Gastrik, antara alasan popular kenapa tak boleh nak berpuasa. Tapi takkan nak pasrah 30 hari tak puasa. Ada rawatan alternative untuk gastrik nie. Selain dari ubat kapur yang doktor bagi. Atau Gaviscon yang tak sedap.
Ada beberapa cara 'Home Remedies' yang boleh diguna untuk merawat gastrik. Jom tengok:
- Elakkan ambil makanan dan minuman yang berasaskan susu. Sehingga masalah penghadaman selesai.
- Minum 8 gelas air sehari. Lebih kurang 2 liter sehari.
- Ambil Vitamin E 400IU, untuk kurangkan keradangan di dalam perut
- Gigit atau buat air halia, bagi mengurangkan angin di dalam perut.
Apa itu Gastrik?
Adalah radang yang dihadapi pada dinding perut pesakit. Gastrik yang berterusan boleh membawa kepada risiko kanser colon. Jadi jangan ambil mudah. Rawatlah gastrik.
Punca Gastrik?
Jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) adalah punca utama ulser perut atau gastrik ini.
Bagaimana Boleh Terjadi?
Dalam proses penghadaman satu asid akan dikeluarkan. Asid ini disebut sebagai hidroklorik. Bersifat hakis dan boleh melarutkan besi. Jika asid ini lebih dari mukus atau cecair bikarbonat di dalam perut. Maka akan mencetus rasa sakit yang dipanggil gastrik.
Pesakit gastrik masih boleh mengelak dari terkena serangan. Paling utama, pilihan makanan. Ada makanan yang selamat, juga makanan yang patut dielak. Usah semberono, tibai semacam.
Makanan Selamat Pesakit Gastrik
- Hampir semua sayuran dan buah-buahan selamat dimakan.
- Pilih makanan yang tinggi antioksidan dan flavonoids, seperti 'grape fruit'
- Makanan yang kaya fiber seperti kacang, peas juga baik untuk di makan.
- Nasi, roti, biskut, dan oatmeal.
- Makanan yang tinggi protein, seperti Soya Shaklee juga amat baik.
- Pilihan makanan laut, ayam atau daging juga tak mendatangkan mudarat.
- Guna minyak sayuran seperti 'olive oil' ketika memasak.
Mempunyai kandungan protein asli dua kali ganda dari daging. ESP bersifat rendah indek glisemik. Makna ESP adalah makanan yang lambat dicernakan. Bermakna perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan. Secara tak langsung, risiko untuk luka atau ulser perut dapat dikurangkan.
Protein Shaklee juga bantu hasilkan sel-sel baru. Bermakna luka di dalam perut dapat disembuhkan dengan lebih cepat.
Testimoni ESP Rawatan Untuk Gastrik:
Makanan Bahaya Pesakit Gastrik
- Elakkan lada, atau lada hitam/lada sulah.
- Kentang kerana banyak angin.
- Makanan berasaskan susu.
- Gantikan daging merah kepada ayam atau ikan.
- Elak makanan yang berminyak.
- Kurangkan gula dan garam dalam makanan.
- Elakkan kopi, alkohol dan minuman yang ada kaffein.
Senang cerita, amalkan cara hidup yang sihat. Makan berpada-pada. Jangan aniaya badan sendiri. Amanah Allah untuk kita. Jangan jadikan gastrik alasan seumur hidup tak boleh berpuasa di bulan mulia nie. Jika betul nak melaksanakan puasa, insyaallah ada jalannya.
Jangan pasrah tak tentu pasal, sedangkan tak usaha lagi cari penawar. Moh berpuasa dengan penuh kesedaran dan sihat. Jadi bolehlah memburu point-point yang Allah tawarkan.
Boleh tambahkan Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus sebagai rawatan untuk gastrik. Ostematrix adalah kalsium, kandungan yang sama dalam 'ubat putih' hospital bagi. Dalam bentuk tablet. Telan saje. Badan pun hilang lenguh dan senang membuang. Peppermint Ginger Plus bertindak keluarkan angin penyebab pedih ulu hati. Baunya segar, juga dalam menghilang loya mual ketika mengandung.
Dapatkan Set Gastrik sekarang!
Dapatkan Set Gastrik sekarang!