan kurang.
Sebab #3
Kurang Minum Air
Susu ibu dihasilkan dari air. Jika ibu kurang minum, badan ibu tak dapat berfungsi dengan baik. Badan akan terhidrasi. Ini juga menjadi sebab susu ibu akan kurang.
Sebaik-baiknya minumlah air sebanyak 3 liter sehari. Ya, walaupun berpuasa. Minumlah sedikit-sedikit pada waktu berbuka hingga bersahur. Jangan minum sekali banyak. Itu hanya akan membuatkan lebih banyak air yang akan terkeluar kembali.
Sebab #4
Mahu Kurus Di Bulan Puasa
Tak salah punya matlamat nak turun berat atau kurus pada bulan puasa. Tapi ibu perlu ingat, badan memerlukan bahan untuk menghasilkan susu. Tetaplah makan dengan seimbang. Pilih makanan yang sihat dan baik. Elakkan yang berminyak dan berlemak. Tapi jangan sesekali kurangkan pengambilan makanan secara drastik.
Makan 5 kali (pada waktu berbuka hingga bersahur) dalam portion yang sedikit. Jangan lupa masukkan karbohidrat, protein dan fiber dalam makanan ibu-ibu ya.
Sebab #5
Tak Menjaga Pemakanan
Ramai juga yang terjerumus. Pilihan berbuka yang sedap semata-mata. Hingga mengabaikan kualiti makanan yang dimakan. Makan mahu sedap. Juga ibu tak sensitif akan makanan-makanan yang bagi sebab susu ibu kurang. Pilih makanan yang berkhasiat.
Ya mungkin kekangan waktu menyebabkan main sambar je makanan yang ada di bazar ramadan. Lengkapkanlah makanan yang diambil dengan makanan tambahan. Pilih makanan tambahan yang membantu menjaga kuantiti susu yang dihasilkan. Juga yang mampu mengawal atau menyeimbangkan bendalir dalam badan. Agar ibu tak terhidrat, dan susu yang banyak akan dihasilkan. Walaupun puasa.
Penting bagi ibu untuk mengambil makanan tambahan. Prof. Muhaya juga menyarankan setiap dari kita untuk mengamalkan supplement. Kerana makanan zaman sekarang semakin kurang khasiat dan nutriennya. Apatah lagi, badan kita kan amanah Allah. Jadi jagalah sebaik mungkin.
Apatah lagi bagi ibu-ibu yang menyusukan. Tenaga yang diperlukan lebih dari orang biasa. Ambil sesuatu yang membantu ibu kekal bertenaga dan susu kekal banyak walaupun puasa. Apa salahnya melabur untuk kesihatan sendiri. Lagi-lagi sebagai persediaan bulan Syawal. Mestilah ibu nak nampak cantik dan bertenaga.
Jangan hanya baju raya dan handbag yang ceria. Tapi tuan punya badan nampak kusam je, walaupun dah tepek-tepek make up di muka.
Jadi selamat mengerjakan ibadah ramadan dan terus menyusukan anak.
Nota: Set Triple Gems (Set Tambah Susu Khas Bulan Puasa). Harga biasa RM345, harga special RM2XX.XX. Hanya 50 unit, TERHAD!