sometimes excuses yang tak masuk dek akal or just simply excuses macam MALAS
MALAS
bile dah digunakan sebagai satu alasan
memang sukar kita nak patahkan atau tingkahkan semula alasan itu
yesterday during my 3rd pumping sessions
sementara tengah tunggu susu diproducekan
berbuallah eray dengan kawan dalam surau
kawan tue dah sarat pregnant tinggal nak meletup jek
eray: huh susu formula makin mahal ek sekarang
kawan: tuh lah memang dah mahal, pening kepala
eray: nanti second baby nie bagi lah susu ibu, FREE jek (sambil tersengih)
kawan: hehehehehe....dulu masa anak first bengkak2 breast nie, pergi kat toilet buang jek
eray: errrrkk...buang? kenape?
kawan: MALASSSS lar nak pump
eray: gulp! telan air liur sambil....OWH YE KE???
kawan & eray: ..........senyap.........
sedih jugak rase dihati bile kawan kate die buang saje susu badan die
sedang ada ramai ibu2 kat luar sana yang sungguh2 nak susukan baby with the best milk in the world
to me susu ibu adalah sumber makanan yang suci
so tak patut sewenang-wenangnya dibuang
rezeki suci yang diberikan kepada semua ibu untuk diberikan kepada semua bayi yang baru lahir
so pilihan terletak ditangan kita
fikir2kan lah.........
macam mane nak menang?
jom join contest Baby of The Year (BOTY)
actually eray saw the advertisement semalam in newspaper
quite interesting
cara2 penyertaan:
- beli product Johnson's Baby & simpan resit pembelian
- sediakan 2 keping gambar anak (saiz 3r/4r) & gambar perlu mempamerkan seluruh wajah & keseluruhan badan baby
- hantarkan penyertaan through pos, email or in-store
hadiah2 yang ditawarkan agak menarik
- hadiah utama: rm 15,000
- haidah kedua: rm 8,000
- hadiah ketiga: rm 5,000
jom ler same2 join
heheh saje nak test market rayna nie
doakan yek kejayaan rayna
mentau bley jadi Baby of The Year
TADAAA!!!! after 1 day consuming colorful multivitamins from SHAKLEE, my normal white milk turns into yellowish/greenish yummmeehh milk. alhamdulillah.
eray notis not even the color, but texture of the milk also change, jadi lebih pekat dan creamy. so eray nak share my good experience using SHAKLEE multivitamins.
ini adalah beberapa perubahan yang eray nampak pada rayna:
- rayna dah tak cranky bile minum susu
- rayna tak ambil mase yang lame untuk rase kenyang bile menyusu
- eray tak perlu sedia banyak2 EBM untuk babysitter, 16oz or 12 oz dah cukup untuk rayna. susu lebih pekat so rayna cepat kenyang
- rayna jarang2 selsema, sebab sebelum ni rayna memamg sangat mudah kene selsema
- kulit rayna jadi tahan lasak. rayna memang easily kene ruam & amik mase for the rashes to go away. tapi lepas ambil Set B secara konsisten, if rayna kene ruam pun cepat jek nak baik.
- eray tak mudah penat, kalau dulu pukul 9 malam dah ngntuk & tertido. sekarang pukul 12am pun steady lagi. heheh of course have more pleasure time with mr. hubby :D
- rambut eray tak gugur banyak sangat dah. rambut gugur macam disaster for eray mase lepas deliver, so now alhamdulillah tak banyak sudah. kurang kerje menyapu.
- eray tak mudah demam & selsema. nursing mom memang kene maintain kesihatan, if kesihatan maintain & bagus insyaallah quality & quantity susu pun bagus.
- hasil perahan during office hours increase dalam 2-3oz per day. before this only 12oz total per day, but now 14-15oz per day
when is the best time to have SHAKLEE? the best time is right after your dinner. the result maybe varies, 1 day, 3 days or more it will depends on your body reaction towards the multivitamins. apa yang penting adalah sabar & bertawakal kepada Allah semoga susu kita jadi sumber makanan yang paling baik untuk anak kita.
so my dear friend, wanna feel the same experience as mine? so MAKANLAH SHAKLEE. if berminat nak TEST, CUBA, TRY the Trail Pack Set B Shaklee nie, just drop your order in my comment box or email eray2311@gmail.com or you can call me at 016 773 1892.
Just gimme your NAME, ADDRESS & PHONE NO. so hurry, jom pekatkan susu ibu sama-sama :D
footnote: eray dah guna Set B SHAKLEE since last 3 months, but only today eray nak share. why today? sebab eray mahukan pastikan hasil yang konsisten. and SHAKLEE proves it.
'GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency' atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.
Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).
Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.
Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi
Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.
Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.Rawatan
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.Penting kepada para Ibubapa ... ketahui kesihatan anak anda ....
Benda ini biasanya tertulis di dalam kad kesihatan anak anda (biru @ pink) ....
Sekiranya anak anda ada penyakit ini sila elakkan mereka daripada benda2 yg menyebabkan 'hemolisis' darah merah
so my dear reader, kita doakan kesejahteraan & keselamatan baby iman, agar dijauhkan dari sebarang penyakit. hopefully baby iman will come home very soon.
insyaallah bakal mengubah yang putih kepada kuning yang lazat & enak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadddddddaaaaaa inilah dia yang ditunggu SET
B (Trial Pack) only RM80.00, siap dapat free gift lagi
apa yang ada dalam nie?
- Vita-Lea (multivitamins)
- Alfalfa
- B-complex
- Vita-C
apa yang penting untuk susu ibu?
kuantiti but then quality juga very derrr important
so interested mummy
boleh cube
its nuttin to lose....seriously
tunggu ye nanti eray update testimoni menggunakan vitamin SHAKLEE, bagaimana ianya memberi added value kepada susuku :)
if korang dah teruja ngn introduction nie, boleh la g melawat myshakleestore
sources from: www.nbci.ca
- ibu tidak hasilkan susu yang cukup
- penyusuan ibu menyakitkan
- susu tidak cukup pada awal kelahiran
- peruntukan 20min/15min/10min untuk setiap breast
- baby perlu minum air
- baby perlu vitamin D
- ibu perlu basuh nipples sebelum menyusukan anak @ memerah susu
- memerah susu cara yang baik untuk mengetahui jumlah susu dalam breast
- zat besi tak cukup dalam susu ibu
- lebih mudah beri susu menggunakan botol dari breastfeed
i will share more in my next entry :)
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .
:Kelentit wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita.Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin
29 Nov 2006
8 Zulkaedah 1427 H
huh tak logic sungguh
rase kelaka pun ade
if nak duit pon buatlah cara yang bijak sikit
huh manusia2 kadang bile buat jahat sampai tak boleh nak pk logic ke tak
How's everything on your end? This has had to come in a hurry and it has left me in a devastating state. I travelled to Uk for a volunteer Training Program (VTP), and unfortunately for me all my money was stolen at the hotel where I lodged by robbers. The Embassy only cleared me of my travelling documents and ticketing since I came in on unofficial purposes. I didn't bring my phones here and the hotel telephone lines were disconnected during the robbery incident,so I have access to only emails.
Please can you lend me £1160 for me to relocate to another hotel and also get another flight ticket. As soon as I get home I would refund it immediately.
I am looking forward to hearing from you.
Thanks and Regards
Anuar
pasti air mata ini akan mengalir
mungkin naluri keibuanku yang semakin menebal dalam diri
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
tak tergambar kesedihan & keperitan yang ditanggung ayu & syahrul
ya Allah! berikanlah kekuatan kepada mereka
berikanlah sinar kebahagian untuk ayu sekeluarga
aku & ayu tidak pernah bertemu mata
hanya sekali saja bersua
itupun melalui facebook
tapi aku merasa seperi aku seakan memahami perasaannya
merasai setiap kesedihan yang dirasanya
tapi aku tahu ianya ternyata lebih perit untuknya
alanna qish pasti sedang berbagia disana
menanti ayu, syarul & nadime untuk bersama semula
masanya akan tiba
yakinlah Allah pasti akan memberikan semula kebahagian kepada kalian
setiap kesedihan pasti akan ada kegembiraan
yakinlah ayu.....
Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja
Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.
Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.
Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.
Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.
Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.
Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.
JAWAPAN
Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.
Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-
فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام
Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)
Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s.
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)
Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.
Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.
Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-
1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.
Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.
2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.
Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.
Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.
3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.
Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.
eray termasuk dalam group nie :), pernah tanya ustaz kat opis eray & dia cakap selagi apa yang di layari ada faedah tak mengapa, tapi dengan syarat kerja mesti beres dulu.
Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.
Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.
Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.
KESIMPULAN
Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.
Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan. Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA' kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang' dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu'alam
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
29 Jun 2010
Brunei Darus Salam
the best friend of mine comes again to see me
waarrgghh!! baru je bajet2 nak posa penuh ramadhan nie
nampaknya tak kesampaian
insyaallah mane tau tahun depan lak dapat pose penuh
hehehe...upppss!!!
sampai kat rumah, biase rayna akan aktif berjalan tawaf satu rumah. tapi semalam die duduk jek & nak gerak pun die merangkak saje. pas2 eray notis die meneran yak2 sambil menanges cakap mama & trus datang peluk eray.
erm pelik jugak, sebab tak pernah jadi pun sebelum nie. siasat punya siasat.....sah rayna kene sembelit. rayna cuba gak tuk yak2 malam tadi, tapi eray rayna die trauma kut & die tahan yak2 smpi tertidur. kesian anak ku.
pagi tadi, memang rutin harian tukar diaper die sebelum hantar kat kak lela. as usual mr hubby yang akan tukar n rayna sangat enjoy that moment sebab die bley main air. tapi pagi nie lain, die menanges...nanges kesakitan nak teran yak2.
pas2 mr. hubby notis yang yak2 die bagai telur dihujung tanduk & paksa rayna keluarkan juga. mr hubby suh rayna squat & wallahhhh there it goes. keluar 2 biji batu permata nilam yang sangat keras. alhamdulillah.
so pagi tadi smpi opis lewat skit sbb bertarung dengan sembelit rayna. on da way pegi umah kak lela rayna dh nampak normal. and tadi eray call kak lela, she said rayna looks very fine & dah berjalan2 macam biasa & tak nanges2 lagi.
so pagi nie jugak aku gugel cara atasi sembelit. eray tak nak pisang berbuah berkali. so here is the tips:
to soften the stool
- campur i sudu teh brown sugar dalam susu (formula/susu ibu). campuran nie sangat berguna untuk melembikkan stool
- bagi jus plum/pear atau buah plum/pear, bertindak untuk melembikkan stool juga
to avoid from constipation
- ubah pola makanan bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas. lebihkan makanan yang berserat tinggi macam sayur & buah (contoh: betik, tembikai or plum)
- tambah kuantiti air dalam intake harian anak
bagi kes2 yang lebih serius, contoh sembelit tiap kali nak yak2. bolehlah campurkan 1 sudu tepung kanji/sagu dalam setiap bancuhan susu baby. jika kesannya bayi cirit birit, hanya berikan sekali sahaja campuran tepung kanji/sagu dalam susu.
if korang nak tau lebih & lebih lagi, klik lar disitu.
early prevention is better than healing it :)