manusia semakin gila!
Tuesday, February 09, 2010beberapa hari ini, kita dikejutkan dengan berita2 yang menyayat hati...kelmarin kematian bb berusia 5 bulan akibat perbuatan jahanam ayah sendiri. apa telah jadi dengan masyarakat kita, mengapa manusia semakin ganas dan tidak berperikemanusian.
aku sering tertanya2 kemanakah akal fikiran kita yang rasional? adakah telah hilang ditelan dengan kepesatan teknologi yang semakin membanjiri diri kita? adakah kerana akses maklumat yang tiada sempadan? atau adakah kerana kita semakin lupa dan jauh dengan pencipta kita Ya Allah?
pernah korang dengar kisah pemuda dan tukang gunting rambut? Pada suatu hari, seorang pemuda bergi ke kedai gunting rambut. Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu tentang banyak perkara dan tiba ke perbincangan berkaitan Tuhan.
“Saya tidak percaya kewujudan tuhan.” Kata tukang gunting rambut.
“Kenapa awak kata begitu?” Tanya pemuda itu dengan nada terperanjat.
“Mudah saja. Saudara keluar dari kedai ini, perhatikan di jalan dan saudara bersetuju dengan saya. Sekiranya Tuhan wujud, kenapa ada orang yang sakit? Kenapa ada anak-anak yang terbiar? Sekiranya benar Tuhan wujud, pasti tidak ada kesengsaraan. Saya yakin Tuhan tidak membiarkan sahaja perkara sedemikian.”
Pemuda itu senyap sahaja kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang menggunting rambut.
Selepas itu, pemuda itu meninggalkan kedai gunting rambut. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki di jalanan yang kusut masai. Rambutnya panjang dan tidak terurus.
Pemuda itu kembali masuk ke kedai gunting rambut tadi. “Awak tahu sesuatu? Saya tidak rasa tukang gunting rambut wujud!”
“Eh, bagaimana pula?” Tanya tukang gunting rambut itu. “Saya seorang tukang gunting rambut dan saya ada di sini!”
“Tidak! Mereka tidak wujud kerana jika mereka wujud, sudah tentu tidak ada manusia yang berambut panjang seperti lelaki di jalanan itu.”
“Ah, begitu rupanya. Habis, mereka tidak dating mencari saya.”
“Tepat sekali!” jawab pemuda itu dengan senyuman. “Tuhan memang wujud cuma manusia yang tidak berusaha mencari Nya. Sebab itulah wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ini.”
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
nah, adakah kita rasa terpukul dengan kisah ini? bersyukurkah kita dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita? kerja yang bagus, rumah yang elok, anak-anak yang comel dan bermacam-macam lagi nikmat? cukupkah kita mengingati DIA?
Ya Allah jadikanlah aku sebagai hambaMu yang bersyukur, lapangkan dan luaskan hati ini agar aku sentiasa berusaha mendekatkan diri padaMu, kurniakanlah rindu yang maha hebat untuk bertemuMu Ya Allah.
0 comments