Makanan adalah punca badan sihat dan sakit. Boleh cuba 15 makanan di bawah yang boleh elak sakit jantung:
1-Herba Segar
Tak susah nak dapatkan, di Cold Storage ada. Ataupun kalau anda ada
lebih rajin, tanamlah sendiri. Sudah pasti 100% segar. Herba seperti
sage, oregano, rosemarry dan pegaga kaya dengan anti oksidan.
Anti oksidan inilah yang akan meningkat fungsi dan kesihatan jantung.
2-Resveratrol
Mungkin anda tak pernah dengar tentang resveratrol. Dulu ianya hanya
boleh didapati dari wain merah. Tapi kalau anda Muslim, takkanlah mahu
togok wain pula.
Berkat ilmu Allah swt yang super luas. Maka saintis berjaya cipta
resveratrol yang halal untuk diminum. Dikenali sebagai Vivix Shaklee.
3-Salmon
Ikan import atau ikan mat saleh ini memang mahal harganya di
Malaysia. Sebagai gantian anda boleh makan ikan air tawar yang segar.
Boleh pergi ke pasaraya seperti AEON Big untuk dapatkan ikan air
tawar yang segar ini. Omega 3 di dalam ikan tersangatlah baik untuk
kesihatan jantung. Menurunkan LDL (kolestrol jahat) dan menaikkan HDL
(kolestrol baik).
4-Extra Virgin Olive Oil
Ini tak sama dengan minyak masak cap Buruh atau cap Pisau. Selain
dari sumber yang berbeza. Minyak ini juga tak elok digunakan kalau anda
mahu masak asam pedas atau sambal tumis.
Extra virgin olive oil ini, anda boleh letakkan di dalam salad. Atau
‘stir’ ikan atau dada ayam. Api yang terlampau panas boleh menukarkan
minyak mahal ini kepada toksik yang tiada harga.
Bila dah jadi toksik, tiadalah berguna untuk elak sakit jantung.
5-Keledek
Pergi ke dapur dan bungkus semua kentang yang ada. Jangan buang. Tapi
sedekahlah pada orang lain yang lebih sihat. Keledek adalah alternatif
terbaik kepada kentang.
Selain kaya dengan khasiat, rasanya juga lebih sedap. Dan ianya lebih
tahan lama di dalam perut. Makna anda akan rasa kenyang lebih lama.
Jadi tak payahlah anda nak buat-buat lapar.
6-Sterols
Ini bukan kolestrol, tapi sterols yang boleh bantu turunkan paras
kolestrol jahat. Anda boleh makan tomato atau lobak untuk dapatkan
sterols ini.
Tapi jika anda jenis nak makan tomato pun jadi seram. Boleh cuba
telan Phytocol-ST. Produk terbaru Shaklee. Satu-satunya produk yang
boleh sepak kolestrol keluar sebelum sempat ia bertahta di dalam salur
darah.
Salur darah yang luas dan tak tersumbat dengan lemak, boleh elak sakit jantung dengan baik.
7-Oat
Pernah tengok iklan Quaker Oat? Ada scene oat menyerap minyak aka lemak.
Begitulah oat bertindak bila sudah masuk ke perut anda. Menyerap kolestorol jahat. Dan elak sakit jantung.
Rasa oat mungkin tidaklah sedap. Tapi cubalah telan kalau anda sayang jantung. Dan tak mahu mati sebab serangan jantung.
Kolestrol dari makanan-makanan sampah macam McD inilah
yang tambah ‘kesihatan’ jantung anda. Makin banyak kolestrol masuk.
Salur darah pun jadi sempit. Alamatnya lebih mudahlah anda terkena
serangan jantung. Atau silap hari bulan, dapat pakej darah tinggi
sekali. Ish takut!
Janganlah nak tunggu sampai kena serangan jantung baru nak bertindak.
Jagalah makan. Jangan makan sampah. Jangan tunggu sampai dah kena 'heart attack' baru nak cari ubat. Makan barang baik. Nak lagi baik tambah supplemen macam Phytocol-ST, Vivix dan Omega Guard.
Harga supplemen ini semua 10 kali lebih murah nak banding dengan bil hospital anda.
Klik sekarang untuk membuat belian —> http://bit.ly/UX2dxM
Atau jika anda nak berborak dan perlukan konsultasi tentang Shaklee, terus hubungi saya di 016 773 1892.