lagi kisah bayi tersedak susu

Thursday, August 18, 2011

maaf, terlepas baca yang bayi ini disusukan badan oleh ibunya. maaf atas kesilapan eray ye wahai pembaca. apa-apa pun berbalik kepada pengawasan, tak kira susu badan atau susu botol. jangan tido semasa menyusukan bayi. tapi jika berlaku juga, ia adalah ketentuan dari Yang Maha Esa. sekali lagi, maaf atas kesilapan eray.
.........................................................................................................................

it's like never ending news. memang ajal bayi tersebut sudah tiba, tapi sebagai manusia yang dikurniakan akal mesti fikirkan cara nak prevent kemalangan ini berlaku lagi. banyak sebab, ibu/bapa/penjaga tertido semasa beri anak susu 'melalui botol'.

ciptaan Allah adalah yang sempurna, diberikan anggota yang berharga tersebut untuk para ibu-ibu untuk menyusukan bayi, bukan sebagai tatapan atau hiasan semata. ia adalah untuk mengeyangkan bayi yang kelaparan.

memang betul, tak semua ibu-ibu ada fikiran yang sama untuk menyusukan bayi mereka...ada reason tersendiri yang mungkin kita ibu-ibu yang menyusukan bayi tak paham. atau mungkin si ibu ada penyakit. pilihan masih terletak ditangan ibu-ibu sekalian.

walaupun berikan susu melalui botol, perlu ada pengawasan dari ibu/bapa/penjaga. pernah eray saksikan sendiri, bayi berusia 2 bulan, menyusu guna botol, ibu tersebut hanya melipat tuala agar tebal dan diletakkan botol susu disisi bayi. tidak dipegang, kemalangan boleh terjadi pada bila-bila masa.

betul, walaupun ibu yang menyusukan bayi juga perlu menggunakan botol sebagai pemudah cara menyusu anak kerana ibu-ibu berkerja, tapi macam yang eray mention tadi, perlu pengawasan. atau mungkin ibu/bapa/penjaga boleh berikan susu kepada bayi menggunakan cawan kecil atau syringe. detail cara menggunakan cawan kecil dan syringe boleh ke blog sarakids ini.

jadi ibu/bapa/penjaga, fikir-fikirkan lah yang terbaik untuk kita semua.

---------------------------------------------------------------------------------

Bayi 3 bulan mati tersedak susu


Oleh Adha Ghazali


adha@bharian.com.my


2011/08/18

MOHAMAD NUR IFFAN, meninggal tersedak susu.

MOHAMAD NUR IFFAN, meninggal tersedak susu.
Abang lihat darah bercampur susu mengalir dari hidung mangsa


PADANG BESAR: “Sedih, sebak dan sayu. Hanya Tuhan tahu perasaan saya apabila melihat tubuh Nur Iffan yang sudah tidak bernyawa itu. Saya hanya mampu peluk tubuh Nur Iffan yang kecil dan cium dia berkali-kali. Itu semua sudah terlambat kerana dia pergi meninggalkan kami.“Kedatangan Aidilfitri yang hanya berapa lama lagi ini tidak bermakna buat kami sekeluarga, namun saya reda dengan apa yang terjadi,” kata Ramlah Ibrahim, 27, ibu Mohamad Nur Iffan Md Yussof, tiga bulan, yang meninggal dunia awal pagi semalam, dipercayai kerana tersedak susu ketika tidur.Tambah menyayat hati, pemergian bayi lelaki yang juga anak bongsu lima beradik itu ketika umat Islam semakin hampir menyambut kedatangan Aidilfitri yang bakal menjelang dalam tempoh kurang dua minggu lagi.

Berdasarkan maklumat, Mohamad Nur Iffan disedari mengalami pendarahan pada hidung jam 3 pagi, sejurus ibunya tersedar daripada tidur di rumah mereka di Taman Sri Tunjung, Beseri, dekat sini.

Terdahulu, Mohamad Nur Iffan dikatakan tidur bersama ibunya selepas diberi susu badan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Ramlah hanya menyedari bayinya tidak bernafas selepas dikejutkan anak sulung berusia 12 tahun yang melihat darah bercampur susu mengalir dari hidung bayi itu.
Katanya, dia dan suami, Md Yussof Md Amin, 48, baru bercadang membelikan Mohamad Nur Iffan baju raya kerana sukar berbuat demikian disebabkan tubuh bayi itu agak kecil berikutan lahir tidak cukup bulan.

“Saya masih ingat senyuman yang disertai ketawa riang Nur Iffan ketika dia dimandikan petang semalam (kelmarin), sedangkan sebelum ini dia tidak pernah ketawa sebegitu,” katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes terbabit yang dibuat bapa mangsa kira-kira jam 5 pagi semalam.

“Kes diklasifikasikan mati mengejut. Bagaimanapun, kita sedang menunggu hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa untuk mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dalam kes terbabit,” katanya.


You Might Also Like

2 comments

  1. tp yg ni diberikan susu badan ray. i think sebab overfed kut..jd dah terlebih minum smpai boleh tersedak dan tercekik..dah ajal begitu tp sedih membcanya kan..

    ReplyDelete
  2. a ah lah amirah...eray tak terbaca lak tang tuh.....maaf ye.

    mungkin juga, atau baby sesak nafas....xpe tempat lebih indah untuk baby tuh, insyaallah.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube