post mortem report: hujung minggu bersama rayna

Monday, February 21, 2011

peratusan kejayaan aktiviti yang dirancang adalah 50%. berikut adalah maklumat lanjut:

aktiviti: collage
persedian: ibu telah melukis sebiji apple & mengoyakkan helaian catalog ikea yang bewarna merah & hijau.
hasil: ibu mula menampal corekan kertas sambil berkelakuan mengujakan supaya rayna tertarik. tapi sayang, rayna hanya datang menyepahkan kertas. ibu masih tak putus asa, beri gam pada rayna. tapi, rayna suruh lap, mungkin geli sebab pertama kali pegang gam.
akhirnya, ibu sorang yang menyiapkan collage & rayna hanya memerhati dari jauh.
corrective action: ibu akan lukis gambar yang lebih menarik, dan berusaha sampai rayna suke nak buat.

aktiviti: colouring & scribbling
persediaan: art box by toy r us
hasil: contengan yang menarik dari rayna, coloring pun jadi seperti contengan
corrective action: terus bagi exposure cara mewarna yang betul, insyaallah she will master it sometimes soon.

aktiviti: phonics ABC
persediaan: iPad
hasil: hanya beberapa kali memberi tumpuan & menyebut dengan betul. lepas tuh terus bukak game angry bird dan bermain.
corrective action: ibu akan delete angry bird & akan tinggalkan learning apps sahaja. tapi nanti macam mane ibu nak main angry bird?

ada juga aktiviti-aktiviti lain yang berjaya 100% dijalankan tanpa dirancang iaitu bermain air, bermain di playground, berlatih memanjat tv cabinet tanpa menggunakan alat bantu.

kesimpulan:
rayna & ibu sungguh gembira dapat menghabiskan masa bersama-sama (ayah keje both saturday & sunday). nanti ibu akan cuba lagi jadikan hujung minggu kita lebih menarik & gembira.

foot note: entry kali ini ala-ala laporan rasmi sebab tengah khusyuk membuat SOP......wohooooo!

You Might Also Like

2 comments

  1. wa...bestnya aktiviti..! kena try yg simple2 dulu kut eray..

    ReplyDelete
  2. game angry bird sorok dlm folder, apps utk learning tools letak depan2.

    *kalau iphone leh buat folder utk apps tu, ipad pun mesti boleh rasanya*

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube