5 Tips Senang Kurus di Bulan Puasa, Raya Badan Baru
Wednesday, March 15, 2023Tak lama lagi nak masuk bulan puasa, mesti ramai yang tengah cari cara nak kuruskan badan. Naktak kalau saya kongsikan tips senang dan Insyaallah berkesan. Tak payah susah-susah kira portion, sekat makan dan pastinya tak payah masak lauk 'eat clean'.
Tak payah fikir banyak, buat je tips-tips yang bakal saya kongsikan sekejap lagi. Saya sendiri dah buat tips-tips ni dan berkesan. Suami dan anak-anak pun dah tegur perut saya dah kempis.
Saya pun nak korang pun dapatkan benda yang sama, berat turun dan perut jadi kempis.
Buat 5 Tips Senang Kurus Masa Puasa
1. Makan Telur Waktu Sahur
Telur antara sumber protein yang baik dan paling penting murah. Yelah murah kalau nak banding dengan binatang lain, eh telur ni binatang ke? Hehe.
Korang makan je dua atau tiga biji. Tak kisah nak buat scramble, omelette, telur bungkus, telur bistik ke asalkan tekak dan perut gembira. Nak kurus mood kena happy, barulah berat senang nak turun.
Kalau tak suka telur, korang ganti je dengan protein lain. Tak payah makan nasi ke roti ke? Iya tak perlu, cukup kenyangkan perut dengan protein.
2. Elak Makan Nasi Masa Berbuka
Ramadan kali ni kita tukar, berbuka tanpa highly processed carbo atau kita panggil simple carbo. Contohnya nasi, mee, bihun atau roti. Tapi complex carbo korang boleh makan, contohnya sayuran hijau.
Senang cerita korang fokus makan je lauk, dan makan sampai rasa kenyang. Tak perlu sukat, tak perlu kira kalori. Dan tak payah nak ber'eat clean'.
Senang sebab kalau masak tak payah masak asing-asing, satu lauk dah cover untuk satu family. Kalau time malas masak korang boleh je terus tapau lauk kegemaran.
Lepas tu makanlah dengan gembira di waktu berbuka.
Satu perkara yang saya perasan bila buat diet begini perut tak rasa bloated. Lepas tu energy tu maintain je, badan tak rasa sluggish. Bersin-bersin waktu pagi pun dah kurang sangat.
3. Teruskan Puasa Kuih Muih
Kuih ni nampak je kecik, tapi kandungan karbohidrat tinggi. Waktu berbuka kan awal malam, malam ni fitrahnya Allah ciptakan untuk kita berehat. Makanya kita tak perlukan tenaga yang tinggi, jadi apa kaitan dengan kuih?
Kuih kan berkarbohidrat, karbo ni bila masuk dalam badan ia akan bertukar menjadi glukos (gula). Inilah yang diperlukan badan kita untuk bergerak. Tapi jika berlebihan dan tak digunakan, ia akan bertukar menjadi sel-sel lemak.
Bila lemak dah makan banyak, maka susahlah nak kuruskan badan.
4. Makan Lauk Sampai Kenyang
Ini penting, memang saya dah sebut tadi. Tapi nak ingatkan sekali lagi. Mohon makan sampai kenyang, bukanlah kenyang sampai tersandar. Tapi cukup buat rasa perut tu penuh.
Sebab apa? Ini untuk elakkan cravings untuk makan dessert atau keropok kerepek atau pun kuih raya yang korang dah beli dengan opismate tu.
5. Katakan Tidak Pada Air Manis
Kalau korang perasaan, memang dari tadi saya tekankan pasal elakkan gula berlebihan. Air manis, inilah benda paling bahaya. Katalah korang beli Choc Chips Frappe, iya betul rasa creamy, coklat pekat...dan apa yang korang tak sedar atau nampak bersudu-sudu gula dalam tu.
Cuba korang bayang sanggup ke korang minum air gula?
Tukarkan air manis tu dengan air kosong. Tak suka? Kena juga cuba untuk suka, habits ni kita boleh tukar.
Bukan ke orang kata, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Macam mana, agak-agak korang mampu tak? Insyaallah boleh. Tapi niatnya mestilah betul, kurus kerana Allah.
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,الْمُؤْمِنُ الْقَوِىُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِى كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّى فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا. وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, keduanya tetap memiliki kebaikan. Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah, maka janganlah engkau katakan: ‘Seandainya aku lakukan demikian dan demikian.’ Akan tetapi hendaklah kau katakan: ‘Ini sudah jadi takdir Allah. Setiap apa yang telah Dia kehendaki pasti terjadi.’ Karena perkataan law (seandainya) dapat membuka pintu setan.”([1])
Sumber: bekalislam
Jadikan usaha kuruskan badan ini sebagai satu ibadah. Itulah untungnya kita orang Islam, kalaupun masih belum dapatkan apa yang kita mahu, tapi kalau kita buat sebab Allah pasti sudah dicatat kebaikan kita disana.
Kita kurus pun sebab kehendak Allah, maka berdoa supaya Allah bantu kuatkan kita untuk capai apa yang dihajati.
Tak payah target nak pakai kebaya ketat tau, kalau dah kurus baju baggy pun nampak cantik je tau. Semoga berjaya.
0 comments