Kekurangan protein semasa hamil boleh menyebabkan keguguran. Jadi untuk elak keguguran, ibu perlu pastikan mengambil protein yang cukup dan SELAMAT.
Terdapat sesetengah sumber protein seperti tuna dan ikan sardin yang agak bahaya jika diambil boleh ibu mengandung. Ini kerana ikan-ikan tersebut mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Ini boleh membahayakan ibu dan anak yang dikandung.
Lebih baik pilih ikan sungai yang kurang terkena pencemaran, seperti talapia, siakap dan juga ikan keli. Tinggi kandungan protein, rendah lemak dan kaya dengan Omega 3 untuk perkembangan otak bayi.
Tahukah ibu? Bahawa protein sangat penting semasa trisemester pertama dan kedua. Kekurangan protein boleh menyebabkan janin gugur. Protein yang mencukupi diperlukan untuk perkembangan tisu-tisu pada janin. Juga memastikan perkembangan yang baik untuk otak bayi yang dikandung. Dan lebih penting lagi bantu elak risiko keguguran.
Protein juga sangat diperlukan bagi memastikan badan ibu menghasilkan lebih darah untuk menyokong kandungan. Protein kaya dengan asid amino yang membantu menghasilkan wajah bayi yang comel dan semua sel-sel di dalamnya. Protein juga sangat menyumbang kepada perkembagan organ-organ bayi untuk membolehkan bayi ada bernafas, berjalan, bercakap dan menjadi bijak apabila dia membesar.
Sumber protein boleh didapati dari:
- Ayam
- Daging
- Telur
- Susu
- Ikan
- Kekacang
- Dan pelbagai lagi
Tapi persoalan yang ibu perlu tanyakan pada diri sendiri, cukupkah protein yang diambil? Ini kerana sewaktu awal kehamilan ibu mungkin mengalami mabuk teruk dan tidak selera untuk makan. Sudah tentulah tidak cukup jumlah protein yang diambil. Sebagai pelengkap ibu boleh mengambil serbuk soya. Tapi pastikan serbuk soya tersebut selamat. Bagaimana nak tahu selamat? Boleh baca di sini.
Kebanyakan ibu zaman sekarang bekerja. Waktu tengahari kebiasaannya akan makan di kedai makan. Tahukah ibu, bahawa kandungan protein di dalam ikan atau ayam boleh merosot kerana cara penyediaan makanan tersebut.
Contohnya ikan, duduk berhari-hari di dalam kotak ais lepas diangkut dari laut. Sudah pasti tidak segar lagi. Di masak pula, goreng garing atau dimasak terlampau lama. Dan akhirnya protein yang tinggal mungkinlah 10% sahaja. Sebab itulah orang Jepun gemar mengambil raw fish. Di mana tahap protein nya adalah sangat tinggi.
Tapi takkanlah ibu nak makan ikan mentah, confirm tak lalu. Dan makan ikan mentah boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan terkena jangkitan.
Ambillah protein tambahan seperti serbuk soya asli dan selamat. Protein yang cukup bantu untuk elak keguguran. Juga memberi tenaga kepada ibu semasa mengandung. Boleh klik sini untuk Set Hamil Shaklee Paling Bajet.
Makanan yang baik semasa mengandung adalah penting. Jangan pandang remeh. Lagipula pelbagai virus dan jangkitan yang ibu boleh dapat melalui makanan. Oleh itu, pilihlah makanan yang baik. Makanan yang baik akan melahirkan jasad yang baik. Jangan lupa, makanan rohani juga penting. Banyakkan zikir, membaca Al-Quran semasa mengandung. Mudah-mudahan anak yang lahir akan jadi akan yang cemerlang dunia akhirat.